Kakmim Garang!

Hahaha! Tak sangka pulak junior saya di ofis rupanya 'takut' dengan saya. Hari ni hari terakhir dia bersama kami sebab dia akan balik ke Semenanjung selepas 3 tahun berkhidmat di sini. Dalam ucapan farewell asyik mention nama saya je. Tegas katanya dari hari pertama dia kenal masa lapor diri. Dan dia mengaku saya orang yang dia tak berani nak bawak bergurau sangat. Tak sangka sampai macam tu sekali. Hihihi. 

Saya mengaku ciri-ciri anak sulung seperti kajian Dr Fazilah Kamsah ni memang ada pada saya, iaitu, garang! Lain-lain tu ada yang ada, ada yang tak ada. Tapi banyak jugak yang ada lah. 

Saya memang garang atau saya lebih gemar dipanggil serius. Encik Suami pun cakap saya garang tapi kalau saya marah dia suka gelakkan saya. Dia cakap saya lucu. Dia ingat saya bergurau kot, buat-buat marah. Hahaha. Tapi Encik Suami pun anak sulung jugak tapi saya lagi garang daripada dia.

Pernah dulu masa di U salah sorang kawan saya mengaku dia ingatkan saya kerek, sombong tapi bila dah kenal dan rapat, rupanya salah semua tanggapan tu. Mungkin saya suka buat muka serius agaknya. Sampaikan Iman pun ada mengadu kawan-kawan yang tak berapa rapat dengan dia ingat dia garang, moody sampai takut nak tegur. Oops terasa pulak Ibu. Sebijiklah tu perangai Ibu. Nak nasihat macam mana, saya cuma share je lah Ibu pun senasib macam dia. Hanya yang kenal je kenal. Hehehe.



Sebenarnya saya memang agak serius bila dalam persekitaran kerja. Sebab saya tak berapa suka nak bergurau-senda dengan colleague yang berlainan jantina, tak kiralah junior yang berpangkat adik ke, yang senior, lagilah tak. Apapun saya akan tetap respek, tak ada istilah 'abang' kalau colleague tu tua daripada saya. Saya tetap akan panggil Encik Nama. Geli-geleman pulak nak panggil 'abang'!



 

14 Comments

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!

  1. First impression orang dekat Cuya pon mesti Garang,Serius, Sombong...
    tapi bila dah kenal, lain pulak perangainya....

    Orang kata tak kenal maka tak cinta, don't judge a book by its cover gitu kan kak....

    Nak wat cam mne, muka Cuya yg sombong kan dikurnia Tuhan......sombong pon sombong la, yang penting kita tak macam tu.. hehehe

    ReplyDelete
  2. Rasa semua anak sulung sama kot orang asyik fikir garang...first impression org terhadap akak pun sama..garang dan sombong..tp bila dh kenal sure ok

    ReplyDelete
  3. Samalah kita, pesen muka gaok kata orang haha. Kmk pernah kaunselingkan staff nok menghidap depression pujuknya dapatkan rawatan psikiatri, lekak nya dah polah apa yg kmk nasihatkan nya padah dgn kmk 'u ni muka garang tapi hati baik' 🤭

    ReplyDelete
  4. Betul tu Kak Mim geli pula ber abang ber adik dalam persekitaran kerja.

    ReplyDelete
  5. Saya pun selalu dianggap macam tu. Tapi memang garang pun. Ahaha

    ReplyDelete
  6. Anak sulung saya tak garang, tapi muka nampak garang.

    ReplyDelete
  7. saya pun ada orang nampak sombong sebab saya jenis lambat mesra tapi kalau dah mesra nanti, tergurau kasar pulak

    ReplyDelete
  8. Karakter masing-masing kan... Kadang tu ikut persekitaran, keadaan juga kan... Time kerja lain, time santai lain...yg pntg jadi diri sendiri 😁

    ReplyDelete
  9. tak kenal maka tak cinta.. :D.. kenal dulu baru tahu..

    ReplyDelete
  10. Saya kurang bercakap, tapi jangan sampai saya bercakap. 2 jam boleh bercakap bila bawak tetamu masuk Muzium. Hehe

    ReplyDelete
  11. saya pun tak pasti apa persepsi my frens towards me,,,raasnya i bukan jenis yg garang hahahah

    ReplyDelete
  12. Eh...Mbak garang?
    Kita belum pernah bertemu, tapi kalau dilihat dari foto-fotonya tidak terlihat kalau Mbak garang...
    Memang setiap orang punya karakter yang berbeda ya Mbak.

    Salam,

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form