Dapat Tempat Kedua Pertandingan Hafazan

Sehari sebelum insiden sawan dalam tidur, Imran & Idlan ada pertandingan hafazan masa KAFA di sekolah. 1 kelas hanya ada 2 wakil, seorang lelaki dan seorang perempuan, dan mereka berdua telah dipilih ustazah untuk mewakili kelas masing-masing. Imran di Tahap 2 dan Idlan di Tahap 1. Seminggu sebelum pertandingan lagi ustazah dah bagitau surah-surah untuk dihafal. Nasib baik ada juga surah yang mereka berdua dah hafal, so nak kena touch-up bacaan surah yang tak hafal lagi. Aktiviti hujung minggu sebelum hari pertandingan memang kerjanya menghafal je la. Idlan jenis tak berapa sangat risau sebab dia memang selalu over confident, tapi si abangnya Imran spesies yang terlebih risau. Asyik suruh Ibu dengar bacaan dia je. Ibu pun layan jugak la. Mungkin sifat terlebih risau Imran ni menurun dari Ibu. Hmm.. sebab tu lah anak ni banyak sangat fikirnya.

Seminggu selepas tu, minggu berikutnya, keputusan pertandingan pun keluar masa KAFA. Alhamdulillah, kedua-dua Imran & Idlan dapat tempat 2. Ustazah share gambar di grup Whatsapp KAFA kelas Imran. Idlan pula takde gambar sebab dia tak hadir KAFA! 

Imran semasa majlis penyampaian hadiah daripada YDP PIBG

Walaupun tak hadir, Imran bawakan hadiah Idlan balik. Ustazah kepada Idlan pass hadiah untuk Idlan. 

Alhamdulillah, tahun lepas Imran pun dapat tempat kedua. Idlan johan tahun lepas tapi tahun ni jatuh ke tempat kedua. Anak yang over confident begitulah.

Semoga kedua-dua anak Ayah Ibu sentiasa terang hatinya bila menimba ilmu. Lepas ni tinggal 2 orang ni lah di sekolah rendah. Kakak Abang dah di sekolah menengah tahun depan.

 

10 Comments

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!

  1. Alhamdulillah, dapat tempat kedua pun satu pencapaian yg baik. Usaha tangga kejayaan, tahniah tau!

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah..Tahniah Imran & Idlan. Semoga terus berjaya kedua-duanya. Aamiin...

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah tahniah utk Imran & Idlan 👏 Semoga sentiasa cemerlang..

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah Tahniah putera2 soleh semoga terus cemerlang dalam segala yang di cita kan, aamiin

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah tahniah Imran & Idlan! 🎉

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah tahniah Imran&Idlan...moga sentiasa berjaya cemerlang dunia akhirat

    ReplyDelete
  7. Pertandingan begini ...bukan mok dapat menang jak tapi built up confident level kelak bila masuk sekolah menengah, pengajian tinggi dan alam pekerjaan

    ReplyDelete
  8. congrats to both Iman & Adlan. terbaekkk

    ReplyDelete
  9. Congraaaaats untuk anak2 kakak. Hebaaat bisa dapat tempat kedua 👍❤️❤️. Semoga nantinya bisa semakin banyak surah2 yg bisa dihapal yaa 🤗

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form