Kek Lapis 2024

Tahun ni memang tak buat kek langsung. Semua beli. Kalau selalu at least ada la jugak buat seloyang 2. Tahun ni malas nak membeli bahan-bahan buat kek sebab tu la decide order je. Pure butter pun dah mahal, better beli je la. Berkongsi rezeki dengan para baker.


Kek lapis 2024, dari atas kiri ke kanan:
1. Kek Lapis Dangdut
2. Kek Lapis Lumut-Belacan
3. Kek Lapis Holiday Inn
4. Kek Lapis White Lady Cheese
5. Kek Batu Marmar
6. Kek Lapis Horlick

Tahun ni beraya memang tak jumpa tuan rumah yang hidang Kek Lapis India atau Kek Lapis Cadbury. Air Coke pun tak ada! Memang betul-betul boikot. Tapi McD penuh jugak time raya. Huhu. McD penuh fenomena biasa time raya di sini sebab balik dari beraya, orang tak puas lepak rumah kawan-kawan/saudara so sambung lagi lepak di McD. Dulu kami muda remaja pun macam tu jugak la. Bukan selalu jumpa kawan-kawan kan? Time raya je dapat berkumpul semua.

Tahun ni belum lagi berziarah rumah member. Cuma member sekolah rendah je sempat catch up malam tadi.

Hari ni apa plan korang? Beraya lagi ke tu?

 

13 Comments

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!

  1. raya tahun ni setakat hari ni saya belum jumpa lagi kek lapis...suka tengok kek lapis ni cantik2

    ReplyDelete
  2. Kamek pun tahun tok semua berbeli jak. Cuma ketupat palas jak molah dirik pun. Alhamdulillah, Masih gik memboikot. Dah lamak bena sik lepak McD atau KFC. Dah sikda Rasa mok ke sia dah. Anak2 Pandey juak... Asal produk dak ya, mala mengingatkan. Waima berbeli brg dapurr pun sidak mala tersebut-sebut produk Israel. Apa2 pun mem, SHRMZDB...

    ReplyDelete
  3. Teringin kadang tengok suasana penuh meja kek lapis jika beraya di Sarawak. Pertama kali dgr Kek Lapis Holiday Inn, hihi.

    ReplyDelete
  4. kamek sempat molah 3 biji kek je, rasa siok mau molah tapi yalah sikda masa tambah hari panas gila, angol ngadap oven dan pengukus. biskut semua meli. nyaman cerita. hehee
    selamat hari raya deng

    ReplyDelete
  5. wahhh.. ada kek lapis Holiday Inn

    ReplyDelete
  6. cute dan sedap la kek lapis ni.terliurrr

    ReplyDelete
  7. Mesti sedap2 kek tu semua...akak pun sama xde buat kuih..beli pun kerepek2 je

    ReplyDelete
  8. amboi namanya kek lapis dangdut gitu

    ReplyDelete
  9. Dah lama habis beraya, sekarang tengah buat rutin harian je kakmim

    ReplyDelete
  10. Bestnya dok Sarawak, puas makan kek lapis. Musim raya memang penuh resto fast food. huhu...Tahun ni tak beraya sangat.

    ReplyDelete
  11. Bestnya dok Sarawak, puas makan kek lapis. Musim raya memang penuh resto fast food. huhu...Tahun ni tak beraya sangat.

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form