Hari Jumaat dah. Baru la dapat bernafas sikit untuk menaip di sini. Sepatutnya bila cuti semester boleh la curi masa nak buat kerja peribadi sikit, tapi tak dan. Masih banyak kerja hakiki yang perlu diuruskan. Bila musim cuti, sebelum bermulanya sesi baru, memang banyak laporan yang perlu dibuat, meeting lagi. Dan rutin paling penting, buat kalendar akademik! Maka, bermulalah selak-selak almanac dan bermain dengan sticker.
Sticker dah berlekat dah di almanac. Senang nak tanda minggu perkuliahan. Setiap 1 sesi ada 14 minggu kuliah. Buat kalendar akademik institusi kena rujuk juga kalendar akademik yang HQ dah sediakan. Begitulah tugasan saya sebelum sesi baharu bermula.
Kiri almanac, kanan di pc, template Excel.
Dah siap. Kalendar akademik dari HQ, almanac dan kalendar akademik institusi. Setel semua, buat memo edaran pulak. Setel, tunggu nak upload di sistem pulak.
Begitulah rutinnya. Kerja hakiki di ofis ni bermusim kan? Kalau kewangan lain pulak, awal bulan lain, hujung bulan pulak lain dengan closing account lagi. Awal tahun lain things-to-do-list, hujung tahun lain pulak.
Kalau SAHM (dibaca Stay-At-Home-Mom) pun ada rutin jugak kan? Setiap manusia ni memang pelbagai fungsinya. Cuma kita ni je yang kena pandai uruskan masa dan tekanan. Kalau memang dah ada rutin, kita dah boleh agak dah level stress kita, so pandai-pandailah ye. Semoga dipermudah urusan kita semua.
Salam Jumaat Kakmim. Semoga dipermudahkan segala urusan 🌸
ReplyDeleteyg penting kita happy2 dan syukur selalu, alhamdulillah
ReplyDeletesalam jumaat Kak Mim.. moga dipermudahkan urusan kita semua aminn~
ReplyDeleteSemoga dipermudah urusan kita Kak Mim
ReplyDeletesetiap yang bernafas, ada peranan masing2...
ReplyDeleteSalam hujung minggu Kak Mim. Semoga dipermudahkan segala urusan kerja Kak Mim yer. Ibu pun kadang nak curi masa untuk bloging pun tak lepas. ;)
ReplyDeleteBetul tu... kalau dah rutin.. alah bisa tegal biasa..
ReplyDeletepagi kakmim.moga dipermudahkan urusan
ReplyDeleteBetuuul tuh. Saya sendiri mungkin Krn pernah kerja kantoran, jadi setelah resign saya tetap buat jadwal atau target kak.
ReplyDeleteDi mulai dari pagi hari sampai malam nak buat apa. Semua bisa tercapai atau hrs di carried forward esoknya.
Setidaknya jadi terukur kegiatan saya walopun dah tak kerja 😄
Happy dengan apa yang kita buat....kita pun kena ada target juga kan....
ReplyDelete