Minggu ke-14

Sejak bulan 2 hari tu mula tak aktif update blog. Rindu tau nak komen di blog sana-sini, tapi kekangan masa hanya sempat touch & go je. Maaf tau, bukannya sombong. Lepas ni saya cuba merayau sana-sini lagi. 

Minggu ke-14... tamat sudah sesi perkuliahan untuk sesi ni. Sekarang memang malas nak ambik gambar dengan student. Dulu-dulu selalu. Ada je keluar memory di FB kenangan masa kelas. So hari ni, tangkap la gambar dengan diorang. 

Alhamdulillah, setel markah diorang hari ni. Macam biasa, ada yang ok, ada yang tak berapa ok. Ada yang nak buat semula, kita layan je selagi ada kesedaran untuk perbaiki markah masing-masing. Diorang ni pun bukannya budak flying color masa zaman sekolah dulu. So di sinilah, kami pendidik di Kolej Komuniti bagi peluang untuk mereka buktikan mereka sebenarnya boleh. Itulah kelebihan bidang TVET. Bab teori memang agak slow tapi bila part hands-on sebenarnya memang ada yang memiliki golden hand. Sekarang ni dah tak hairan dah bila masuk Politeknik, lepasan Kolej Komuniti yang selalu menonjol bila masuk bertanding dan CSR. Sebabnya diorang memang dah biasa dah dengan kerja-kerja amali dan hands-on semasa di Kolej.

Tapi untuk subjek Science & Maths ni sebenarnya memang agak mencabar bagi diorang. Apatah lagi bila basic masa di sekolah pun tak kuat. Kadang-kadang pun kesian jugak, tapi nak buat macam mana. Benda dah berlalu di zaman sekolah. Sekarang kami di Kolej ni pulak yang kena mengadap. Apapun terjadi, kita jalan terus, hadapi dengan senyuman. Insya Allah, berkat kesabaran diorang, pasti akan berjaya juga dalam kerjaya pilihan masing-masing nanti.



Tadi... lepas kembalikan kertas amali, ujian, tugasan semua, seperti biasalah jiwa mak-mak ni kenalah membebel sikit. Membebel sayang jer. Tiup-tiup sikit untuk motivasi diorang. Lepas ni kita jumpa di semester 2 untuk kursus lain pula ya. Semester depan kita jumpa di makmal komputer pulak.

Dan harap-harapnya boleh la update blog selalu masa cuti semester nanti. Hihi.

 

7 Comments

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!

  1. nanti budak2 ni akan ingat saat2 kita ajar mrka bila mrka dah grad nanti...

    ReplyDelete
  2. Bagus kitak ada kesabaran menghadap karenah student. Kmk dgn anak2 sendiri pun dah jadi mak singa hehehe.

    ReplyDelete
  3. bagusnya Mim...layan kan aje student...xpe amik je gambar buat kenangan

    ReplyDelete
  4. akan jadi kenangan juga untuk diaorang ni kakmim....zaman study paling seronok

    ReplyDelete
  5. semoga Allah sentiasa memudahkan urusan cikgu mim :D

    ReplyDelete
  6. Belajar zaman sekarang memang sangat mencabar. Semoga anak2 rajin belajar & berusaha.

    ReplyDelete
  7. Mengajar para mahasiswa uni atau kolej lebih challenging daripada mengajar student anak2 tak kak? Dari dulu saya penasaran itu 😄. Ingat beberapa mahasiswa walaupun terhitung dewasa tapi terkadang tingkah pun masih childish. Beberapa mahasiswa di kampus saya saat di Penang seperti itu soalnya.

    Tapi masih bisa dihandle oleh lecturer 😅

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form