Pencapaian Posting Blog 2023

Jom kita review pencapaian kerajinan mengupdate blog di tahun 2023. 


Nampaknya ada peningkatan dari tahun 2022. Dari 208 entri pada tahun 2022 kepada 350 pada tahun 2023. Tahniah buat diri sendiri. Hehehe.

Tahun 2024 merupakan tahun ke-17 saya di sini. On & off, daripada dot blogspot dot com ke dot com sahaja. Ada tahun hilang dari radar tapi berjaya buat comeback semula. 

Blog ini sebenarnya untuk suka-suka saja, sekadar lifestyle blog, untuk  update cerita mak-mak sahaja. Ada jugak entri yang masyuk masuk GA tapi jarang-jarang la. Setakat ini baru sekali cash out payment GA. Syukurlah merasa jugak pada Februari 2023.

Hmm... Korang pulak macam mana? Macam mana posting dan progress blog di tahun 2023?? Meh la share link di komen saya. Nanti boleh komen-komen kan? Ramai jugak blogger yang dah lama tak update sekarang. Rindu pulak nak baca cerita di blog diorang. Mesti korang perasan kan blogger yang dulu aktif tapi sekarang menghilang. Semoga mereka sihat-sihat sahaja hendakNya. 

Last but not least, tahniah kepada semua sahabat blogger untuk pencapaian peribadi di tahun 2023, tak kiralah dari segi kerjaya ke keluarga ke kewangan ke. Tahniah! Bagi yang diduga pada tahun lepas, alhamdulillah. Itu tandanya Allah masih sayang kita. Bersangka baik je dengan apa saja ujian yang diturunkan buat kita. Semoga tahun 2024 ini akan lebih bermakna buat kita semua. Aaminn!

10 Comments

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!

  1. Alhamdulillah... Yg baik2 semua dr Allah, yg kurang tu dr kelemahan kita sendri.. Apa2 pun, masih ad peluang utk perbaiki diri... Insya-Allah

    ReplyDelete
  2. Tahniah 350 posting utk 2023 hampir menjadi satu hari satu posting.. Hebat hebat... Okla dia mcm tenggelam dan buat comeback still ada nmpk byg.. Kita hilang bertahun.. Tahun ni bru buat comeback syukur..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Meh la ke blog sendu saya hahahaa... Ada baru update sehari lepas.. :D

      Delete
  3. Selamat tahun baru kak!
    Cuya pon tak konsisten blogging ni
    Tahun ni maybe semangat sikit kot

    Sikit la... Hehe

    ReplyDelete
  4. Aamin untuk doa yang baik baik semuanya untuk 2024.. Happy New Year! Saya dah ujung tahun 2023, semakin malas nak mengupdate 😆 Hope 2024 Masih ada semangat Dan istiqamah hendaknya ❣️

    ReplyDelete
  5. selamat tahun baru kak mim..morning!!!
    wah, bagus mcm ni.. terus MA pun gi tgk MA punya posting.ada peningkatan, alhamdulillah.. nk wat entry mcm ni jugak la, utk kenangan sendiri kan..

    ReplyDelete
  6. dlu2 rajin juga update /...sehari dlm 4 entry....paling byk entry dlm 800+ skarang kekangan masa extra so xbyk pn update dlm 200+ je tu

    ReplyDelete
  7. Sama laa CCL .. Dua bulan akhir 2023 ni tak sempat sangat nak karang entri blog . Mybe 2024 ada semangat baru

    ReplyDelete
  8. tahniah...atas kejayaan menghasilkan entri 350 pada tahun lepas dan sik sangka kakmim awal gik jadi blogger berbanding kmk tok

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form