Pengalaman Tournament Chess Guna Braille Set

Sabtu dan Ahad yang lalu, Abang join Stampin Rapid Chess Open di Boulevard Shopping Mall. BFF dia ajak, tu yang asyik tanya je dah register ke belum. Selagi tak register selagi tu dia tanya. Ibu pulak kerja 2 hari tersebut so Ayah je la yang akan menemani Abang. Kakak dan adik-adik pulak stay rumah nenek. Bukan selalu lepak umah nenek di hujung minggu.


Uniknya tournament kali ni, Abang dapat opponent atlet paralimpin (OKU penglihatan). So dia berpeluang bermain guna braille set. 1st game lagi dah mencabar, mencabar la bagi dia sebab first time lawan orang buta. Tapi Abang biasalah, takde perasaan pun. Ayah cakap, dia rilek je.

First game di pagi Sabtu, pairing dengan atlet paralimpik.


Tournament ni main sampai 9 round. Memang seharian lah di sini. Tapi Ayah tengah hari keluar pergi solat dan rehat di hospital. Staf hospital lagi selesa di hospital, haha.

Abang dan bffnya.

Ibu memang tak boleh tengok game macam ni. Seram. Haha. 

Time rehat, 3 sekawan lepak sama. Geng 1 sekolah, 1 akademi.

3 sekawan makan, Ayah datang kemudian.


Day-2.

Day-2 1st game pairing tak datang pulak, so menang la dapat point percuma.


Rehat je main online chess.

Gambar dicandid coach diorang, cari makan lagi di hari ke-2.

Ayah sampai, diorang dah setel pun order makanan.

Selesai round 9, terus balik, confirm la takde nombor. Pengalaman tu yang penting sebab bila join open tournament macam ni pairing bukan ikut kategori umur, lawan orang tua dan pro. Wakil SUKMA  Sarawak pun ada. Belasah je la Abang. Practise makes perfect, kata orang tua.

 

2 Comments

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!

  1. pengalaman tu yg mahal dan berharga sgt!

    ReplyDelete
  2. bagus join tournament mcm ni, mengasah minda & strategi...suka tgk org main chess dlm movie the Queen's Gambit..

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form