Throwback Thursday: 17 Tahun

Alhamdulillah. 1 Ogos. 17 tahun dah menabur bakti kepada anak bangsa. Lapor diri dulu single-mingle lagi, badan cekeding, tahun 2007. Tak ingat dah pakai baju kurung warna apa masa lapor diri. Haha. Sekarang, dari XS ke M, anak pun dah 4 orang, yang sulung 15 tahun. 


فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ
Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?


Bergambar dengan bas kolej masa buat kursus pendek di luar kawasan Kuching, 2008. Nasib baiklah bas ni dah tak ada lagi dah, dah terbakar pun bas ni. Nasib baik bukan terbakar masa bawak student outing. 

Kalau nak cerita zaman struggle cari kerja dulu, banyak jugak kisah suka dukanya. Macam-macam kerja saya buat. Promote takaful, promote personal loan koperasi, mengajar tusyen, jadi cikgu ganti, sukarelawan jabatan kerajaan, kerja dengan Biro Tata Negara. Semua saya buat. Tak kisah gaji tak besar janji ada kerja, ada income. Banyak jugak orang yang saya kenal lepas habis belajar 2004. 2007 baru dapat kerja tetap. Alhamdulillah akhirnya rezeki dengan Kolej Komuniti, sampailah sekarang.

Kolej Komuniti ni orang selalu fikir swasta. Sebenarnya Kolej Komuniti ni di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi. Nak ikutkan kami ni feeder kepada Politeknik. Dan kami yang mengajar di Kolej Komuniti ni boleh juga dipindahkan ke Politeknik. Begitu juga yang di Politeknik. Batch saya seramai 5 orang yang sama melapor diri, 2 orang yang dah masuk sistem Politeknik, tinggallah 3 orang lagi masih setia di Kolej Komuniti.

Kolej Komuniti ni best bagi orang yang suka kenal ramai orang. Macam saya memang dari mula dah jumpa ramai orang sejak keja dengan takaful dan koperasi, bila mengajar di Kolej dah tak kekok bila terpaksa mengajar komuniti. Ya, kami juga mengajar kursus pendek kepada komuniti, bukan saja mengajar pelajar sepenuh masa (lepasan SPM). Sebab tu lah saya selalu kerja hujung minggu, sebab kami memang ada KPI mengajar kursus pendek kepada komuniti. Sesuai kan dengan namanya Kolej Komuniti. Hehehe

Macam mana nak mohon jadi tenaga pengajar di Politeknik dan Kolej Komuniti? Kami di bawah Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran, so boleh lah mohon di SPP, tapi skim kami DH, kalau guru sekolah pun under SPP tapi skim DG. Kami mengajar kursus pendek biasa je dipanggil 'cikgu' jugak. Hehe.

Zaman selalu travelling dulu, tahun 2010. 


Kenangan validasi kali pertama, tahun 2013 untuk kenaikan gred.

Validasi kali kedua, tahun 2019

Kenangan validasi di Putrajaya, 2019

2 luggage penuh dengan fail.

Ada 10 fail kena bawak naik belon. Hehehe.

Bila lagi nak validasi ni? Adoi, beratnya nak memikirkan sebab takut kena pindah! Hahaha. Begitulah bila dah di comfort zone, motivasi ke laut.










 

6 Comments

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!

  1. Alhamdulillah tahniah Kakmim 🌹
    Semoga terus kuat utk menabur bakti kpd anak bangsa.

    ReplyDelete
  2. Wah tahniah mim 17 tahun bkn pendek ye.. semoga terus suksess tau!!

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah, setia sampai 17 tahun dgn KK...teringat kursus Biro Tatanegara, rasa gerun je..

    ReplyDelete
  4. ooo saya baru tahu, Mim ni lecturer kat kolej komuniti lah yer.. :)

    ReplyDelete
  5. Sukaa dengan semangat kak mim. Tak kisah kerja mana, yg penting ada pekerjaan yg dipegang kan. Bersyukur akhirnya bisa kerja di kolej ini hingga skr 👏😍

    ReplyDelete
  6. Congrats KM.
    More years to go 🦾🦾

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form