Semalam berjaya mencutikan diri sebelum 'berjuang' semula untuk sesi akademik yang baharu minggu depan. Walaupun terasa rugi cuti hari Jumaat (sebab lunch break panjang) tapi hari ni je rasa lega sikit nak bercuti.
Bila Ibu bagitau Ayah plan nak cuti, Ayah pun mohon cuti jugak. Saya guna cuti gantian je pun sebab berkerja hujung minggu hari tu kan. Ada 3 cuti gantian tak pakai lagi, bulan ni pulak ada 3 hari jugak baru key-in di HRMIS. At least save jugak cuti rehat tahunan 6 hari.
Bila laki bini cuti, baru dapat nak dating kan? So kami pergi breakfast mee kolok smoked duck. Selalunya ke Mee Kolok Sepinang Sari, tapi sekarang tukar ke Kak Yam Cafe, sebab smoked ducknya sedappp!! Rasanya tersangatlah premium uols!! Sampai teringat-ingat lepas balik makan. Tempatnya takdelah jauh sangat pun kalau dari ofis saya tapi saya sejenis malas nak keluar jauh-jauh semata-mata nak cari makan. Sebab tu prefer bawak bekal je, memang jimat masa.
Kali ni saya order mee pok smoked duck, extra sup. Kalau tak mintak extra sup, supnya semangkuk kecil je dia bagi. Supnya dah la sedap, ada rasa rempah. Bukan sekadar sup kosong bubuh ajikomoto atau tumix. Haha! Cara makan pun macam makan mee kolok, sup tu tak tuang dalam mangkuk mee tu. Mee makan kering then hirup sup. Haa.. macam tu lah cara original makan mee kolok.
Closed up sikit. Meenya tak keras, tak jugak overcooked. Sedap dikunyah. Ada jugak seller yang mee poknya overcooked, tak sedap. Ada yang masih tak berapa masak pun tak sedap jugak.
Save the best for last. Puas hati!
Mee sapi smoked duck Encik Suami. Mee Encik Suami macam lupa letak bawang goreng. Hihihi.
Sebenarnya kami laki bini ada order nasi ayam jugak. Sebelum mee sampai kami share makan nasi ayam dulu. Kalau order nasi ayam memang cepat, sebab tu semenatara tunggu mee siap alas perut dengan nasi ayam dulu. Hihi.
Makan 2 orang, menu diorder 3 😂
Kedai ni area kampung je. Kiri kanan rumah orang. Halaman rumah Kak Yam ni memang luas, memang banyak meja. Dapur pun kat luar tu jugak. Orang Kuching yang nak try boleh la try Kak Yam Cafe di Lorong Petra 3, Jalan Astana.
wow smoked duck yee mee!
ReplyDeleteDr x suka jd suka ana.. haha
DeleteOooomaaaakkkk.... nak juga smoked duck! Mengancamnya dia punya hirisan tu.
ReplyDeleteKan kak kenas je hirisannya? Dah la lembuttt.. aduhai sedapnya
DeleteKalau tak diberitahu, mungkin akak curah kuah sup ke mangkuk mi 😂
ReplyDeleteInsyaAllah nak mencuba kalau ada ke Kuching lagi.
Ya Allah kaaaak, serasa nak terbang saya kesanaaaa ❤️😍😍😍😍😍😍.
ReplyDeleteDaging smoked duck nya terlihat juicy sangaaaat. Memang lah saya pun akan makan trakhir yg tersedap tuh.
Kalo bebek memang tak ada lawan. Saya pun LBH suka bebek drpd ayam 🤣
tak pernah lg mkn smoked duck tu
ReplyDelete