Ada je ni haa. Tak ke mana pun cuma belakangan ni memang sibuk. Isnin lepas mak saudara (kakak kepada bapak saya) telah kembali ke negeri abadi. Satu-satunya adik-beradik bapak yang tinggal, maka tinggallah bapak seorang waris untuk anak-anak buahnya. Sejak hari tu sibuk la malam ke majlis tahlil, kebetulan tengah organize kursus jugak untuk komuniti minggu ni dan minngu depan. Memang on-off ke tempat kursus, ke kolej. Malam ke rumah arwah ngah pulak untuk tahlil. Memang penat tak boleh bincang.
Jenazah diuruskan oleh team sukarelawan Perjalanan 2 Alam. Sejak adanya team sukarelawan ni memang memudahkan samgat urusan keluarga arwah untuk urusan kematian. Team ni akan menguruskan mandi jenazah dan urusan di tanah perkuburan.
Team sukarelawan ni tak mengenakan cas bayaran pun. Dah nama pun sukarelawan kan? Cuma keluarga arwah boleh sedekah seikhlas hati. Apa yang perlu dibayar ialah batu nisan je sebab itu bisnes orang lain.
Mpv Perjalanan 2 Malam. Semoga team ini mendapat pahala yang berpanjangan asbab urusan fardhu kifayah yang memudahkan keluarga arwah dan juga orang lain.
Hari ni tahlil hari ke-7 arwah Ngah Sapiah binti Mataris.
اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهَ وَارْحَمْهَ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهَ
Tags
Family
Salam takziah buat Kak Mim
ReplyDeleteSalam takziah. Arwah pakcik saya pun baru meninggal..semoga mereka ditempatkan di kalangan orang beriman..aamiin
ReplyDeleteSemoga di tempat kan di tempat yang terbaik..amiin
ReplyDeleteSemoga diberkati dan dilancarkan segala urusan team sukarelawan ini. Berguna sangat bantuan mereka untuk orang lain menguruskan jenazah seperti ini kan ❤️. Respect, karena tak mudah untuk menjadi sukarelawan
ReplyDeleteSalam takziah
ReplyDeleteInnalillahi wa innailaihi roji'un, semoga diberi tempat terbaik di sisi Allah. Aamiin
ReplyDeleteإِنَّا ِلِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
ReplyDeleteSalam takziah buat KM sekeluarga.
salam takziah buat akak sefamily
ReplyDeleteinnalillahiwainnailaihirojiunnn...
ReplyDeletesalam takziah buat kakMim dan keluarga, semoga arwah ditempatkan dikalangan mereka-mereka yg beriman. alFatihah.
ReplyDeletesalam takziah kak mim..al fatihah buat arwah...
ReplyDelete