Pangkalan Sapi terletak di hadapan bangunan DUN dan di seberang Kuching Waterfront. Sekarang Pangkalan Sapi boleh dihubungkan dari Waterfront dengan berjalan menulusuri Jambatan Darul Hana. Kalau #theIMANs diorang panggil jamabtan ni, 'jambatan goyang'. Hahaha. Walaupun jambatan ni 100% jambatan konkrit, tapi bila di pertengahan jambatan tu, memang ada sedikit goyang-goyang, tapi takdelah ketara sangat. Cuma yang alert, memang akan rasa pening-pening sikit. Haha.
Dulu kalau nak ke seberang (pusat bandar Kuching), yang orang sini panggil 'pasar', kalau dari area Petra Jaya ni, orang suka naik perahu tambang dari Pangkalan Sapi ke Pangkalan Batu di Kuching Waterfront. Zaman saya single, kekadang malas nak driving ke pasar, so saya park kereta di Pangkalan Sapi dan naik perahu tambang ke Pangkalan Batu dan jalan ke India Street. Kalau sekarang ada Plaza Merdeka dah bersebelahan India Street. Biasalah zaman belum mahir driving, memang akan cari jalan termudah kalau nak ke pasar.
Pangkalan Sapi sekarang. Telah siap renovation pada tahun 2023. Sesuai sangat untuk beriadah. Tapi saya belum pernah lagi ke sini pada waktu siang, setakat ni lepak di sini waktu malam saja. Lagipun waktu malam ada fountain yang boleh 'menari ikut rentak lagu' di depan DUN ni, boleh la nampak dari sini walaupun sipi-sipi je sebab membelakangi fountain. Nak view yang clear dan cantik mestilah kena lepak di area Kuching Waterfront untuk ambik video fountain 'menari' Haha.
Sumber: Google
Bawah ni pulak Pangkalan Sapi pada sebelah malam. Malam pun ramai yang lepak di sini siap picnic bawak tikar untuk duduk-duduk bersembang. Budak-budak pulak ada yang main skuter, yang bawa sendiri la. Tapi nak masuk sini parking limited jugak. Kalau parking penuh ada security yang akan tutup jalan masuk. So kenalah parking di tepi-tepi jalan on the way nak ke situ.
Suasana waktu malam
Bangunan DUN. Kebetulan malam tu kami park di depan ni je.
Sementara #theIMANs ke tandas, dan orang pun takde lalu kat area situ terus cepat-cepat snap gambar.
Dari kejauhan masjid terapung ataupun Masjid India Bandar Kuching. Malam masa kami lepak ada majlis di situ, so memang jelas jemaah berzikir sampai dekat 9.30 malam jugak la.
Sumber: Google
Masjid India Bandar Kuching waktu siang, nampak tak ada perkampungan di seberang tu. Itu Kampung Sungei Bedil Besar, area situ pun ada Waterfront. Semua rumah penduduk di tepi sungai semua dah dialihkan ke penempatan baru untuk kerajaan buat Waterfront.
Cerita pasal Pangkalan Sapi, dulu Pangkalan Sapi ni antara jeti tersibuk jugak la sebab orang yang tinggal di area Kuching Selatan (seberang sungai sebelah pasar) yang bekerja di Wisma Bapa Malaysia akan menggunakan jeti tersebut untuk ke ofis di Wisma Bapa Malaysia. Tapi bagi staf di situ, mereka tak naik perahu tambang berbayar tu. Masa tu memang ada bot khas untuk staf di Wisma Bapa Malaysia. Hanya tunjuk kad staf je dan naik free. Masa saya kerja di situ, selalu juga la naik bot free untuk ke pasar bila masa rehat hari Jumaat. Masa tu single lagi kan, waktu rehat yang panjang hari Jumaat boleh la merayau di pasar, makan-makan sedap sikit. Takdelah asyik makan makanan cafe je.
Sumber: Google
Pangkalan Sapi dulu-dulu. Perahu tambang masa dulu tambang 20 sen tapi sekarang tak tau dah berapa. Bot untuk staf gomen area jeti sebelah Astana.
Inilah Wisma Bapa Malaysia. Bangunan yang macam kotak mancis ni, kata #theIMANs la. Kat sini semuanya ofis jabatan di bawah kerajaan negeri. Ofis Premier pun kat sini jugak. Ni antara bangunan tertinggi terawal jugak di Kuching. Designnya agak outdated, tapi masuk dalam mewah. Ada 20 tingkat la kalau tak silap. Dulu kerja tingkat 10, kalau nak solat naik tingkat 19. Hihihi.
Di belakang kami tu Bangunan DUN lama. Sebelum adanya Bangunan DUN yang sekarang, di sinilah persidangan DUN dibuat. Memang sesak la kalau musim DUN sitting masa masih kerja di Wisma Bapa Malaysia.
Gambar raya tahun 2022 (tema purple) sempat photoshoot di depan bangunan DUN lama ☺️
cantik gmbr photoshoot tema ootd pepel tu
ReplyDeleteGambar lama ni 😅 tq anyway MZ
Deletecantiknyaaaaa OOTD kakmim sekeluarga! suka colornya tu nampak softtt je...
ReplyDeleteKaler pastel.. tema raya terkejut 2022.. hehehe
DeleteSeronokkan mengulit kenangan gini ...
ReplyDeleteKadang PH rasa perlu utk kita tulis supaya anak² kita tahu tempat ni dulu macamana, skrg macamana...
Cantik sangat gmbr ootd tu 👍
Kami suka tunjuk album gambar lama2 kat anak2.. kadang2 suruh diorg main teka teka 😂😂
DeleteTahun tok tek sik sempat mok kayo2 area sitok kotan begaut gilak pulang raya. Harap2 tahun depan ada rezeki ngagak Pangkalan Sapi dgn Jambatan Darul Hana agik. Khayla gik itok mok habis tawaf di Muzium Budaya sbb tahun lepas pergi sik habis nya jalan dalam ya sbb muzium dah mok tutup.
ReplyDeleteKe muzium ya mst datang awal pagi br puas jalan floor by floor.. hehehe.. kmk org pn dh lamak juak dh x pegi.. kelak2 boleh lah ktk org explore sitok.. dataran ibu pertiwiku pn best juak lepak2
DeleteKak SA pernah naik boat ke sampan ke ntah menyeberang ke seberang semata nak beli kek lapis..huhu...siap bawak Pak Zain dan Mak Pah
ReplyDeleteCantiiiik kota Kuching ini 😍😍😍. Makin teringin pula nak ke sini. THN depan nak buat target traveling hrs ada Sabah Serawak rasanya 😄😄.
ReplyDeleteEh tapi di sana rasanya banyak tempat di sebut pangkalan ya kak. Saya ingat saat airasia jatuh di akhir tahun 2014 Dec, itu jatuh di pangkalan Bun, tp yg wilayah Indonesia.
Di sini pula ada banyak yg disebut pangkalan. Jadi penasaran maksud pangkalan ini , sungai berarti ya?