Sambal Telur Pecah atau Sambal Pecah Telur?

Ini antara menu dinner malam tadi. Balik kerja petang semalam, kebulur. Nak masak ayam, lupa nak suruh Iman defrost ayam. So sementara tunggu ayam ready untuk dimasak saya ketang-ketung pecah-pecah telur dulu dalam sambal. Zas zas siap. Kalau semua bahan cili, bawang merah, bawang putih dah siap blend cepat je masaknya.

Menu yang simple dan mudah tetapi menyelerakan. Siapa setuju?



Ini pulak cerita dalam draft. Tengok watermark lama tu. Haha. Alkisahnya cerita balik dari Kenduri Kahwin di Sri Aman bulan Disember 2022 dulu! Fuh.. lama giler dalam draft. Dah siap taip dah tapi tak publish. Pelik jugak. Kenapa tak publish ek?? Lupa kot.

Biasalah kan bila balik dari trip, berhari-hari makan masakan kedai memang terasa tercari-cari masakan air tangan sendiri. Dah tak larat nak order atau makan di luar lagi. Rasa macam.. cukuplah, nak kena makan masakan sendiri pulak ni. Saya rasa mesti mak-mak yang membaca entri ni pun pernah berperasaan begitu.

Sebelum sampai di rumah lagi saya dah fikir dah nak makan apa. Nak buat nasik lemak, stok ikan bilis habis, tak sempat lagi nak ke pasar minggu Satok. Ikan bilis ni boleh je nak beli di supermarket tapi tak sedap. Buat sambal telur pecah je lah, sedap jugak makan dengan nasi panas-panas. Bila ada stok cili & bawang blender memang macam-macam masakan boleh terjadi. Automatically saya akan jadi rajin masak. Kalau stok bahan blender dah licin, memang masak yang goreng atau rebus je lah jawabnya.




Semalam masak 3 biji, tahun 2022 pun masak 3 biji. Sebiji sorang, ayah, ibu & Iman. Hehehe. Yang 3 lagi tak makan sambal telur ni.
 

12 Comments

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!

  1. PH panggil Sambal Telur Pecah. Favorite jugak ni...
    Lauk simple gini memang berhantu hihi

    ReplyDelete
  2. Sambal Telur Pecah.. kita gemar betul sambal ni tapi bila masak, susah nak jadi sedap. Pernah makan kat rumah sedara, sedap betul, telur tu digalakkan hancur dengan sambal.

    ReplyDelete
  3. Kalau akak, sorang sebiji macam tak cukup 🤭 sebab sukaaa makan telur.

    Telur pecah - nama masakan
    Pecah telur - menggambarkan perbuatan 😁

    ReplyDelete
  4. mr hubby tak berapa mkn sgt lauk2 telur..dia prefer lauk2 kampung mcm ikan kering ker apa ker. tp i sgt suka laaa apa2 lauk telur termasuk sambal gini

    ReplyDelete
  5. Sambal telur pecah....cantik plak kejadiannya...kalau akak buat x pernah menjaditu

    ReplyDelete
  6. sedap ni..tapi kalau MA pun x jadi sgt.. kalau Ibu buat..sedap ajer.. he he..air tangan tu kan

    ReplyDelete
  7. Saya suka masakan berasaskan telur. Confirm masakan ni pun saya suka.

    ReplyDelete
  8. ammi biasa panggil sambal pecah telur.

    kadang-kadang kalau telur tu dihancurkan kasar panggillah sambal telur hancur haha...kesian telur tu diperkatak-katikkan

    ReplyDelete
  9. Pergh!! Bertambah makan kalau lauk macam ini.. simple tapi menyelerakan..

    ReplyDelete
  10. sedap tu sambal pecah telur tp tk pernh buat

    ReplyDelete
  11. Jadi pengen tahu resep sambal nya apa kak 😄. Soalnya tiap makan sambal bilis atau sambal telur di Malaysia, memang tak sama rasa dengan di Indonesia. Saya suka 2-2 nya, tp yg Malaysia punya ini blm dpt resep yg pas

    ReplyDelete
  12. Kalau sudah sedia pes masak pun jadi cepat dan semangat.

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form