Aidil Fitri 2024

Salam 10 Syawal. Hampir terlupa dah kewujudan blog ni. Banyak sangat kisah tertangguh sejak bulan 2 hari tu. Maaf ya bagi sahabat blogger yang tertanya-tanya. Saya memang jarang bukak blogger.com dah. Sebab tu lah cakap hampir terlupa yang sendiri ada blog!

Macam biasalah raya di Sarawak ni memang agak 'busy' sedikit. Dari pagi ke tengah malam pun on jer berziarah. Minggu ni walaupun budak dah sekolah, mak pak pun cuti dah habis, tapi bila malam je mode raya on lagi. Apatah lagi besok hujung minggu, sambung lagi la beraya dan ke open house. Jemputan open house pun dah dapat bermula dari petang ni. Penat jugak sebenarnya. Tapi bukan selalu, setahun sekali je kan? Kita pun tak tau entah-entah tahun depan sempat ke idok beraya dan berjumpa saudara dan sahabat-sahabat lama.

Oh ya, korang tema apa ya tahun ni? Kami bukan team brick orange ya, kami team pink. Hihihi. 

Di kesempatan ini, kami sekeluarga, saya sendiri khususnya ingin menyusun jari memohon kemaafan sekiranya ada tulisan saya selama ini yang menyinggung hati tuan-tuan dan puan-puan. Semoga dimaafkan ya kekhilafan yang mungkin saya tak sedar telah mengguris perasaan kalian. Maaf 0-0.

Ok sambung lagi tema baju raya untuk raya pertama 2024. Family besar kami pilih kombinasi baby pink, pink belacan dan dark purple. Setiap tahun hari raya pertama mesti tema sama ataupun tone sama. Begitulah. Sedondon-dondon sekeluarga.

Raya ke-2 tema dark blue. Raya ke-3 dan ke-4 yang lelaki repeat baju raya tahun lepas, cuma ibu dan kakak je baju baharu dari tema yang sama. Hihi.

Tahun ni terasa macam singkat sangat raya. Tak puas pulak rasanya berziarah ke rumah kawan-kawan. Rumah family pun tak habis ziarah. Nasib baik jugak masa di rumah nenek di raya pertama dah jumpa keluarga-keluarga yang senior pangkat atok, nenek. Raya ke-6 pulak budak-budak dah mula sekolah. Rugi dah 2 hari tak dapat berziarah. Kat sini memang berziarah sampai raya ke-7. Selepas raya ke-7 pun masih berziarah tapi takdelah semeriah raya 1-7, rumah terbuka untuk sapa-sapa dari pagi sampailah ke malam.

Rasanya tahun ni raya terakhir kami di rumah ni. Insya Allah umur panjang beraya di rumah baharu kot. Hari tu ofis lawyer dah hantar message yang kunci rumah akan dapat hujung bulan ni. Tak sabar pun ada, nervous pun ada. Doakan ya!

 

12 Comments

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!

  1. Selamat hari raya buat Mira sekeluarga.
    Maaf zahir batin.

    ReplyDelete
  2. selamat hari raya kakmim&family
    maaf zahir&batin

    ReplyDelete
  3. Nang kedak touch n go juak kmk org pulang beraya tahun tok since cuti sekolah pendek jak. 3 hari di kuching, 3 hari di bintulu. Biasa tiap2 tahun kmk org bejarah raya sesama ex-ofis mates tapi tahun tok nang sik sempat lalu.

    ReplyDelete
  4. selamat hari raya, maaf zahir dan batin :D

    ReplyDelete
  5. Selamat Hari Raya Kakmim sekeluarga.
    Maaf zahir dan batin.

    ReplyDelete
  6. Salam Aidilfitri buat Kak Mim sekeluarga...maaf zahir batin ye..

    ReplyDelete
  7. Selamat Hari Raya kakmim. Raya kan sebulan, sempat lagi wish ni kan?

    ReplyDelete
  8. selamat hari raya deng. kacak rena baju raya family kitak taun tok. bah2 selamat berpindah ke rumah baru

    ReplyDelete
  9. Meriahnya raya kat sana. Berziarah sampai malam. Serba pink ye tema tahun ni. Selamat Hari Raya, maaf zahir & batin.

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form