Makan Malam Laksa Sarawak

Semalam kan, seharian tak makan nasik. Mana taknya, pagi kol 9 breakfast mee kolok, saya order mee lebih memang melebih-lebih dan sepeerti yang dijangkakan kenyangnya memang sampai ke petang. Petangnya pulak terasa nak melaksa pulak. Hujan-hujan hirup kuah laksa, asyikkkk. So sebelum abang yang hantu laksa Sarawak balik dari sekolah, saya dah start merenih kuah laksa dan buat sambal belacan. Lepas dia mandi, mintak tolong dia carikkan isi ayam dan dah boleh makannnn!!

Jadilah laksa Sarawak yang tak sempurna. Kenapa tak sempurna? Sebab tak ada udang! Tauge tak ada, daun ketumbar tak ada. Kita guna bahan yang ada di rumah je. Yang penting isi ayam dan sambal belacan. Pastu goreng telur dadar dan limau kasturi. 

Jadilah. Allah bagi cukup rasa untuk anak-anak dan Encik Suami makan malam. Sejak dah 40-an ni saya mula belajar menerima kekurangan dan ketidaksempurnaan untuk mengelakkan stress. Kalau dulu, selagi bahan masak tak cukup, makanya saya tak masak sebab nak tunggu bagi cukup. Sekarang tak, apa yang ada tu, rasa nak makan, masak je. Janji bahan yang penting tu ada. Ketang-ketung, siap. Chill-chill saja, tak baik untuk mental health dan tekanan darah. Hehehe.

Oleh sebab semalam sebutir nasik pun tak masuk, pagi ni kenalah breakfast nasik. #theIMANs pun breakfast nasi panas dan nugget hari ni. Ibunya pun samalah. Minggu ni giliran nugget biasa sebab ada budak tak suka nugget tempura sebab tu kena selang-selikan jenis nugget. Hehehe. Nugget ni sekali-sekala tak makan, sedap jugak kan?

 

11 Comments

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!

  1. Nampaka sedap laksa sarawak tu...akak suka..mee kolok lagi la suka..bila nak pi Sarawak ni makan mee kolok Hj Salleh

    ReplyDelete
  2. Tak cukup bahan masakan pun boleh stress ye Mira.
    Saya pun nak begitulah. Ambil inspirasi dari Bonda... zaman kecik-kecik dulu makan saja apa yang Bonda sediakan, tak kisahlah tak cukuo bahan ke apa ke.

    ReplyDelete
  3. kesukaan ammi. kalau adik ipar ammi buat juadah laksa sarawak confirm ammi yg akan makan berulang kali. tak sia-sia bersuamikan org sarawak dia ni...

    ReplyDelete
  4. Lama tak makan Laksa Sarawak. Sedap kalau ada ayam banyak.. hehe.

    ReplyDelete
  5. sedapnya Laksa Sarawak...dah lama tak makan..kena p cari nie
    naseb Linda bukan gitu, hentam je masak...jnji ada rasa...kikiki

    ReplyDelete
  6. tk pernah try laksa swak sbb tgk kuah tu mcm berempah

    ReplyDelete
  7. sedap nampak walau x cukup bahan..but ok jer..

    ReplyDelete
  8. Sering dengar mie laksa,tapi belom pernah coba, padahal di sinipun banyak yang jual laksa,kuahnya itu looh...bikin penasaran

    ReplyDelete
  9. Sedapnyaaa.mz dh tak ingat bila mz last mkn laksa sarawak...many2 years ago rasanya..

    ReplyDelete
  10. teringin nak cuba laksa sarawak ni , susah nak dapat

    ReplyDelete
  11. Saya pernah dikasih bumbu laksa Serawak oleh kak Carneyz. Saya coba pas pulang jakarta. Beli semua bahan, termasuk udang, dan ternyata rasanya SEDAAAAAAP 😍😍😍😍🤤. Itu padahal bumbu instan.

    Pastilah laksa yg dijual langsung di sana, jauuh lebih sedap kan. Dah niat kalo nanti ke Serawak, nak beli bumbu yg dulu pernah dikasih Ama kak Carneyz

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form