Cara Buat Homemade Garlic Bread

Garlic bread, selalu makan kalau pergi PH je. Buat sendiri? First time ni. Senang sangat la nak membuatnya. Sedap pun sedap. Tapi mushroom cream soup masih guna yang tin je, belum terbuka hati nak buat sendiri. Jom tengok gambar dan cara buat garlic bread. Semudah 1 2 3 ye uols!


1. Garlic @ bawang putih, dicincang, saya guna chopper
2. Marjerin atau butter untuk menumis garlic. Saya guna marjerin Daisy
3. Tumis garlic
4. Selalu orang pakai daun parsley, tapi yang ada oregano je kat rumah ni, hentam saja
5. Masukkan sedikit dan kacau sampai naik bau wangi oregano
6. Sediakan marjerin/butter dalam bekas
7. Tuang tumisan garlic tadi ke dalam bekas marjerin
8. Kacau-kacau dan garlic spread siap! 


Roti baguette dipotong serong, sederhana je tebalnya dan sapu dengan garlic spread tadi. Sapu banyak-banyak nanti tinggal letak atas pan je. Oh ya, sapu depan belakang ya.


Letak atas pan je. Plan nak masuk AF, tapi macam malas je. Lagi cepat letak atas pan

Ah, syiap! Mushroom cream soup tu bukan homemade.

Cicah-cicah mushroom cream soup, fefeeling makan di PH

Tadaaa... main dishnya ada angel hair bolognese. Spagetti takde, angel hair pun redah je.

Siap la makan malam ala western air tangan Ibu dan Iman. 

 

7 Comments

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!

  1. TQ share resipi. Boleh la cuba lekak tok 😃

    ReplyDelete
  2. Terbau aroma garlic bread sampai ke sini 😁
    Menarik jugak buat sendiri.

    Akak lebih suka guna angel hair, lebih sedap dikunyah.

    ReplyDelete
  3. Okay save dulu resepi.
    French baguette tu selalu beli dekat bakeri ke pasaraya Kakmim? Selalu tak jumpa roti jenis ni kat kedai² biasa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh, kami kt sini senang dpt.. bakery ada supermarket pun ada

      Delete
  4. penah baca kat mana ntah... katanya nak sng sapu je butter dgn sos garlic then bakar. tp sy x penah buat😁

    ReplyDelete
  5. Padahal memang tak susah. Tp saya pun tak pernah buat sendiri. Selalu sedia garlic cream di rumah , lalu oles di roti, bakar. 😄. Buat sendiri garlic spread nya msh belum ada mood 🤣

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form