Sushi King Pertama di Tahun 2024

Makan di luar untuk kali pertama di tahun baharu. Asal tahun baru je makan di SK. Tengah hari semalam saya tak masak sebab decluttering baju-baju yang dah tak pakai. Awal tahun lah kononnya kan? Tapi, tak habis lagi decluttering pun. Huhu. Bila tak masak, bukan bermakna tak makan tengah hari, makan jugak, cuma makan simple je. Saya memang plan nak makan dinner awal so lepas asar kami pun gerak terus ke The Spring. SK di sini memang favourite spot kami. Dari saya dan Encik Suami berkawan, bertunang, lepas tu dari semua #theIMANs kecil lagi memang dah ada memori di sini. Ingat tak "gambar bertangga" mereka di SK sini? 


Agak hot jugaklah saya sebab tujuan nak ke SK boleh la terus ambil sushi dan makan, sebab lapar kan tapi boleh pulak sushi tak banyak pilihan di belt. Kena jugak order dan tunggu.

Caca-marba dah meja. #theIMANs dah tak sabar, diorang sambar je apa yang ada atas belt.

Plate KLMJ namanya.. masa mula-mula dulu tak berapa pandai makan sushi yang macam-macam tu, so saya makan yang ni je lah. Golden Ball nama diberi, tapi telur rebus je sebenarnya.

Apa lah yang dibincangkan tu? 

Dah lah, balik dulu!



 

10 Comments

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!

  1. pernah dulu cuba rasa shusi.. tp tekak kampung xboleh nak telan..

    salam tahun baru sis

    ReplyDelete
  2. Cuya kalau makan sushi memang banyak mangkuk...hehehe

    ReplyDelete
  3. tu dia..tinggi nya pinggan.. lama x makan sushi..emmm...dapp

    ReplyDelete
  4. Akak kagum dengan orang yang suka makan sushi ni...seronok tgok walau diri sendiri susah nak terima..x tau la apesal

    ReplyDelete
  5. Tengok timbunan piring sushi, teringat kat anak-anak yang suka sangat makan di Sushi King!

    ReplyDelete
  6. Tak pernah makan kat Sushi King. Tak tahu nak order apa..

    ReplyDelete
  7. Salfok pinggan kosong yang bersusun dah macam pancake pink...hihihi

    ReplyDelete
  8. tuuuu diaaaaa
    bertingkek tingkek piringnyaaaaa
    hahahaha

    ReplyDelete
  9. Meriah juga acara makan di luar bersama seluruh anggota keluarga, Mbak
    Itu piringnya sampai bertingkat-tingkat begitu yaaa....😁

    Salam,

    ReplyDelete
  10. sushi ni fav my 3 boys..i dan mr hubby both tak mkn sushi heheh

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form