Terima Kasih Mega Hotel, Miri

Sejak kerap ke bandaraya Miri, sejak tahun 2021 kami menjadi regular customer Mega Hotel pulak. Bukan tak ada rumah saudara di Miri tapi bila ramai-ramai 'ahli tentera" macam kami ni, saya prefer stay di hotel. Bukan mak saudara tak ajak pun 'berambeh' kata orang Sarawak, tapi malas nak menyusahkan mereka. Lagipun budak-budak pun memang suka stay hotel. Tambah-tambah lagi hotel yang ada bath tub, memang semangat mereka nak berendam. Tak dapat mandi kolam, mandi dalam bath tub pun jadilah.

Di lobi hotel semasa baru check in. 

Gambar selepas check out sebelum meneruskan perjalanan ke Sibu.

Peace yo, Alan si bongsu Ibu. Mega Hotel ni hotel dah lama jugak di Miri ni, since 1991 rasanya. Lupa nak snap sejarah Mega Hotel ni di lobi. Tapi hotel ni memang tak pernah sunyi. Tempat orang government & swasta berkursus. Walaupun banyak lagi hotel-hotel baru di Miri, orang Brunei masih lagi suka stay di sini.

Design lama kan? 

"Ibu, kami nak bergambar di sini!" kata si Labu dan si Labi.

4/4 anak-anak Ayah dan Ibu.

Kenapa kami memilih Mega Hotel? Kerana family roomnya memang luas dan besar. Ada 1 king bed dan 1 queen. Cukup je untuk kami berenam.

Cuma tv model lama. Frame bukan main besar, tapi tv kecik. Tapi stay bukan sebab nak tengok tv pun.

Design lama, tapi ok lah. Berbaloi dengan harga sebab booking sekali dengan breakfast untuk 4 orang.

Walaupun lama tapi bersih.

Tak larat nak bawak balik sebab saya prefer bawak shower gel dan syampu sendiri.


Pun ada disediakan, standardlah kan. Mini fridge pun ada sekali kat bawah cabinet ni.

Dalam lif

Jualan di lobi hotel

Tengok je, tak membeli. Muak pulak tengok kek-kek macam ni.

Breakfast terakhir di Miri untuk tahun 2023. 

Insya Allah kalau ke Miri lagi mungkin akan stay di sini lagi kot. Mungkin juga nak try hotel lain. Banyak je hotel lain di Miri, yang connecting dengan shopping mall pun not bad, Imperial Hotel. Pullman mesti mahal untuk yang ramai 'ahli tentera' macam kami ni. Tapi view mesti lawa. Yang resort mengadap laut pun banyak. Next time lah kita tengok mana yang offer best price, kita try di sana pulak. Bukan apa, bajet pun kena tengok jugak bila nak bercuti macam ni. Kan? Kan?





 

13 Comments

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!

  1. Lamak dah sik diam di Mega Hotel tok. Bilitnya style bilik lamak tahun 90an dolok marek tapi nok bestnya bersambung dengan shopping mall senang mok pegi shopping & makan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya lah nang xda renovation kan? Sigek gik nyaman nk cr mkn area wireless walk juak

      Delete
  2. Tengok anak2 kak mim pakai baju twin, teringat yang anak2 saya sekarang dah tak nak dah bila disuruh pakai baju sama T_T

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mereka masih x memilih lagi.. selagi mereka masih ok tetap beli sama.. suka tgk sedondon

      Delete
  3. I suka jer bilik tu ie utk my family of 5, wajib ada 2 double bed.selesa!!

    ReplyDelete
  4. Selamat bersenang2 bersama keluarga, Kakmim

    ReplyDelete
  5. Saya berangan hendak menginap di Mega Hotel buat kali kedua tapi belum kesampaian. Lama dulu, saya menginap di sini, ikut kursus dari KPM selama seminggu. Di sinilah kali pertama makan buah dabai yang diperkenalkan oleh seorang kawan.

    ReplyDelete
  6. selesa.. hilang penat lepas dapat berehat..

    ReplyDelete
  7. Nampak selesa dan luas biliknya, why not repeat sini kan? Yg penting sesuai dgn dompet :D

    ReplyDelete
  8. anak-anak semakin membesar...sik lamak gik jadi dewasa..bila sudah dewasa ibu bapa akan jadi sweet couple semula ...anak-anak akan ada haluan tersendiri...pada masa itu akan rindu saat-saat bersama anak..itulah yang bakal kita semua alami

    ReplyDelete
  9. Namapun Mega...hihihi
    Kalau saya jutawan...saya nak stay hotel ja..hahahha berangan tak kena duit

    ReplyDelete
  10. kalau anak2 kecik lg tak apa kalau nak tumpang rumah sedara. tp bla dah besar panjang, hotel laa solution nya...

    bilik luas tu paling penting. bersih pun penting juga... luas tapi tak bersih, boleh buat hati panasssss hahahaha

    ReplyDelete
  11. Bilik luas, memang selesalah untuk semua.
    Lebih mudah jika duduk hotel bila ada ramai tentera ni.

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form