Resepi Kek Lapis Baklava, Kek Lapis Premium Viral 2024

Yuhuuuu!!! Lama sangat menghilang kan? Sibuk sangat 2 bulan ni bila semester baharu bermula. Budak-budak pun dah start sekolah. Memang tak sempat nak mengularkan diri di alam blog. Masa lapang yang ada memang dimanfaatkan sepenuhnya untuk merehatkan diri dan minda. Iyalah usia dah semakin bertambah ni, kesihatan mental sendiri memang kena jaga. Kalau tak diri kita sendiri, siapa lagi. Stress management tu sangat penting ya kawan-kawan.

Lama tak update, memang banyak cerita. Kalau rajin buat throwback, adalah nanti masuk kat blog. Kalau tak, tersimpanlah memori di Google Photo. Hehehe. Bila dah jarang update kan, malas pulak nak ambik gambar. So dalam photo gallery memang agak 'suram' jugak sebenarnya.

Pejam celik pejam celik, kita dah sampai ke 10 terakhir Ramadhan. Hari ni last kerja, besok dah cuti dah. Awal ganti kelas untuk besok so bolehla cuti raya awal sikit. Sempena ketibaan Aidilfitri ni, nak share sikit la kek lapis viral di Sarawak tahun 2024 ni. Kek Lapis Baklava nama diberi. Harga kayangan habis! Seloyang dijual dengan harga RM650.00. Baca betul-betul ya, enam ratus lima puluh ringgit! Founder atau owner resepi kek kayangan ni ialah owner kepada baker yang popular di Kota Samarahan, Abang K'ju. Sekarang banyak jugak dah cawangan kedai Abang K'ju ni di area Kuching. Kalau dulu kedainya di Kota Samarahan saja.

Walaupun kek premium ni harga memang kayangan tapi yang bagusnya Abang K'ju tak lokek berkongsi resepi di laman page Facebooknya. Dengar-dengar cerita memang ramai jugaklah baker yang dah cuba buat dan jual. Kebetulan minggu ni Abang K'ju ada buat promosi 1 slice RM2.50, saya pun pesan jugaklah kat kawan yang stay di Kota Samarahan tu. Nak beli 1 loaf pun kena fikir 2 kali, baik try yang slice, eh tak jugak macam slice, 1 hiris.... haaaa 1 hiris RM2.50. Kalau hari raya, memang beginilah kek-kek lapis dipotong. Ianya tak boleh terlalu kecil dan tak jugak terlalu besar. Just nice gitu untuk sekali ngap.

Rasanya?? Sedaplah jugak... dengan rasa kacang pistachio, lemak-lemak santan dan cheese. Tapi tak adalah terlalu manis macam baklava. Rasanya memang dah diadjust Abang K'ju betul-betul. So far, memang padanlah mahal, dengan kacang pistachionya, cheesenya lagi, cara buatnya lagi. Renyahhh. Baca resepi pun hmm... banyaknya.


Yang ni untuk makan moreh malam tadi. Beli 4 hiris je, jadilah untuk raso-raso.


Er, ada yang nak try ke? Abang K'ju share, saya pun share jugaklah kat sini. 

Resepi Kek Lapis Baklava Abg K'ju Cake House


A. Sirap Gula ( utk spray)
5 cup Gula
3 1/2 cup air
Setengah biji Lemon Jus (masak 15 minit)

B. Homemade Pistachios Filling
250gm kacang Pistachio (bakar sekejap)
250gm White Chocolate ( dicairkan)
80 gm minyak jagung
1/4 tsp garam
- Blend sampai halus dan letak sedikit perwarna hijau
- Masukkan dalam piping beg

C. 450gm Pure Butter Salted
50gm gula halus
1 sudu makan ovalate
250 gm Cream cheese
1/4 tsp Garam (Pastikan Bahan semua dlm suhu bilik )

D. 12 biji telor A ( kalau telor B guna 14 biji )

E. 250gm Susu pekat
150gm Seri Kaya
1 TBSP Premium Vanila (pure xtract vanilla bean rm21 botol kecik )
1 tsp serbuk Vanila

F. 200gm tepung Hongkong / tepung pau
1 tbsp tepong potato
150gm Horlick
50gm creamer
75gm susu tepong
25gm cerelac Baby food
50gm Parmesan Cheese
1 tbsp serbuk cheese warna putih
1 paket santan Kara (satukan semua, pastikan tepong diayak)

G. 50gm Dairy Cream
Pewarna putih secukupnya

H. 480gm pistachio cincang
- Bahagi 8 bahagian siap-siap ( untuk tabur dekat lapisan )

Cara Membuat 👇
-Sediakan bahan A Dan Bahan B dahulu dan ketepikan
-Pukul Bahan C sehingga kembang putih
-Masukkan Bahan D sikit² dan pukul sebati
-Masukkan bahan E dan pukul sebati
-Masukkan bahan F sikit² pukul sebati
-Masukkan Bahan G dan sebatikan

Cara melapis 👇
- Bahagikan adunan kepada 15 adunan
- Bakar guna api atas sahaja (suhu 150’c) (loyang 8.5x8.5 jenis tinggi )
- Lapisan pertama pipingkan pistachio filling secara menyerong secukupnya dan tabur 60 gm pistachio cincang
- Selepas masak spray dengan air gula ( jangan terlampau Banyak, dan air gula hanya dispray dekat lapisan yang ada pistachio)
- Seterusnya lapisan kosong , bakar sampai masak
- Lapisan ketiga , piping filling pistachio dan tabur pistachio
- Ulang step sampai habis
- Akhir sekali, selepas lapisan masak dan dispray dgn sirap gula, bakar sekejap dan siap 😋

Bite size yang saya beli


Promo promo... untuk raso-raso


Penuh dengan pistachio 


Yang ni saiz mesra rakyat katanya.

Semua 4 gambar kredit to FB Abang K'ju

15 Comments

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!

  1. bole tahan harganya...mkn skit2 la syg hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. X beli pun utk raya.. beli 5 hiris je utk rasa.. hehehe

      Delete
  2. sedapnye.. sedap dan cantik.. tarik satu satu n makan.. tp boleh tarik ke ek.. yg ldy bli boleh tarik satu lapis satu lapis..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lapis yg guna cheese xleh tarik satu2.. salunya yg premium.. yg jenis mcm ni kena gigit 1 bite 2-3 lapis utk rasa yg lebih ummp

      Delete
  3. Manis ye...harga pun bleh tahan tu...haaaa...muncul jugak dia..ingat mana la pergi..sibuk rupanya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dengar pn takut harga tu.. hihi.. aah kak.. bz byk benda kena fikir

      Delete
  4. Lama betul tu menghilang KakMim. Kalau dah sibuk dan gallery pun tak ada gambar untuk buat modal, memang sepi kejap jadinya.
    Setuju sangat, Stress management tu sangat penting. Lagi lagi dah beranjak usia ni kan.
    Terkejut tengok harga tu. Tapi kalau modalnya besar, besar jugalah harga hasilnya. Okaylah ada juga mini saiz, boleh buat rasa-rasa.

    ReplyDelete
  5. Itu la tertanya² juga ke mana menghilangnya kakmim ni :)
    Nampak sedap kek lapis pistachio ni .. macam² perisa dah skrg ni kan...

    ReplyDelete
  6. Hai kak miiiim 👋. Beberapa kali balik ke sini, tapi belum ada update dari kakak... Jadi seneeeng pas kali ini buka blog kakak, eh ada postingan baru 😁

    Memang terkadang ada sajaaa kegiatan yg bikin kita ga bisa menyentuh blog kan.

    Apalagi ramadhan dan libur sekolah anak2' dah mulai.

    Kue lapis nya buat saya penasaran. Pengen tahu sama tak dengan kue lapis premium di sini. Krn dari segi harga sama. Hanya saja bentuk dan warna beda.

    Kue lapis , apalagi yg lapisan banyak, pakai bahan premium pula, memang lah pasti mahal. Juga Krn pembuatannya yg rumit dan takes time sangat. Jadi wajar kalo mahaal.

    ReplyDelete
  7. Janji sedap...soal harga nombor dua...hehehe

    ReplyDelete
  8. Nampak sedap je..

    Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir dan Batin.

    ReplyDelete
  9. endang rega kayangan, dgr ada nok dah cuba molah versi murah pun, sik jauh gilak beza rasanya. brg serba serbi mahal kenek tok, apa2 pun mun mahal mmg sik hairan juak.
    selamat hari raya deng

    ReplyDelete
  10. Selamat hari raya Kakmim sekeluarga, maaf Zahir & batin✨Nang kreatif org Sarawak, mcm tiap2 tahun jak ada kek lapis baru 😅 kmk xda nemu kek lapis baklava tok masa di Kuching riya. Macam biasa embak pulang kek lapis legend jak ke KL, order dari mak wife cousin kmk.

    ReplyDelete
  11. Tak mengapa Mira, layan dulu perkara yang diutamakan. Berblogging apabila ada kelapangan.
    Saya suka kek lapis. Raya tahun ini beli beberapa jenis. Semuanya sedap.

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form