Menu Bertemakan Kunyit

Bila bahan-bahan blend dah kehabisan stok, beginilah menunya. Kalau tak goreng, sup atau tumis bawang cili potong saja. Janji ada lauk untuk dijamu dengan anak-anak.

Menu 1. Sotong Goreng Kunyit

Sotong dipotong bulat. Tumis serai yang telah diketuk, bawang holland, bawang merah dan bawang putih. Juga tumis hirisan halia dan cili selepas bawang yang ditumis wangi. Kemudian masukkan sotong yang telah dilumur serbuk kunyit. Kalau suka berkuah boleh tambah sedikit air, jangan terlalu banyak sebab sotong akan mengeluarkan airmya sendiri. Masukkan sedikit sos ikan dan perasakan dengan ajinomoto. Siap!

Menu 2: Kacang Panjang Tumis Mumbu Bubur Pedas

Kacang panjang dan putik jagung dihiris serong. Rendam mumbu bubur pedas dengan air suam. Jangan terlalu banyak sebab mumbu akan kembang setelah direndam. Tumis cili, bawang merah, bawang putih dan sedikit belacan yang telah ditumbuk kasar atau guna chopper pun boleh. Masukkan sedikit udang, sotong atau isi ayam (optional). Kemudian masukkan rendaman mumbu bubur pedas dan biar seketika. Masukkan putik jagung kacang panjang. Perasakan dengan garam dan ajinomoto. Siap!

Nak cari kelainan, bolehlah try menu simple ni. Selamat mencuba!

 

8 Comments

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!

  1. Bleh la try nanti klu blk Aussie sbb my girls suka sgt sotong. Bila dibuat sambal komplen pedas (padahal tak pedas mana pun). Lidah dah jd org sana. 😅

    ReplyDelete
  2. Dalam fridge ada sotong...ingat nak menyambal..tgok sotong goreng kunyit ni mcm menarik plak..

    ReplyDelete
  3. simple menu nya tu tapi kalau makan panas2 konpom selera kan

    ReplyDelete
  4. Ok cun baru beli sotong weekend baru ni masih dlm pemikiran nak masam apa . Kita try menu ni . Thanks for sharing . :D

    ReplyDelete
  5. Saya ada kunyit hidup di rumah. Bingung pula nak dibuat apa 😅😅. Lagi masuk freezer, Krn belum tahu nak dimasak apa. Sayang pula kalo terbuang kunyit2 ini. Jarang masak sesuatu yg pakai kunyit

    ReplyDelete
  6. menu simple macam ni pun boleh buat makan bertambah2 nasi

    ReplyDelete
  7. wahhhh.. menu sotong. sedappppp

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form