Dine-In di Pelicana Chicken

Kisah sebelum raya haji hari tu. Lama dah masuk draft cuma tak sempat nak menaip ceritanya. Masa tu saya baru je lepas MC. Tak share lagi kenapa MC masa tu, 3 hari MC terus sambung cuti raya haji. Masa MC memang tak boleh nak masak, harapkan Iman je dan tapau. Bila dah ok sikit, terus celebrate makan di luar, dan idea dari #theIMANs, diorang nak makan makanan Korea. Layan saja lah.

Pernah order dari Grab je set ayam di Pelicana ni, dine-in first time jugaklah.


Si dia ni lah pencinta makanan Korea. Pengaruh ibu saudara ler tu, bukan pengaruh rakan sebaya.

Kami order platter set ni. Macam-macam ada. Dengan nasinya, friesnya. Nasi tu banyak jugak tau. Memang diorang kepalkan sepenuh hati kot. Bila dirobohkan 'timbunan gunungnya' memang banyak.

Ini jugak, ramyeon ke nama ni? Haha. Susah sangat nak sebut. Tapi ini cepat je habis sebab set ni yang sampai dulu.

Dan enoki ni.


Sebab tak lunch lagi kot, itulah nafsu besar order banyak-banyak. Ni pun dah tak sabar nak makan, nasib baiklah masih boleh diajak bergambar.


Bismillahirrahmanirrahim... ayam ni tak habis, fries tak habis, enoki tak habis, siap tapau.. nasib baik masuk AF sedap lagi makan kat rumah. Kalau dah order set platter baik tak payah add onn side order lagi. Memang dasar semua nak makan, beginilah.


Total damage di Pelicana Metrocity. Saya rasa ada faedahnya jugak letak resit makan-makan di blog so next time nak makan lagi kat sini boleh refer lagi di blog, samada harga naik ke, turun ke, atau berbaloi ke nak order menu yang sama? Ada jugak menu yang kita nak repeat tapi lupa dah namanya, boleh la search balik di blog sendiri. Begitulah kegunaan blogku ini.

 

8 Comments

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!

  1. Ye, simpan di blog senang nak refer kendian :D
    Restoran Korea la ni Kakmim ye... Anak² skrg sukalah k-food ni kan. Si Kakak anak PH tu, ramyeon la Samyang la semua dia tau. Umminya ni nak menyebut pun terbelit lidah 🤭

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang, taebokki la kimchi la semua nak beli nak try, maknya tgk je ceta korea, mknnya x.. x brp nk masuk 😂

      Delete
  2. ya betul ie part letak resit kat blog tu...senang nak refer laa or throwback hahahah

    ReplyDelete
  3. masa perut lapar mmg segala benda nak order hehehe

    ReplyDelete
  4. Aaaa.. kalau ada resit tu memang tepek aje, senang nak tengok len kali, kotlah tambah cukai lagi akan datang, kan. Tapi, memang terliur tengok set dulang tu.

    ReplyDelete
  5. kami pun sama kalau order set mmg jarang habis. mesti tapau wpn tggl sikit... tp kalau g jepun jgn buat perangai cm ni. x abis ke bayar. nak tapau pun kena byr😁

    ReplyDelete
  6. Hahahahah kalo perut lapar, memang rasanya naaaak semua menu dipesan kan 🤣🤣. Seharusnya restoran nih ada sedia menu kecil2, jadi kalo nak pesan banyak macam, tak lah jadi mubazir.

    Nasib baik negara2 asia tenggara ini boleh bungkus makanan yg tak habis. Ada beberapa negara tak boleh. Krn mereka khawatir makanan akan berubah rasa dan kualitas kalo ditakeaway.

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form