Sarapan di Mee Kolok Sepinang Sari

Hari ni terpaksa EL sebab terjaga 5.50 pagi! Selalunya time ni dah siap bersedia nak gerak keluar dari rumah dah. Bukan tak sempat bersiap, tapi saya sejenis tak suka masuk ofis lambat. Lagipun dari semalam memang ada rasa nak bercuti sehari. Haa.. ambik kau, niat je terus Allah kabulkan.

Sementara dah cuti, eloklah bekfes di luar kan? Encik Suami pun dengar saya mohon cuti, dia pun cuti sekali. Setelah 3 bulan tak menjejakkan kaki di kedai Mee Kolok Sepinang Sari ni, hari ni tercapailah hasrat nak makan di sini. Hujan-hujan pekena mee kolok panas-panas memang awesomelah.

Mee kolok tendon mee lebih dan segelas teh O

Zoom sikit. Hehehe. Alhamdulillah kenyang. Bila dah pekena mee lebih ni memang tak perlu lunch dah. Kenyang drag sampai ke petang.

 

28 Comments

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!

  1. wow, saya belum pernah dengan nama mee kolok ini kak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mee kolok ni kat sarawak asalnya.. di semenanjung ada jugak tp x byk la naia

      Delete
  2. Hari tu gigih sy buat entri pasal penjual laksa Sarawak yg super sedap kat KL (dia juga jual mee kolok). Pegi lagi dah tak de penjual tu.😅 Mungkin sbb sedap sgt.. ada restoran dah hire dia kot.

    ReplyDelete
  3. Kesukaan mee kolok tok. Nyaman aihhh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. 3 bln dh kmk x ngabas sitok 😂 ne ndak mee lebih trs dilajak

      Delete
  4. Pernah makan sekali, mee kolok. Lepas tu, kakak saya yang duduk di Kuching cakap, salah makan macam tu, bukan tuang sup dalam mee sekaligus, macam makan bihun sup tu. Cer kakmim terangkan lain kali, cara betul makan mee kolok ye. Hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alamak kena buat video cara mkn lah ni 😂😂 aah bkn tuang sup dlm mee tu.. caranya mkn mee kemudian hirup sup.. mee tu dimakan kering je dan sup tu mmg hirup asing 😅

      Delete
    2. Ha, gitu cara makan yang betul. Itula, saya salah dulu. Lain kali mau cuba. Hehe.. thank you, kakmim.

      Delete
    3. Hihi.. you're most welcome nur... non sarawakian kekadang x boleh nk menghargai rasa mee kolok sbb tersalah cara mkn... bila salah cara mkn mmg lainlah rasanya... hehehe

      Delete
  5. Alhamdulillah, baru terniat cuti.. dah jadi cuti :D.. rezeki dapat cuti dan dapat makan mee kolok..

    ReplyDelete
  6. Nak jugakkkkk.....
    Sedapnya mee kolok...

    ReplyDelete
  7. Eh…mi kolok tu kuah sup tak campur sekali rupanya ya..
    Akak pernahlah makan 1x masa ke rumah adik di Betong. Kami makan macam mi sup, campur kuahnya. Haha…

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah.. mkn mee tu mcm tu je... kuah tu hirup asing.. kalau mkn mcm mi sup mmg kembang dah mee tu... hahaha

      Delete
  8. kak saya tak pernah cuab mi Kolok, ada cara eh makan dia saya baru tahu

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau area kl/putrajaya ada kedai sarawak cuisine.. boleh try nnt

      Delete
  9. Mimmmm......sampai hati...sedapnyaaaa...rindunya nak makan mee kolok..nak ajak la suami pi sana anniversary nanti...

    ReplyDelete
  10. Gandingan mantap mee kolok dan teh O.

    ReplyDelete
  11. kalau diberi pilihan mee kolok dan laksa sarawak, ammi akan pilih laksa sarawak

    ReplyDelete
  12. kalau mee kolok suka compare dgn pilihan laksa swak

    ReplyDelete
  13. Baru dengar mie kolok ni kak,nampak sedap..mirip mie ayam ,tapi mungkin beda rasa dan bumbu ya kak

    ReplyDelete
  14. Nmpk mcm maggi jer..mz tak pernah mkn mee kolok

    ReplyDelete
  15. Pernah baca mee ini, dari postingan blogger Malaysia juga. Penasaran memang nak coba. Itulaah, saya belum pernah ke Malaysia bagian Sabah Serawak. Nak juga kesana, eksplor menu2 kulinernya

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form