Engkodok Is Purple, Purple Is Ungu

Lama dah tangan gatal nak update cuma tak boleh nak curi masa. Masuk awal ofis selalunya terus stat buat keja terus. Hari ni boleh la kot melepaskan gian sekejap. Task yang ditarget pagi ni pun dah siap. Task seterusnya lepas update ni kita terus jalan.

Hari ni tak perasan pulak semuanya serba ungu. Bila nak bukak bekal, eh tupperware purple jugak. 


Macam biasa sebelum orang lain sampai, saya akan breakfast terus di meja. Buat air teh 0 panas, dan bukak bekal. Hari ni makan nasik putih & kari ayam. Awal pagi dah makan macam nak kerja kebun kan. Hihi. Malam tadi jam 11 malam baru start masak. Sebelum tu makan kat luar sebab malam tadi #theIMANs ada Kumon. Sampai je rumah dari Kumon, saya tidur sekejap then baangun balik untuk masak. Kena masak jugak sebab hari ni hari ko-kurikulum, so kena bawak bekal dari pagi, so tak payah la Ayah hantar nasik untuk lunch ke sekolah. Bila setel untuk masak bekal secara tak langsung, breakfasr dan lunch hari ni pun setel. Kena la work smart kan?


Dan... hari ni sedondon jugak kaler purple dari baju sampai ke tudung. Saya jarang jugaklah pakai baju plain, tudung plain. Selalu pakai baju plain, tudung printed. Hari ni terasa nak pakai plain semua. Lepas tu baru perasan dengan bekal-bekal sekali pun purple. Orang Sarawak cakap warna engkodok. Hehehe. Engkodok tu purple. Purple tu ungu.  


 

9 Comments

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!

  1. Akak pun suka purple tapi x banyak koleksi purple

    ReplyDelete
  2. cantiknyaaa semua engkodok! hehehe

    ReplyDelete
  3. Lawa!
    Naik seri je even tudung plain pun sbb ada sulam² kerawang kat tudung tu...
    Happy working Kakmim 🌹

    ReplyDelete
  4. Engkodok dalam Bahasa Sarawak rupanya.

    ReplyDelete
  5. Hari tema purple la marek giya nak? Hehe

    ReplyDelete
  6. Saya nih penyuka purple. Tapi tak banyak baju warna ungu Krn sayangnya tak sesuai dengan kulit saya. Nampak gelap kalau pakai purple. Krn itu walopun suka purple, tp khusus baju lebih banyak merah, supaya sesuai kulit 😄

    Baru tahu pula purple atau ungu disebut engkodok. Kalo disini nama lain purple atau ungu disebut juga warna LILA.

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form