Mee Jawa Stall Tepi Jalan

Musim cuti sekolah macam ni je sempat nak berhenti beli kuih di stall tepi jalan. Sampai laki bini yang jual kuih pun tegur dah lama kami laki bini tak singgah beli kuih. Ye la dah hari sekolah kami gerak dari umah 6 pagi, nak singgah tak boleh sebab takut nanti jem, so memang kena terus gerak direct ke sekolah. Lagipun saya memang dah siapkan breakfast dan bekal untuk semua awal-awal pagi. Jam 4 pagi dah bangun masak, musim cuti sekolah macam ni boleh la lenggang-kangkung sikit bangun lambat sikit, buat breakfast simple-simple je.


Macam pagi ni buat roti paratha je yang frozen tu cicah dengan kari ayam semalam. Setel untuk #theIMANs dan Ayahnya. Saya pulak memang dah aim nak singgah stall kuih area perumahan kami. So pagi ni dapat la beli mee jawa. Kuih-muih tak beli sebab kurang sihat, selera makan kureng sikit sebab batuk & flu. Makan pun supaya tak lapar je. Jadilah untuk bertahan sampai tengah hari. Kalau lapar, makan la nanti. Macam semalam tak lunch pun. Balik rumah pun tak, cuti sekolah pandai-pandailah si Kakak serve adik-adiknya. Lagipun Ayah je balik rumah belikan lauk untuk lunch. 

7 Comments

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!

  1. Kak SA pun suka mee jawa..lama x makan la...

    ReplyDelete
  2. sedapnya mee jawa tu!! MZ memang penggemar apa jua jenis mee hehehe

    ReplyDelete
  3. Kmk bukan penggemar gemar dgn mee jawa, tapi mun org embak makan kmk makan juak 🤭 di Miri ada sigek tempat mee jawa famous, org padah mee jawa hole no. 9 / mee jawa pulau melayu. Biasa serve dgn chicken wing goreng. Nyaman juak siya.

    ReplyDelete
  4. saya dah mula rindu nak kelam kabut siapkan bekal awal pagi..

    ReplyDelete
  5. Sama la sejenis malas nak menyinggah beli sarapan nanti sangkut jammed!

    ReplyDelete
  6. Menarik mee jawanya.. Semoga sentiasa diberikan kesihatan yang baik.. Aamiin..

    ReplyDelete
  7. Saya suka mee yg kuah tak terlalu banyak seperti itu. Kalo di sini sebutnya mie bun. Atau mie nyemek. Arti nya tak terlalu berkuah tp basah. Sedaaap jadinya 😍

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form