Early Dinner di Nirawan 9

Check out dari staycation di Raia Hotel kami terus ke City One untuk tengok movie Garfield di GSC. Macam biasalah saya sejenis yang mudah tertidur kalau masuk panggung wayang. Haha. Tambahan lagi cerita Garfield tu macam boring sikit di awalnya. Makin mudah sungguh terlena. Habis je movie saya ajak Encik Suami keluar dari shopping mall tu. Entah la rasa tak best pulak vibe di sini. Sebab tu kami jarang ke sini. Lagipun ni bukan area melayu. Nak makan di foodcourt pun macam was-was je, baik cari makan di luar.

So kami decide cuba nasib di Nirawan 9. Selalu lalu di sini parkingnya confirm penuh. Lagipun parking spacenya limited. Kebetulan ada rezeki parking kami petang tu, dapat park depan kedai. Cuma bila masuk, staffnya cakap dah penuh, fully booked dah. Kecewa lagi. Tapi tak lama lepas tu staff cakap boleh la duduk dulu meja yang dah dibooking sebab customer book jam 7. Alhamdulillah rezeki kami anak-beranak.


ID di dalam, memang ala Thai

Order guna kod QR. Nasib smooth dan laju, tak macam order guna QR di Pizza Hut. Hahaha.

Deep friend gaeong som fish nama diberi, sedappppppp sangat.

Sotong goreng tepung wajib order dan sedap mo satu.


Makan kedai siam pun order kangkung belacan, sini pun samalah. Sedap jugak.


Telur dadar crispy pun sedap. Semua sedaplah. Memang puas hati. Tapi servis agak lambat. Huhu.


Tomyam lupa snap gambar. Hihi. Total damage seperti di atas.


Alan cakap "aroy"  - à¸­à¸£่อย, ดี, สวย

Next time kalau rasa nak makan di sini, memang kena booking dulu, kalau setakat sorang 2 tu boleh la walk in tapi ramai memang risky kalau tak booking awal.

 

6 Comments

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!

  1. seafood memang sedap laaa cuma harga pricey :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yg peliknya sini pun masih mahal seafood, tak mcm di sabah

      Delete
  2. bila servis lambat terutama kedai makan, itu yg jadi potong mood hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu.. kalau x sedap terus xmo repeat dh

      Delete
  3. makanan thai mmg sedap. wpn x sesedap.kat thai tp kena jg laa kan dgn selera kita kat sini...

    ReplyDelete
  4. Kalo Thai foods, memang tak bisa tak suka. Pastiiii sedap. Ibaratnya hanya ada 2 pilihan rasa untuk Thai foods : sedap, dan sedaaaap sangat 😄😄.

    Melihat sotong gorengnya, saya pun terliur ka 🤤. Rasa nak cari sotong goreng juga

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form