Bulk Reply Kepada Entri Diserang Sawan Ketika Tidur


Terima kasih semua atas doanya kepada Imran. Terharu sangat sebab ramai sahabat blogger yang prihatin dan mendoakan kesembuhan Imran. Alhamdulillah saat di hospital dia sudah menunjukkan dia ok, tiada serangan kali kedua, bercakap pun sudah normal seperti biasa. Mungkin dia cuma penat, mental dan fizikal. Seperti jawapan yang boleh doktor pakar berikan kepada kami, sehinggalah EEG scan dibuat nanti.

Entri ini akan menjurus kepada jawapan kepada persoalan yang ditinggalkan di ruang komen sebelum ini di entri Diserang Sawan Ketika Tidur. Memang mengejutkan kan? Saya sendiri pun tak pernah imagine berada di saat-saat genting macam tu. Ibarat nyawa di hujung tanduk dah rasanya masa tu.


Ada demam ke sebelum terkena serangan tu? 

Jawapannya: Imran tak demam, dia ke sekolah macam biasa, dan pada hari tu (hari Rabu) ialah hari ko-kurikulum dan di sekolah ada pemilihan rumah sukan. Saya tau dia ni minat acara olahraga tapi saya tak sangka pulak dia join pemilihan acara 100 meter. Dia kata masa berlari kasutnya tertanggal, tapi dia berjaya juga pecut dan dapat nombor tiga. Dan akhirnya dia puas hati sebab dia dapat mewakili rumah hijau untuk sukan sekolah pada bulan Oktober nanti. Saya tanya, lepas berlari ada minum air tak? Sebab cuaca hari tu memang agak panas. Dia kata ada, cikgu suruh mnum air. Anak-anak saya ni memang bekal air kosong je ke sekolah, memang takde bekal air manis. Dan lepas insiden ni, hari Rabu memang kena sediakan juga air manis atau air isotonik untuk diorang. Ini kisah hari Rabu.


Kronologi Aktiviti Sepanjang Minggu

Hari Selasanya, dia ada pertandingan hafazan semasa KAFA. So memang dari hujung minggu lagi dah sibuk menghafaz surah-surah. Alhamdulillah, masa pertandingan dia berjaya menjawab semua soalan dengan lancar.

1 jam setengah sebelum kena serang, macam biasa dia buat homework Maths. Cikgu Maths memang suka bagi homework. Lepas buat homework, buat latihan Kumon pulak. Selalunya saya akan duduk di tepi pantau diorang buat homework, mana yang tak faham boleh jugak terus tanya.

Hari Khamisnya, di sekolah ada pertandingan koir lagu patriotik. Dan kenalah hafal lirik. Sebelum dia masuk tidur dia memang ada bagitau dia risau kawan-kawan sekelasnya ada yang tak hafal lirik. Saya cuma bagitau, ala takpe kan nyanyi ramai-ramain, tak meanng pun tak apa.

Hujung minggunya pula, Imran dan Idlan pergi training badminton. Semenjak 2 menjak, makin menjadi-jadi pulak minat main badminton. Sabtu diorang pergi akademi, Ahad main badminton lagi. Balik KAFA main badminton, Isnin dan Selasa tu.

Begitulah kronologi sebelum berlakunya serangan pada malam Rabu tersebut. Saya syak Imran kurang rehat, kurang tidur. Otak dia bekerja keras, badan pun bekerja keras.


Sedih sangat bila mengenangkan anak yang rajin ni tetiba terkena sawan.

 
3 Punca Lain Penyakit Sawan Yang Kita Perlu Tau

  • Hipoglisemia (kurang gula dalam badan)
  • Gangguan elektrolit (kurang garam dalam badan)
  • Kecederaan kepala traumatik

Kecederaan kepala traumatik yang saya ingat pernah juga berlaku pada Imran ketika dia berumur 2 tahun. Dia dan abangnya bermain tarik-tarik curtain dan besi curtain terjatuh lalu terkena kepala dia. Kami hanya sedar ketika beraya di rumah jiran (masa tu hari raya), jiran usap-usap kepala dia dan tangan jiran berdarah! Rupanya kepalanya luka berdarah, dia dan abangnya cuba berahsia dari kami. Kami segera bergegas ke hospital, dan masa tu lukanya hanya digam (tidak dijahit). Tiada xray dilakukan sebab tiada muntah-muntah. Mungkin ini juga boleh menjadi punca.


Plan Rawatan Doktor

Pada 26 September nanti Imran ada temujanji untuk EEG. Lepas scan barulah doktor dapat review dan decide akan ambil ubat atau tak, sebab perlu tau trend gelombang otaknya.


Electroencephalogram (EEG)

An electroencephalogram (EEG) is a test that measures electrical activity in the brain. This test also is called an EEG. The test uses small, metal discs called electrodes that attach to the scalp. Brain cells communicate via electrical impulses, and this activity shows up as wavy lines on an EEG recording. Brain cells are active all the time, even during sleep.

An EEG is one of the main tests to help diagnose epilepsy. An EEG also can play a role in diagnosing other brain conditions.

Sekiranya Berlaku Serangan Lagi

Nasihat doktor, jangan panik.

  1. Mula-mula. iringkan badan pesakit (dalam posisi mengiring) supaya mangsa tidak tertelan air liur sendiri. 
  2. Jangan masukkan apa-apa ke dalam mulut pesakit, dikhuatiri akan menyebabkan lidah pesakit akan tertolak ke belakang. 
  3. Bawa ke hospital jika berpanjangan.

Untuk sawan jenis ini, doktor bagitau memang tak akan menyerang dalam masa yang lama, ianya akan pulih sendiri dalam masa 10-15 minit.

Semoga Imran Ayah Ibu selalu sihat-sihat hendakNYA. Terima kasih sekali lagi kepada semua sahabat blogger yang menitipkan kata-kata doa untuk anakanda kami.

26 Comments

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!

  1. moga yg baik2 saja ...and moga imran cepat2 sembuh...aamiin..

    ReplyDelete
  2. Semoga keluarga akk semua dalam lindungan Allah.
    Aamin

    ReplyDelete
  3. Nampak Imran aktif sebelum tu. Mungkinlah tu dia kurang rehat. Harap tak berlaku lagilah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Fiza... kena berjaga-jaga lepas ni.. trauma

      Delete
  4. Allahu... banyak aktiviti nok nya join ya dgn cuaca pun sik menentu kinek tok. Kali yalah mcm kitak padah, nya sik cukup rehat & sik cukup minum air. Semoga Imran bait2 ajak & kejadian tok sik berulang agik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Carneyz.. ya lah kebetulan mmg agak busy nya last week.. mok berjaga² lah lepas tok

      Delete
  5. Allahu.. semoga baik baik aje.dan tiada kecederaan serius.

    ReplyDelete
  6. Syukur Imran okey dan xde serangan kedua...lepas ni kena selang-selang minum air manis..sebabnya kalau kurang gula pun potential terjadi lagi sangat cerah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu lah kak SA.. lepas ni kena bawak air isotonik kalau ada sukan sebelah petang

      Delete
  7. Terima kasih KM atas perkongsian nasihat doktor jika berlaku serangan sawan tu.

    ReplyDelete
  8. Mumgkin aktif gilak...badan sik cukup rest...semoga Imran kembali pulih 100 %...aamiin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya lah... sbb minggu lepas nang agak busy fizikal mental... malam tidur akhir siapkan homework agik, pagi dh bangun awal.. lepas tok kena tukarlah rutin

      Delete
  9. Semoga Imran kembali sihat hendaknya 🤲

    ReplyDelete
  10. mmg imran penatlah kot, banyak betul activity dia back-to-back. dan dia sejenis yang cepat risau juga mungkin sbb dia fikir tentang kawan yg tak hafal lirik lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia mmg cepat risau.. menurun maknya kot... anyway terima kasih Ammi

      Delete
  11. Allah kak.. Semoga Imran diberikan kesihatan yang baik dan semoga dipermudahkan urusan Kak Mim.

    ReplyDelete
  12. Oh malah tak boleh masukkan apa2 yaa. Dulu saya malah dibagi tahu supaya tergigit lidahnya. Tapi okelaah jika memang tak boleh. Apapun semoga ini hanya sawan yg memang 10-15 menit biasanya akan kembali normal. Yg kita kuatirkan epilepsi. Ya Allah jangan sampai 😔.

    Krn teman saya yg menderita epilepsi, pernah ke trigger serangan, justru saat dia membawa motorcycle. Accident parah jadinya. Tapi Alhamdulillah selamat. Sejak itu dia tak pernah bawa kendaraan lagi Krn ditakutkan kena serangan lagi.

    ReplyDelete
  13. Oh malah tak boleh masukkan apa2 yaa. Dulu saya malah dibagi tahu supaya tak tergigit lidahnya. Tapi okelaah jika memang tak boleh. Apapun semoga ini hanya sawan yg memang 10-15 menit biasanya akan kembali normal. Yg kita kuatirkan epilepsi. Ya Allah jangan sampai 😔.

    Krn teman saya yg menderita epilepsi, pernah ke trigger serangan, justru saat dia membawa motorcycle. Accident parah jadinya. Tapi Alhamdulillah selamat. Sejak itu dia tak pernah bawa kendaraan lagi Krn ditakutkan kena serangan lagi.

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form