Petang Ahad, sementara Abang ke kelas catur, kami berempat selalunya akan lepak di mana-mana. Selalunya minum-minum la. Kalau saya dan Encik Suami saja, kami akan pergi cari barang. Hujung minggu memang jadual padat. Hari Sabtu lain aktivitnya, Ahad pulak lain aktivitinya. Kadan-kadang memang tak lekat di rumah langsung hujung minggu. Belum lagi kalau saya kerja. Lagilah serabut. Hahaha. Apapun, life must go on, hadapi dengan senyuman.
Senyuman Alan semanis aiskrim gulapong. Toppingnya cornflakes dan oreo. Sejujurnya saya memang kureng sikit aiskrim gulapong ni. Makan sikit untuk ghaso-ghaso je kata budak Tiktok.
Budak-budak ni memang pencinta aiskrim. Ada sorang lagi, si Abang. Sanggup kumpul duit untuk beli aiskrim yang selalu masuk kawasan taman yang naik motosikal tu.
Ke sini lebih nak melepak je daripada merayau-rayau tanpa arah tujuan di mall. Kalau yang stay di Waterfront Hotel, boleh la merasa aiskrim gulapong di IG Aiskrim di Plaza Merdeka. Hotel ni dalam shopping mall je. Bagi saya foodcourt di Plaza Merdeka ni yang the best di Kuching bagi kategori foodcourt daalam shopping mall. Makanan banyak variasi dan sedap-sedap pulak tu. Tapi IG Aiskrim ni bukan di foodcourt, diorang memang ada sublot mereka sendiri. Lepak tepi tingkap boleh nampak view DUN di seberang.
Gambar non-edit. Memang beginilah cuaca di Kuching lately. Awan gelap di sebelah petang, tanda nak hujan. Pagi hari panas lit-lit. Di kejauhan yang bumbung tinggi tu India Street, nampak bumbung bangunan DUN dan sipi-sipi Jambatan DArul Hana yang menghubungkan Waterfront dan Pangkalan Sapi. Sebab tu lah saya cakap, best stay di Waterfront Hotel, senang cari makan, senang nak lepak di Waterfront. Solat subuh jalan kaki je di Masjid Bandar Kuching aka masjid terapung di Waterfront tu lepas balik solat terus jogging di sepanjang Waterfront terus ke Jambatan Darul Hana ke Pangkalan Sapi dan Dataran Ibu Pertiwi. Siap ittenary setengah hari di Kuching.
Dannnn.. last but not least. Kami berempat tanpa si abang dan kakak.
best lokasi Waterfront Hotel.. petang2 & malam2 boleh jalan2 di waterfront...pernah makan aiskrim gula apong..sedap, saya suka..
ReplyDeleteiya.. trn bawah je dh boleh lepak dan makan mcm-macam
DeleteKak SA pun kureng skit eskrem gula apong ni..manis x tahan..
ReplyDeletesama kita kak.. boleh kalau nk tgk saja mmg x ingin
DeleteTak makan lg aiskrim ni
ReplyDeleteboleh try nnt kalau jumpa
DeleteKmk pun sik berapa gilak aiskrim gula apong tok sebab manis. Btw, hacak tudung kitak ya. Siney beli? hehe
ReplyDeleteya lah.. cerik sikit jak jgn x ponek.. tudung hyat.. beli online di https://hyat.com.my/shop/ or tt.. kmk beli ngn ps jak salu... mun butiknya di bangi, belakang bangi gateaway
Deletekadang rasa hari minggu lagi penat kan dari hari bekerja...
ReplyDeletebetul.. kadang rasa nak repeat lagi weekend tp xde aktiviti
DeleteSedap, Ai suka juga aiskrim gula apong.
ReplyDeleteramai jugak peminat aiskrim gulapong
Deletedah pernah cuba Ais krim Gula Apong, bukan selera Diah sebab agak manis. Boleh migraine
ReplyDeletesama la.. kureng suka sbb manissss
DeleteAiskrim based gula apong memang sedap. Tapi rasanya aiskrim macam ni manis sikit dari biasa.
ReplyDeleteAiskrim Gula Apong.. sedap sedapp.. Last ke Kuching 13 tahun lepas . Dah boleh repeat ni insyallah :D
ReplyDeletepernah gak makan dulu..memang kurang manis ice cream gula apong ni
ReplyDeleteManis, jadi kena makan share2 baru boleh habis.
ReplyDeleteEskrim gulapong ini saya sukaaaa sangat kak. ada ciri khas dari gulapong nya kan 😄👍👍👍. Jarang ada eskrim ini di sini
ReplyDelete