Rumah Yang Menyejukkan Jiwa Anak-Anak

Terbaca orang share di FB, simpan sini untuk self-reminder. Terima kasih kepada tuan punya post yang berkongsi ilmu yang sangat bermanfaat ini.




Rumah kita adalah madrasah pertama anak-anak. 

Anak yang menyejukkan hati bermula dari rumah yang berkat dan nyaman.

Rumah yang sentiasa dibacakan al-Quran akan terasa luas dan nyaman untuk anak-anak, sekalipun rumah kita tidak sebesar mana. 

Setiap hari bacakan atau putarkan surah al-Baqarah. Moga rumah kita terjaga daripada makhluk halus yang membuatkan rumah kita terasa panas, sempit dan isinya berantakan.

Waktu pagi bacakan atau putarkan surah al-Waqiah untuk menarik rezeki.

Waktu malam bacakan atau putarkan surah al-Mulk untuk kesejahteraan isi rumah dan bekal di alam barzakh.

Ketika pulang dari kerja, jika tiada orang di dalam rumah, berikan Salam kepada Rasulullah SAW

Assalamualaika ayyuhannabiyyu warahmatullaahi wabaarikaatuh

Assalamualaina wa'alaa ibadillaahis soolihiin.

Diikuti dengan al-Fatihah serta 3 Kali surah al-Ikhlas. Setelah selesai sambung doa di bawah. 


Anak-anak dan pasangan akan sentiasa rindu untuk pulang ke rumah.

Hati mereka diikat dengan rasa tenang dan bahagia.


Kredit to FB Writer


7 Comments

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!

  1. Kmk org balit rumah berik salam dgn pusak2 di rumah tok 😅 biasa sidak mengiau jak nyaut bila berik salam hihi

    ReplyDelete
  2. Good sharing, tq Kakmim 🌹
    Sama² kita usahakan agar rumah kita adalah syurga kita

    ReplyDelete
  3. betul tu biar rumah sentiasa sejukkkkk je

    ReplyDelete
  4. smlm sepintas lalu terdgr live dr fadzilah kamsah. katanya, salah 1 cara nak 'jadikan anak manusia' sbnr, cuba haramkan perkataan2 negatif dlm rumah...

    ReplyDelete
  5. Terimakasih perkongsian nya kak. Reminder untuk rajin membaca Alquran dalam rumah.

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form