New Year Rapid Chess Open

Kisah awal permulaan tahun baharu 2024, kami stay di rumah tak ke mana sebab Abang buat juling-julung kalinya join open chess tournament anjuran Persatuan Catur Sarawak. Satu pengalaman baharu bagi Abang. Dalam tournament ni dia perlu main sebanyak 9 pusingan dan lawannya pula dari pelbagai kategori umur. First game Abang cakap dia lawan dengan orang tua, tua macam Ayah. Hahaha. Yang bff dia lagi lah, lawannya wakil state, slow je dia bagitau Abang. Hehehe. Redah je, bang.

Penganjuran yang profesional. Nampak santai tapi well-planned dan sistematik. Dan on time jugak. Dewan ni tak jauh dari area taman kami. So bila rehat tengah hari Abang sempat lagi balik ke rumah.

Sebelum game bermula Coach Hadi, coach mereka di akademi di sekolah memberikan suntikan semangat untuk Abang dan kawan-kawan. 
3 orang je yang join sebab penyertaan ni hanya untuk pendedahan, siapa yang nak join memang digalakkan.

Abang dan bffnya. Sorang kecil sorang besar. Macam Ibu jugak masa sekolah rendah dulu. Bff Ibu lagi besar daripada Ibu.

Abang ni sejenis yang "takde perasaan". Mungkin sebab tu Ayah cakap Abang sangat sesuai main chess. Saya pun tak tau apa kaitan. Saya bukannya reti pun main strategy game ni.

Daripada 9 game, Abang menang 2 kali je. Ok lah, nanti cuba lagi. Abang baru juga belajar main chess ni secara formal bulan Ogos 2023. Harapan cikgu-cikgu adalah pelapis yang akan wakil sekolah bila senior tahun 6 dah ke sekolah menengah tahun ni. All the best, Abang!






 

11 Comments

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!

  1. Bff kita dari sek rendah smpi skrg, tetaplah kita yg paling besar. Bestnya pandai main catur 😍.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihi.. xpe kak janji bff... maknya x pandai pun... rules pun taktau

      Delete
  2. Antara permainan dalaman yang saya langsung tak tau main..Bagi kat saya confirm saya buat main dam...hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. takpe kak.. kita 2 lawan main dam je.. haha

      Delete
  3. Cuya rasa die sesuai main sebab takde perasaan supaya pihak lawan tak boleh baca gerak langkah dia dengan hanya tengok ekspresi. Cuya rasa jelaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh pakai jugak idea tu cuya.. ayah dia cakap game ni kena hati keras... dah kalah, terima jelah kekalahan jgn nk buang masa lg nk teruskan... mmg susah nk diselamatkan... dan dia ni kalau kalah mmg xde perasaan... haha

      Delete
  4. Permainan orang bijak .. Naniey tak pandai main catur..

    ReplyDelete
    Replies
    1. samalah kita naniey... jom kita main dam.. hehehe

      Delete
  5. Pasti pengalaman yang sangat berharga buat abang nih, memerlukan ketekunan dan bisa melatih otak permainan catur ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iya... mmg kena fikir strategi kan? x boleh nak main redah saja.. semoga dpt melatih cara pemikiran anak² genZ ni

      Delete
  6. xpe dari mng dua kali, lps ni double jadi 4 then seterusnya smpi boleh jd pelapis garry kasparov

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form