Pengakhiran Yang Tidak Pasti

Pada hari Khamis minggu lepas (15/8/2024) terjadi 1 tragedi di kejiranan kami. Sebelum ini baca kisah-kisah di media sosial je kes orang hilang tapi minggu lepas mak kepada jiran kami dikhabarkan hilang. Anaknya yang juga pemilik rumah di sebelah rumah kami, memaklumkan dalam whatsapp group lorong yang maknya telah keluar dari rumah, masa tidak diketahui kerana dia bangun jam 5 pagi semua pintu rumah dan gate rumah terbukak. Musykil. Memang risau, tak sedap hati sepanjang hari. Manalah makcik tu pergi.

Bila balik rumah tengah hari, belum ada tanda-tanda makcik telah dijumpai. Cucunya pun telah mengwar-warkan kes kehilangan neneknya di Facebook page, Sarawak Edition. Rumah sebelah pun masih sunyi. Mungkin di luar sedang mencari di mana-mana.

Saya balik kerja, dalam 4.55 macam tu tiba di area taman. Bertembung ambulans dan lepas tu ambulan follow kereta saya. Isk, tak sedap hati ni. Sampai ke depan lorong, kereta dah banyak dengan kereta polis sekali. Apa ni? Apa ni?

Saya terus membelok ke kiri masuk ke lorong, dan terserempak jiran saya. Tanpa kata-kata, dia cuma angguk dan kata, "confirm", saya terus berjurai air mata. Benda yang ditakut-takutkan benar-benar terjadi. Saya dah maklumkan jiran saya sejurus saja dapat tau mak dia keluar daripada rumah agar mencari di dalam parit dan longkang di sekitar rumah, ye la takut-takut terjatuh ke. Rupa-rupanya benda tu benar-benar terjadi!

View dari lorong rumah saya.

Saya terus park kereta depan rumah dan berjalan semula ke hadapan lorong. KKM tengah sibuk, polis pulak sibuk call sana call sini. Jiran-jiran, kecil besar tua muda jadi pemerhati. Saya tak sanggup nak ambil gambar, tak sangka makcik terjatuh ke dalam longkang. Innalillahi wainna lillahi rojiun. Bila dah selamat dikeluarkan saya bergegas lagi ke rumah jiran nak tengok cctv. CCTV rumah kami bila recording tak boleh nak tengok view rumah sebelah, so kena cari rumah yang dapat capture dari depan. Dan memang sah, makcik keluar berjalan dari rumah pada jam 1 pagi. Dan dijumpai dalam jam 4 petang macam tu. Allahu! Remuknya hati. Apatah lagi anak-anaknya. Walau bagaimanapun kami bersyukur jugak kerana kurang 24 jam makcik telah ditemui walaupun hanya jasad tak bernyawa.

Bila terjadinya kes macam ni, memang penting sangat adanya cctv sekarang. Dalam rumah pun penting. Kebetulan cctv dalam rumah jiran memory full, tak dapat nak buat recording, hanya dapat tengok live. Ingatkan dia keluar sebelum 5 pagi, rupanya lagi awal dari tu, 1 pagi! Nak dijadikan asbab kan? Alhamdulillah, syukur semuanya telah dipermudah. Malam tu jugak jenazah telah selamat dikebumikan. Semoga arwah tenang di alam abadi. Makcik ni ada dementia selepas arwah suaminya meninggal. 





14 Comments

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!

  1. Innalillah...

    Saya kadang2 takut sampai anxiety

    ReplyDelete
  2. Sedihnya. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Tu la sekarang banyak kes2 macam ni buatkan kita sentiasa dalam keadaan risau. Semoga yang baik2 je untuk kita semua.

    ReplyDelete
  3. Innalilahiwainnailayhirojiuun.
    Berlaku hampir saban hari skg ni di Msia.
    Kena ikut nasihat Ustaz nampaknya kita, bykkan baca 3 Qul.


    ReplyDelete
  4. Sedeynya...innalillah wainna ilaihi rajiun

    ReplyDelete
  5. Sedeynya...innalillah wainna ilaihi rajiun

    ReplyDelete
  6. Innalillahiwainnailaihirojiun...sedihnyaaa

    ReplyDelete
  7. Ya Allah.. Ya Allah.. sebak dan sedihnya hati. Innalillahiwainna ilaihirojiuuunnnn.

    ReplyDelete
  8. Innalillahi wainna ilaihi rajiun...
    Kenapa makcik tu keluar jam 1 pagi.. semoga keluarga diberi semangat yg kuat dan tabah menghadapi ujian..

    ReplyDelete
  9. Innalillahiwainnailaihirojiun,boleh kata setiap hari ada kes hilang&meninggal..Jenayah pun semakin banyak ,kadang nak keluar rumah pun takut,kalau dah nak jadi duduk dalam rumah sendiri pun tak selamat.Allahuakbar moga kita semua selamat&baik2 saja

    ReplyDelete
  10. Innalilahiwainnailayhirojiuun....moga roh arwah ditempatkan bersama orang yang beriman

    ReplyDelete
  11. Innalilahi wainnailaihi rojiun 😭😭😭. Semoga kuat lah Jiran kakak menerima cobaan ini yaa. Tak terbayang sedihnya jika Mak kita ditemukan meninggal sebab seperti itu 😭

    ReplyDelete
  12. Inalillahi wa innailaihi roziun, ya Allah remuk hati sanak keluarga saat tau keadaan Maknya seperti itu, semoga di permudah segala urusan..amiin

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form