Minggu Collect Hadiah

Minggu lepas dah macam minggu collect hadiah pulak. Both Imran dan Idlan dapat hadiah dari guru kelasnya. Hari Jumaat pula hari pemuafakatan. 

Masa hari pemuafakatan, Ayah yang pergi. So tak adalah gambar-gambar untuk kenangan. Kalau Ibu yang pergi, lainlah kan. Tapi ada berlaku insiden kecil di mana cikgu tersalah key-in markah masuk dalam slip PBD, boleh pulak Ayah call berkali-kali, dengan soalan, markah Alan salah dikey-in cikgu, ne tauk kitak ada ambik gambar engkah di Fb ka IG ka. Kalau sebagai bukti, ada je exam paper Alan simpan kat rumah. Tak rilek betullah Ayah ni. Yang terima saja apa ulasan cikgu tu dah kenapa. Dah Alan dapat no 1, markah purata pun jauh banyak dari yang dapat no 2, macam mana boleh pergi merosotnya? Isk, geram pulak. Tapi betullah, mana tak sedih si Alan, dia dapat markah 100 tapi cikgu letak markah 20 je. Siap komen lagi Idlan merosot mid sem ni. Aie aie. Nampaklah Alan sedih, termenung je dia Ayah cakap, sampailah Ayah berwhatsapp dengan cikgu bagitau markah salah, mintak check semula dan cikgu mengakui dia silap dan mintak maaf, barulah Alan senyum. Tapi kalaulah Ibu pergi pemuafakatan hari tu, memang setel terus face to face dengan cikgu. Ibu kan garang. Hahaha. Itu lah lelaki, boleh pulak blur dan terima apa saja kata cikgu, padahal hari-hari anak update markah lepas dapat paper balik dari sekolah. Kalau macam ni lah, lepas ni memang Ibu yang wajib pergi hari pemuafakatan. Hahaha. Geram.

Dah dah, kita lupakan part markah Alan salah tu. Dia cakap dah betulkan tapi slip tak bagi lagi, harapnya betullah cikgu betulkan. Risau pun ada, sebab markah PBD kan, dia akan terekod dalam fail peribadi. Tapi faham la, manusia ni memang tak lepas dari buat kesilapan. Tak ada manusia yang perfect, cikgu pun manusia biasa jugak.

Kisah Awan pulak, dia dapat 2 hadiah minggu lepas. Sekecil-kecil hadiah, budak-budak besar ni memang sangat happy. Hadiah pertama, lulus subjek Maths. Tahniah Awan, atas usahanya. Terima kasih cikgu selalu beri semangat dan motivasi pada anak-anak.


Satu lagi, dapat bouquet dari guru kelas. Macam dah jadi signature guru kelas Awan, suka bagi chocolate bouquet atau stationaries bouquet kat anak-anak murid. Dari darjah 3 jadi guru kelas, memang itulah yang dia bagi. Kali ni yang dapat no 1, 2 dan 3 dapat chocolate & stationaries bouquet. Alhamdulillah, Awan dapat no 3.

Alan pula dapat hadiah no 1 dari guru kelasnya. Kelas Alan, top 5 semuanya hero. Boleh tahan hero-hero ni. Ada yang skema, ada jugak yang nakal. Tapi alhamdulilah, menjadi. Budak-budak biasalah kan? 

Akhir kata, terima kasih kepada cikgu-cikgu dan guru kelas Awan dan Alan, yang tanpa jemu mendidik anak-anak, sangat pemurah, selalu bagi hadiah, kalau siap kerja cepat ke, betul semua ke, buat homework ke, dapat seringgit pun dah riuh sekereta bila balik dari sekolah. Hehehe.



 

6 Comments

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!

  1. Tahniah Alan Dan Awan..harap cikgu tu betulkan la markah alan tu dnegan cepat ye..kesian Alan...tapi kan Mim...memamng orang lelaki ni..amik senang je...lepas ni kena la ibu yang pergi kan

    ReplyDelete
  2. Uishhhh dapat markah penuh 100 tapi di letak 20.. ini memang mengundang murka beta ni hahahah...

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah dpt hadiah.. jarang top 5 semua lelaki.. hahahaha bagus dik tunjuj kan lelaki pun blh hihii

    ReplyDelete
  4. congrats Alan!! lebih kurang kes my ariff last year lah tu..patutnya naik stage tp nama tercicir so tak dpt naik stage..geram lah jugak i hahahah

    ReplyDelete
  5. tahniah semua anak2...hebat semuanya..moga sentiasa berjaya cemerlang dunia akhirat
    kalau husband saya memang dari awal taknak pergi sorang2 katanya risau terlupa apa yang cikgu bagitau nak cerita semula dari awal tak dapat sebab nanti balik rumah isteri banyak soal..hahaa

    ReplyDelete
  6. Hahahahaha kebalik kita kak. Yg garang kalo dah tentang nilai, suami saya. Dia akan cecar trus sampai dapat jawaban memuaskan dari guru anak2' 🤣🤣. Mungkin Krn suami saya investigator di bank tempat dia kerja, jadi terbiasa investigate sesuatu yg salah. Kalo saya pula, memang LBH dengar saja kata guru 😅

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form