Selamat Menyambut Hari Alumni UPM!

UPM telah mengiktiraf 21 Mei sebagai tarikh memperingati sejarah penubuhan UPM, bermula dengan penubuhan Sekolah Pertanian di tanah Serdang yang dibuka oleh Mr. John Scott, Pegawai Tadbir Negeri-Negeri Selat dan ex-officio Pesuruhjaya Tinggi Tanah Melayu Bersekutu pada 21 Mei 1931.

Tanpa institusi asal ini, UPM serta para graduan dan alumninya tidak akan wujud. Kejayaan UPM selama ini adalah hasil komitmen dan usaha gigih semua lapisan warga UPM, termasuk staf, pelajar, dan alumni sehingga kini. UPM amat berterima kasih dan menyanjung tinggi sumbangan khidmat dan jasa warga UPM dalam membangunkan alma mater ini.

Selamat Hari Alumni UPM!!

Baru tau hari ni 21 Mei rupanya Hari Alumni UPM. Ala.. teringat kat kawan-kawan masa di UPM. Ada yang berpuluh tahun dah tak jumpa, rindunya. Terus belek-belek album lama yang ada di rumah. Ada jugak yang masih di umah mak. Harapnya adalah lagi.

Dah belek-belek gambar ada yang dah melekat plastiknya. Saya capai henfon terus snap gambar biar jadi softcopy. At least kalau rosak, adalah jugak softcopy untuk kenangan.

Dormmate masa matrix di KOMAT. 1 dorm 10 orang, rindu semua!

Lepas habis presentation masa matrix. Tema tudung putih. Hihi.

Tutorial Maths. Masa matrix sem 2 rasanya. 

Tutorial Kimia, masa matrix.

Dinner Mega Matriks untuk ex-KOMAT. Masa ni dah final sem degree dah.

Bersama geng Borneo. Sabah vs Sarawak. Saya seorang je Muslim, yang lain tu semuanya non Muslim

Geng Sabahan

Sabahan lagi. Rasanya geng Sabahan je yang ramai join dinner ex-matrix kami ni sebab tu ada banyak gambar dengan diorang je

Dewan kuliah fakulti, tahun 2.. sebab tengok tarikh gambar diambil tahun 2002. Semua dah tak ingat nama kecuali yang bertudung biru sebab itu memang bff saya

Bersama lecturer subjek elektif di Fakulti Pendidikan. Lupa dah nama pensyarah.

Habis final exam, final sem matrix. Di depan Panggung Percubaan UPM

Geng Sabahan, depan Dewan Besar UPM. Ni gambar masa matrix je banyak ni.

Gambar di kolej kediaman masa degree pun ada dalam album tapi semuanya pakai baju kelawar. Ada gambar cuci periuk, gambar masa dinner blok, tapi tak pakai tudung. Hahaha. Melaram dgn akak dan adik di kolej, semua pempuan kan. Kalau zaman sekarang mesti lagi banyak gambar. Dulu-dulu kalau ada beli filem camera, barulah ada gambar. Digital camera pun rasanya tak wujud lagi masa tu. Sebab masa saya dah start keja barulah saya kemaruk nak memiliki digital camera. Hahaha!

Last but not least, kepada alumni UPM, Selamat Hari Alumni UPM!!! Rindunya UPM!





2 Comments

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!

  1. Selamat Hari Alumni UPM Kakmim!
    Kalau buat reu best ni...

    ReplyDelete
  2. Waaaah kaaaak imuuut sangaat zaman kuliah yaa 😄👍. Cute.

    Saya pun tak banyak foto ketika kuliah. Tak ada rasanya. Pertama saya memang tak suka di foto duluuu, kedua terlalu fokus belajar. Tak sempat foto2, apalagi di Penang mostly students nya foreign students yg jujur saya tak terlalu cocok Krn mereka suka clubbing 😄😄. Jadi dah laah, fokus study biar cepat selesai saat itu 😄

    Dan kamera digital pun memang blm bagus kan. JD malas nak foto 🤭😄. Tak jauh beda zaman kita kuliah. Saya start 2002.

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form