Projek Sains Tahun 5: Litar Sesiri dan Litar Selari

Silibus budak-budak jaman now memang advance kan? Kalau dulu zaman Ibu, litar sesiri dan selari ni belajar masa sekolah menengah. Sekarang tahap 2 pun dah belajar semua ni. Macam biasalah bila ada projek Sains, cikgu akan suruh beli bahan secara berkumpulan, kiranya sorang beli ni, sorang beli tu, bahagi-bahagilah. Faham cikgu takkan nak bebankan parents jugak. Tapi sementara ada rezeki lebih, beli je lah 1 set untuk Abang. Lagipun semua kawan dalam kumpulan pun beli set sendiri, tapi untuk kegunaan kumpulan. Nampaknya bila semua dah beli sendiri-sendiri dah boleh buat sendiri-sendiri jugak lepas buat di sekolah. 

Balik sekolah lepas je buat projek Sains di sekolah si Abang sibuklah nak show off dengan si adiknya. Biasalah Alan ni sejenis yang suka benda-benda baharu macam ni. Barulah bagi dia sebab belum masuk silibus dia lagi, dia baru darjah 2, Abang dah darjah 5. Dok ralit pulak dia baca buku teks Abang sementara Abang sibuk nak buat sambungan mentol dan litar. 

Sampai je rumah terus bukak buku teks dan peralatan projek Sains sebab tu 2-2 masih lagi dengan baju sekolah.

Banggalah Abang show off kat Alan, mentol dia dah menyala.


Keesokkan harinya, balik sekolah Alan pulak buat sendiri sambungan litar Abang. Awan? Macam biasa  petang-petang dia akan keluar main bola. Alan dan Abang ni sejenis yang duduk rumah, itulah kerjanya kalau tak pc, komik. Nerd pulak 2 orang ni.

Ini throwback tahun lepas sebenarnya ya. Masa Abang tahun 5, tahun ni Abang dah tahun 6 dah pun.  Rupanya entri ni lama duduk dalam draft tapi tak publish. Dah siap taip pulak tu. Hihi. Biasalah time macam ni baru sibuk selongkar draft tengok-tengok mana yang boleh dipublish.



 

1 Comments

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!

  1. betul silibus zmn skrg mmg laju betul.. Ana dulu belajar litar ni masa form 2 subjek kemahiran hidup hehe

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form