12 Tahun Terindah

Begitulah, bila sekali tak update, terus malassssss memanjang nak update. Apatah lagi long weekend, hmmm lagilah kan. Nak blogwalking apatah lagi. Saya sejenis yang suka BW menggunakan desktop, laptop kureng suka, henfon lagilah tak suka. Bukan tak ada desktop kat rumah, tapi jarang sentuh. Macam hari cuti kan, tak payah nak sentuh bendalah komputer ke laptop ke. Hehehe.

Long weekend, Kuching hujan memanjang. Ada je aktiviti kat rumah kalau nak dijadikan content, tapi biar tak berupdate daripada menaip. Gitulah kekdahnya. 

Tapi ada 1 peristiwa penting yang wajib diabadikan di sini. Hari kelahiran aka birthday anak kedua kami. 12 Februari 2024 (semalam) genap usia Irfan Mustaqim yang ke-12 tahun. Kalau dulu, dah sibuk buat IC dah kan? Sekarang, buat mycard lah pulak. Memandangkan semalam cuti umum, belum lagilah nak buat mycard ni.

Macam biasa, February babies ada 2 orang, abang dan Amirul. Makanya sekali harung je 1 biji kek. Tak larat nak makan kek setiap minggu. Bila dah cuti, sempatlah nak masak-masak dan berkumpul makan. Kali ni port di rumah kami. Menu special kali laksa Sarawak & dalca tulang. Tapi, mood nak ambik gambar memang ke laut 2-3 hari ni. So, gambar makanan memang tak ambik 1 pun. Hahaha.

Yeah.. kek tahun 2024. Choc fudge dari Taka.


Birthday boy dengan adik-beradik dan sepupu.

Kad daripada sepupu paling kecil, Aydin.

Disebabkan tak ada gambar lain untuk kenangan birthday ke-12 abang, di sini saya abadikan gambar-gambar semasa sambutan birthday abang. Tapi ada juga tahun yang tak ada dalam simpanan, mungkin time tu tak link email handphone dengan akaun Google.

2023 tempah brownies je bawak masa jamuan kelas.


Gambar ihsan daripada guru kelas abang.


2022 lepak rumah makngah. Buat panggang-panggang dan makan ramai-ramai.


Birthday boy Amirul je muka senyum. Hehehe.



2021 celebrate rumah nenek. 2020 tak ada dalam simpanan, ataupun memang tak beli kek. Lupa.


2019 kek mobile legend. Tempah dari The Boys Cakehouse.


Masa ni birthday abang ke-7 tahun



Aydin muka sedih. Hehehe.



2018 birthday ke-6 tahun di Pasti.


4 orang sepupu 1 Pasti. 2 pasangan adik-beradik susuan.



2017 birthday ke-5 tahun di Tadika Cilik Cerdik.

Masa ni Awan di taska sebelah, dia sorang je tak pakai baju PJ sekolah sebab budak taska. Hehehe.

2016 time ni trending karton Robocar Poli ni. Beli je di Taka.


2016 kek masa celebrate di tadika.


Tadika ni dah tutup dah sekarang. Rindu semua teacher yang baik-baik.


2015 kek tempah dengan BFF.

Birthday setahun 2013 pun tempah dengan my BFF.




Halah-halah, cengkungnya muka ibu time ni kan? Kesiannn..

Last but not least, happy birthday, Irfan Mustaqim!!! 



 

13 Comments

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!

  1. Happy birthday ya Amirul dan Irfan, semoga kakak beradik selalu rukun.😄

    ReplyDelete
  2. Happy birthdaaaay 🎉🎉🎉. Semoga anak kakak selalu dilindungi yg maha kuasa, dimudahkan rezekinya.

    Feb ramai yg ultah yaaa .. kalo di rumah saya, suami dan anak bungsu. Samaa kak, saya hajar jadi 1 saja cake dan acaranya 🤣

    ReplyDelete
  3. Happy birthday, little caliphs! Moga membesar menjadi anak2 soleh kebanggaan keluarga.

    ReplyDelete
  4. epi besday irfan & amirul!!! family MZ tak de yg bday bln feb...majority bday april dan may ;)

    ReplyDelete
  5. Happy Birthday to both of them 🎈
    Samalah kita ibu, dulu2 pun cengkung ahak!

    ReplyDelete
  6. HB Irfan & Amirul.

    Gitulah klu dah dtg nalas nak memblog kan...

    ReplyDelete
  7. Meriah tengok kek ni semua. Happy Birthday. Moga jadi anak yang soleh ya....

    ReplyDelete
  8. Selamat ulang tahun buat Abang dan adik, rukun selalu,manis nya senyum tuu😊

    ReplyDelete
  9. Wah, macam2 design koleksi kek birthday abang ye. Btw happy birthday

    ReplyDelete
  10. seronok celebrate birthday ramai-ramai. happy birthday irfan mustaqim. anak kedua saya namanya, erfan adli. ihiks!

    ReplyDelete
  11. Kek paling atas tu dah matang. 😅

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form