Amigo Hotel Bintulu

6 bulan berlalu baru nak sambung lagi kisah Road Trip Kuching - Bintulu hujung tahun lepas. Tapi kali ni lebih kepada cerita pasal hotel di Bintulu ni. Yang saya tau hotel di Bintulu ni, Promenade Hotel je sebab dah pernah stay kat situ. Area terminal bas Bintulu, ada Farley, memang kawasan tumpuan ramai la. Sebelum road trip, saya buat research dulu hotel mana, makan di mana, pit stop di mana. So sebelum pergi memang kerjanya menggoogle dan membaca review je kejanya.

Hasil pencarian di Google dan review di FB dan website, akhirnya saya memilih Amigo Hotel ni. Nak ke sini memang guna waze je. Rupanya tak jauh dari The Spring. Time kami pergi tahun lepas memang tengah rancak construction bina fly over. 

Hotel ni di area shopping lot baharu. So takde la crowded sangat. Ok la.


Sebenarnya yang best kat sini ada bilik yang triple bed. Berbaloi sangat untuk kami 6 orang.

Bilik-bilik yang ada di Amigo Hotel. Saya booking direct website hotel je, bukan dari Agoda.

Itu haaa Deluxe Triple Single.

Ok sangat, 1 bed untuk 2 orang.

Walaupun basic tapi ok sangat untuk merehatkan badan sebelum meneruskan perjalanan kami ke Miri.


Modern concept & minimalis.


Lengkap semua.

Proper je. Kalau ke Bintulu memang boleh repeat sini lagi.


Breakfastnya takde la sedap dan banyak, tapi masih ok. Saya ambik dengan breakfast sekali sebab malas nak pegi bandar lagi cari kedai makan sebab kami plan nak sampai awal di Taman Tumbina sebab perlu sampai di Miri sebelum 4 petang.

 
Kami 6/6, simpan sini buat kenangan di Amigo.

Lobi Amigo Hotel.

Suka sangat bila tengok ada water filter.

Inilah kerjanya, top up semua botol air sebelum bergerak ke destinasi seterusnya. Haha.

Deco musim krismas kan?

4/4

Ada meja makan lagi, senang nak discussion kalau ramai-ramai di lobi

Rindu pulak Bintulu. Tak puas tengok sunset di Tanjung Batu. Bila la nak road trip lagi ni?

7 Comments

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!

  1. harga bilik yg mampu bayar. kalau ke sana nak cari hotel yg murah2 tp selesa mcm ni..

    ReplyDelete
  2. cantik dan selesa bilik dan hotelnya..

    ReplyDelete
  3. Not bad juak hotel Amigo ya oo. Sik jauh dari siya ada tempat makan nama D'Place Kitchen. Nyaman juak makanan siya.

    ReplyDelete
  4. Walaupun bilik simple tapi cukup fasilitinya. Bila kita travel, bilik ni untuk beristirehat sahaja.

    ReplyDelete
  5. Nyaman sangat. Yg penting itu kan. Apalagi kamar besar dan triple. Memang cocok kalo bawa family kesana.

    Saya pun Krn anak2 dah besar, tak bisa lagi pakai kamar biasa. Hrs family room atau pesan 2 kamar

    ReplyDelete
  6. Cantik, selesa dan murha betul harganya laa

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form