Sekarang ni dah musim mengisi permohonan ke sekolah berasrama penuh dah. Abang pulak tahun depan dah tingkatan 1. Bertambah la seorang lagi anak di sekolah menengah. Abang ni dari awal lagi taknak sekolah asrama. Saja je isi, nak test power. Hehe. Abang nak sekolah sama dengan Kakak. Sekolah Kakak sekolah khusus jugak tapi ada ujian lain peringkat negeri, dan sekolah Kakaknya pula ada harian, ada asrama. Ikut je la, dah anak taknak takkan nak paksa. Lagipun 5 tahun ni saja lagi mereka berkepit di bawah ketiak kita. Biasalah mak-mak dan bapak-bapak, bersusah-susah dahulu hantar-ambik anak ke sekolah. Dah tanggungjawab dan amanah kita pun.
Bagi yang nak memohon kemasukan ke tingkatan 1, sila layari: https://spskt1.moe.gov.my/
Bagi yang nak memohon kemasukan ke tingkatan 4 pulak, boleh layari: https://spskt4.moe.gov.my/
Tahun depan si Kakak dah tingkatan 4, saya saja je lah cakap, mohon sekali dengan abang sekolah yang sama, nanti bolehlah sama-sama masuk asrama. Hahaha.
Dah agak pun jawapannya, tak nak. Hahaha. Nak stay asrama di sekolah dia sekarang, ah baik tak payah.
Sebaya la anak kita. Apply juga saja nak cuba kot2 anak berminat. Tak harap sangat nak duduk asrama. Hihi
ReplyDeleteAll the best Abang!
ReplyDeleteSenang abang.. dah cakap awal-awal tak nak masuk asrama.
ReplyDeleteKakak dah berada dalam kelas khusus tu pun dah sangat bagus.
All the best abang
ReplyDelete