1 Mac dah. Cepat jer masa berlalu, tambahan lagi banyak benda yang terjadi sejak pertengahan Februari. Bermula dengan berita duka pemergiaan ibu saudara, dalam masa yang sama sedang menyelaras kursus bersama komuniti selama 10 hari. Mak, bapak dan adik bongsu pulak sedang dalam persiapan hendak menunaikan umrah, dan last sekali Isnin lepas YB Menteri pulak nak datang melawat. Bila nak cuti pun tak tau. Dah nak habis dah cuti sekolah tapi kami tak ke mana-mana pun.
Antara faktor lain kami tak boleh ke mana-mana sebab si Abang sibuk nak berkhatan. Lepas buat mycard hari tu, asyik tanya bila nak berkhatan. Tak plan pun sebenarnya nak berkhatan pada cuti sekolah ni. Tapi lepas setelkan mycard hari tu survey jugaklah klinik yang ada buat servis khatan. Bukan apa, bila anak dah nak, memang harus digrab peluang tu. Sebab ada jugak jenis budak sebut je pasal khatan terus diam seribu bahasa, tak nak berkhatan. Kalau macam tu lagilah susah.
Survey punya survey, date selepas raya cina memang banyak dah fully booked. Yang available minggu selepasnya dan saya pun book appointment 26/2. Dalam kepala tak tau nak prepare apa. Teringat pasal boxer khatan, saya pun cari di Shopee dan terus je grab, dengan harapan dapatlah awal sebelum appointment berkhatan pada 26/2 tu.
Tiba harinya berkhatan, boxer khas khatan masih juga belom sampai. Keciwa sungguh. Semalam, day-4 berpantang, akhirnya barulah boxer Superheroes ni sampai. Misi menyelamatkan loloi. Oops! Hihihi.
Begini rupanya boxer khatan. Bila pakai boxer ni, tak payahlah ikat dan gantung kain pelikat lagi.
Ya, beginilah misinya. Yang faham, fahamlah konsep menyelamatkan ehem ehem ni. Yang bagusnya, 'cangkerang' ni ada lubang so adalah pengudaraan di situ ya.
Yang ada plan nak khatankan anak lepas ni, search je di Shopee: seluar dalam khatan ataupun boxer khatan.
Khatan di mana ya? Orang sekitar Petra Jaya, khususnya area Semariang mesti tau klinik ni.
Iya, saya book appointment khatan Abang di Klinik Bustari. Klinik di taman perumahan rumah mak je. Ongkosnya RM280, include dressing pada hari ke-3 dan hari ke-7. Masa booking kena bayar RM50. So hari kejadian kena bayar balance RM230. Kaedah khatan pulak laser. Encik Suami yang temankan masuk bagitau macam pen je laser tu. Tak lama pun prosesnya.
Sebelum
Selepas
Lepas khatan, ok lagi. Bila sampai rumah bius dah hilang, muka dah tak ada senyum dah. Nasib doktor ada bagi painkiller. Day-1 biasalah kan? Macam kita ceaser jugak.
Besok dah day-6 dah, last antibiotik pagi esok. Isnin last dressing, bukan dressing sangat pun, doktor nak check wound je. So far so good, Abang dah aktif dah. Alhamdulillah.
Ada 2 orang lagi belum dikhatan. Jeng jeng jeng.
Oh ada ye boxer jenis tu, sangat memudahkan! Tambahan pula dgn kaedah laser ni cepat je luka kering kan, boleh je berseluar.
ReplyDeleteGet ready lah lagi 2 org tu hihi
alhamdulillah. boxer boleh turunkan kepada adik-adiknya pula.
ReplyDeleteanak kami buat serentak masa pkp hari tu. seorang 11thn seorang lagi 10thn masa tu. rezeki jaga berpantang sekali harung.
Alhamdulillah, dah besar dah abang.. semoga cepat puluh yer dik..
ReplyDeletemy razeen la lom berkhatan ni, umur 10 tahun bln aug nanti..insya Allah ujung thn ni lah kotttt
ReplyDeleteBagusnya ada boxer gitu kan.
ReplyDeleteAlhamdulillah Tahniah Abang dah selamat berkhatan.
Tersenyum sorang kita tengok boxer tu. Baru tahu wujud benda macam ni skrg. Wahhh.. dah jadi hero la abang tu, tahniah, kerana berani menyuarakan utk berkhatan.
ReplyDeletealhamdulillah..big boy dah...
ReplyDeletewah, senang ye sekarang ada boxer berkhatan mcm tu
Wah Abang sudah ber khatan/sunat....ada"saja model celana/boxernya ya...lucu"😁
ReplyDeleteAlhamdulillah dah big boy hehehe.. untung zaman skrg ni ada boxer utk menyelamatkan nonoi gitu kan hehehe
ReplyDeleteank2 transit khatan camtu la pakai he hee mula nmpk gelak kita kelakar
ReplyDeleteskrg mcm2
Macam macam urusan dan hal berlaku. Bila dah sibuk begitulah. Kita pun jadi kalut dan celaru.
ReplyDeleteSangat pratikal ye boxer khatan ni. Senanglah mereka nak bergerak. Comel pulak tu boxer nya.
ritu cuti sekolah 3 orang anak buah pun khatan juga. Pakai juga boxer khatan tu. Ada sorang ni jalan kengkang lah sikit sebab dia masih takut2
ReplyDeleteselamat berpuasa mim sekeluarga :)
ReplyDeleteBetuuuul kak. Kalo memang anak dah nak dikhitan, langsung segerakan . Susah nanti dapat moment lain kan 😄. Sebelum berubah pikiran.
ReplyDeleteAnak saya juga sudah Jan kemarin. Dia nak, langsung lah daftar. Tapi paket dari dokter dah dapat celana khitan 3. Jadi memang tak payah nak beli.
Saya bersyukur khitan zaman skr dah modern. Sakitnya pun cepat hilang, luka lekas kering. Zaman adik saya dulu, astaghfirullah liat dia menangis nangis, itupun kami kakak -kakak perempuannya, diminta papa untuk mengipasi raja kecil satu itu 🤣
Wah..menariknya..dah ada boxer berkhatan yer sekarang..Bagus odea orang yang cipta ni..
ReplyDeleteTeringat cawat besi untuk wanita pulak🤭
Eh..lupa nak wish selamat berpuasa Kakmim
ReplyDeleteAlaaa..kita xde anak lelaki...so x tau bab ni..hahahaha....selamat berpuasa Kakmim...bz betul ni lama x update
ReplyDeleteElok betul ada boxer khatan macam ni, senang kerja makpak tak payah nak cari tali ikat kat siling bagai kan. Kalau ada anak lelaki, saya pun nak beli sama ni
ReplyDeleteselamat sudah dikhitan...mbul baru tau ada boxer dengan gambar kartun gitu...so cute
ReplyDeleteAlhamdulillah abang sudah berkhatan ya Mbak.
ReplyDeleteLucu juga boxernya Mbak...memang di desain untuk keperluan bagi anak yang sudah berkhatan ya jadi terlihat lucu begitu...
Oh ya, kalau disini khatan itu disebut khitan atau sunatan, Mbak.
Salam,
orang kata lepas berkhatan...sudah masuk orang bujang...semoga jadi anak yang soleh dan berbakti kepada orang tua kelak..
ReplyDeleteSatu inovasi yang baik..
ReplyDeleteBaru tahu akan kewujudan boxer khatan ni. Bagus juga, memudahkan.
ReplyDeleteLama tak singgah blog Kakmim. Saya singgah dari blog Encik Hanafi. :)
terbaik zaman sekarang dah ada boxer macam ni...kalau dulu seminggu tggu kering jadi raja..semua orang layan haha..
ReplyDelete