Sepetang di Dataran Ibu Pertiwi


Dataran Ibu Pertiwi yang menempatkan tiang bendera Sarawak setinggi 99 meter telah menjadi ikon baharu di Bandar Raya Kuching.

Dataran yang terletak berhampiran bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Tebingan Kuching itu telah dilancarkan oleh Premier Tan Sri Abang Johari Tun Openg pada majlis sambutan ambang tahun baharu peringkat negeri Sarawak yang lalu.

Kos pembinaan monumen itu telah disumbang syarikat Petroleum Sarawak Bhd (Petros), Petroliam Nasional Bhd (Petronas) dan Shell menerusi program tanggungjawab sosial korporat (CSR).

Sebelum ni tengok dari jauh dan tengok di tv je Dataran Ibu Pertiwi, tapi baru-baru ni baru sempat nak ke sini. Syok jugak dapat jogging dan main basikal di sini. Tapi kami pergi hari tu lepas balik dari open house raya, memang la pakaian bukan untuk beriadah.

Ramai jugak orang bergambar kat atas tu, tapi kami kat bawah je. Maleh nak naik dengan berbaju kebaya bagai. Hahaha.

Bergambar kat bawah je jadi la.

Next time kita naik dan bergambar kat atas sana ye.

Lain sungguh dah design perahu tambang sekarang. Macam baru pernah je tengok perahu tambang design macam ni. Ya, seberang sana tu Kuching Waterfront (Tebingan Kuching).

 

14 Comments

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!

  1. Dah lama tak pergi Kuching. Harap ada rezeki bawa anakku ke sana.

    ReplyDelete
  2. cantik jugak dataran ni.. tak pernah jejak kaki lg ke kuching..
    arap suatu ari nanti ada rezeki nak ke sini.. =)

    ReplyDelete
  3. Lamak dah sik jalan2 di bandar Kuching. Tahun depan harap2 cuti lamak sikit dapat pegi ngabas sitok.

    ReplyDelete
  4. Wah, inilah tiang bendera tertinggi di Asia Tenggara tu! Kalah dah tiang bendera kat Dataran Merdeka 😊

    ReplyDelete
  5. Perahu tambang masih digunakan ye ? Teringin nak naik :)
    Byk tempat menarik sekitar sini ye. Mudah-mudahan ada rezeki PH jejak kaki di Bumi Kenyalang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masih.. tp x byk dh beroperasi.. lebih kpd tarikan pelancong dh skrg

      Delete
  6. bestnya if dpt naik perahu tambang!

    ReplyDelete
  7. Kak SA dah pernah naik perahu tambang ke seberang tu bawak Mak Pah dan Pak Zain, pi beli kek lapis..

    ReplyDelete
  8. owh... boleh naik bergambar kat tempat tiang bendera tu.. haritu kan kami nampak dari waterfront je.

    ReplyDelete
  9. Kalo ke Sabah Serawak nih, rasanya seminggu pun tak cukup yaa 😄😄. Banyak tempat bagus nya. Semoga tahun depan saya jadi bisa datang kemari

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form