Sambal Geprek Mudah, Guna Chopper Jer

Ada hari memang malas nak masak menu berkuah kan? Renyah nak tumis tu tumis ni. Teringin jugak nak makan light-light, simple-simple je. Ikut idea menu kedai, sambal gerek je la. Nak buat sambal penyet pun kena tumis-tumis jugak.

So terjadilah sambal geprek mudah, saya guna chopper je.

Habiskan lauk basah dalam peti, sebiji terung, sekeping tempe. Goreng tepung je. Add on kentang pun sebiji potong dadu. Semua resepi se se. Hahaha.

Resepi sambal geprek:
Cili padi, lagi pedas lagi aumm
Bawang putih
Garam
Minyak panas

Saya guna 10 biji cili padi Siam yang diketahui maha pedas. Nak habiskan stok sebenarnya. 2 ulas bawang putih. Masuk dalam chopper. Lepas tu letak sedikit garam, saya masuk serbuk ajinomoto juga sikit. Sesambil chop chop tu panaskan sedikit minyak. Saya guna balance minyak gorengan tempe dan terung je. Hahaha. Jimat berabis. Bila dah siap chop chop tu masuk je minyak panas dan gaul rata. Ah siappppp!

Dihidangkan dengan ikan tenggiri goreng. Kalau ikut menu kedai, bolehlah diberi nama ikan tenggiri geprek.

Jangan lupa tuang jugak kicap manis pedas Mahsuri ni, gaul-gaul dengan nasi panas. Bolehlah balance dengan rasa pedas geprek tadi.

Review: 
Abang: "Sedapppp Bu!", sambil muka terkejut kepedasan, tak sempat bagitau dia jangan ambik banyak sangat, dia pulak dah siap gaul dengan nasik.

Kakak: "Apa ni? Apa ni? Kenapa pedas sangat ni? Tak bolehlah makan macam ni", membebel sambil minum air. Dia ni lagilah, minyak sambal geprek tadi habis dia sorang curah dalam nasi, gaul-gaul dengan nasi, ambik kau, dah tak terkata.

Encik Suami: "Ini pedas tahap meninggal ni. Tapi sedap, nasi tambah ada lagi tak?". Ahahaha.

Awan: "Sedap, kamek cap cap ajak. Tempe goreng tepung sedap paduhal." Ini lain pulak.

Yang maintain, Alan je sebab dia makan nasik dengan ikan goreng je. Sekali-sekala boleh la makan pedas. Syok makan ramai-ramai cuaca pulak panas, semua berhingus, berpeluh makan.

 

11 Comments

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!

  1. tq sbb share resepi sambal geprek...mcm nak try buat jugak laaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah try nnt share ya.. senang je tu.. hihi

      Delete
  2. Nang antap kitak org semua dapat makan pedas. Kmk org di rumah tok nang semua kalah dgn pedas, pedas sikit dan run2 air mata dgn hingus keluar 😝

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh la... sidak miak ngata ok walaupun muka kontrol nahan pedas... haha

      Delete
  3. Replies
    1. itu la.. malas pulak nk buat kari ke asam pedas ke... simple mcm ni pun habis seperiuk nasi

      Delete
  4. Tq resepi samba geprek ni.. rupanya tak perlu masak eh sambal geprek ni . Tak macam sambal penyet. Kalau nengok resepi tak perlu bubuh gula. Nak cuba juga lah, nampak cam senang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu la ckp kalau sambal penyet kena tumis lagi, ni panaskan minyak je bubuh cili dlm tu

      Delete
  5. Akak pun dah surrender makan pedas- pedas dah...seram perut ni...

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form