Throwback Thursday: Day Trip To Genting Highland

Alkisahnya throwback cuti-cuti tahun lepas di Genting Highland (Mac, 2023). Seumur hidup saya walaupun dulunya study di Semenanjung di zaman remajanya tapi memang tak pernah join kawan-kawan Unimate naik ke Genting. Penakut nak pergi dengan kawan-kawan. Dulu masa kecik je pernah naik dengan parents dan sekarang bila usia dah mencecah 4 series barulah berpeluang naik semula bersama famili dan anak-anak. 

Nasib baik tak ada yang takut. Semuanya excited.

View dari atas skyway

Beli tak bendalah ni? Haha. Memang selalu perabih pitih beli bendalah macam ni je lah.

Rindu pulak nak bercuti macam ni. Lupakan hal ofis ni.

Ini satu lagi 'perangkap' gambar, nak beli frame macam mana? Hahaha.


Bergambar kat luar je lah.

Nak shopping pun kena queue. Memang taklah.

Buat kenangan mereka berempat bila dah besar nanti.



Parents dan adik-adik. Adik no 5 dan 6 je ada. Adik no 3 dah balik Kuching awal dah.


Saya dan dia.

Bila cuti-cuti di tempat orang macam ni, kalau drive sendiri senang sikit, memang panjang kaki. Nasib Encik Suami ada kawan-kawan yang baik hati yang offer nak pinjamkan kereta, tapi kami bagi token jugak, takdelah nak ambik kesempatan terus. Budak-budak bujang ni biasa pergi keja naik motor, so daripada kereta tersadai kat rumah itulah yang sudi pinjamkan. Rezeki jugak la, kalau sewa per day memang banyak jugak bajet ke situ sebab kena ambik kereta yang besar, sebab ramai. Hihihi.

Bilalah dapat nak keluar dari rutin harian ni? Macam dah burn-out dah, macam banyak sangat task yang kena disiapkan sekarang. Hmm..

8 Comments

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!

  1. Ya kadang kita beli foto kenangan tu. Kadang2 awal lagi dah cakap tak nak ambik gambar. Hehe. Gayat betul naik kereta kabel tu....

    ReplyDelete
  2. sekali sekala dapat naik ke puncak dapat rasa cuaca sejuk buatkan terlupa banyaknya habis pitih kat sini hahaha..dakPia pun asyik duk ulang2 nak ke Genting lagi katanya,tunggu umiwaled cop duit banyak2 dulu

    ReplyDelete
  3. gayat ye Mim nak naik skyway tu hehe, rajin MIm beli gambar2 tu buat kenangan ye dak dah siap print lagi .

    ReplyDelete
  4. Kak SA suka pi sini...bila la nak repeat lagi agaknya

    ReplyDelete
  5. Katanya Genting skrg dah tak sama dgn 15 tahun lepas.. huhuu.. naik cable car tu gayat la hahahaa..

    ReplyDelete
  6. alamak.. MA pun mcm gayat je kalau naik cable car tu

    ReplyDelete
  7. Tips nya kalau gayat naik cable car, duduk facing bukit/gunung 😁

    ReplyDelete
  8. Haisssssh rindunya saya ke genting. Terakhir kesana zaman saya msh kuliah di Penang. Papa datang ajak adik2 lalu kami ke genting puas main wahana yg ekstrem di sana.

    Juli lalu saat ke KL sbnrnya kami nak ke genting lagi. Tp saat itu papa dah tak sehat Krn sakit cancer nya dah sampai tulang. JD memang tak bisa terlalu letih. Krn itu genting kami skip dan ganti ke Berjaya times square..

    Itu pun hanya anak2' dan suami yg masuk. Adik beradik saya menemani papa saja 😄

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form