Jadual Waktu Peperiksaan UPKK 2023

Debaran kian terasa. Minggu depan selesailah perjuangan sejak mereka semua di tahun 2. Dalam Whatsapp grup kelas, ustaz/ustazah pun dah macam nervous semacam dah. Macam-macam pengurusan sekolah plan untuk pecutan terakhir UPKK anak-anak.


Semoga dipermudahkan dan dilancarkan semua urusan anak-anak, para guru dan ustaz/ustazah serta ibu-bapa minggu depan. Macam nak cuti je sehari minggu depan. Hihi. Minggu ni kita fokus untuk UASA dulu. 4 orang anak-anak akan duduk UASA minggu ni. Weekend tadi pun terperap di rumah je bagi chance anak-anak buat revision. Buatlah yang terbaik ya anak-anak Ayah Ibu. 


DOA UNTUK PEPERIKSAAN ANAK

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم

Al-Fatihah

بِسۡـــــــــمِ اللَّــــــــــهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

اَلْحَمْد ُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ
وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلىَ
أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاء ِ وَالْمُرْسَلِيْن
وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعين

Ya Allah,
Peliharalah kesihatan anak-anak kami di hari peperiksaan. Permudahkanlah mereka menjawab soalan ketika peperiksaan nanti.


Berikanlah ketenangan kepada mereka ketika menjawab soalan, jauhilah mereka daripada resah dan gelisah ketika menjawab soalan peperiksaan.


Ya Allah,
Dorongkanlah hati mereka untuk menjawab setiap soalan sepertimana skema jawapan.


Ya Allah,
berilah keputusan cemerlang dalam peperiksaan anak-anak kami. Mudah-mudahan dengan keputusan yang cemerlang ini mereka dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi lagi.

Semoga ia sebagai pembuka jalan untuk mereka menjadi hamba Mu yang soleh dan solehah dan menghampiri diri mereka kepada mu ya Allah.


Ya Allah,
Jadikanlah anak-anak kami pelajar yang cemerlang di dunia dan di akhirat, kami mohon kepada Mu, Kau perbaiki akhlak anak-anak kami.


Ya Allah,
kami tidak mampu mengawasi anak-anak kami setiap waktu Ya Allah, kami serahkan anak-anak kami untuk berada di bawah penjagaan Mu Ya Allah.


Gerakkanlah hati mereka untuk mereka berada di tempat-tempat yang Engkau redhai. Dan jauhilah mereka daripada berada di tempat yang Engkau murkai.

Jauhilah mereka daripada melakukan amalan-amalan yang membawa mereka ke neraka Mu ya Allah.


Ya Allah,
Tetapkan hati mereka untuk menunaikan solat dan jangan Kau melalaikan mereka dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah YA Allah.


Ya Allah,
Apa yang kami doakan ini bukan untuk diri anak-anak kami sahaja, tetapi apa yang kami doakan ini juga untuk anak-anak rakan dan sahabat kami YA Allah.

Berikanlah mereka kejayaan yang cemerlang di dunia dan di akhirat YA Allah.


Ya Allah
Perkenankanlah doa kami ini.

.رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَاِنْ لمَ ْتَغْفِرْلَنَاوَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّا مِنَ اْلخَاسِرِيْنَ
رَبَّنَا اغْفِرْلَنَا وَِلاِخْوَانِنَا اَّلذِيْنَ سَبَقُوْنَ بِاْلاِيْمَانِِ وَلاَ تَجْعَلْ فِى قُلُوْبِنَا غِلاًّ لِلَّذِيْنَ آمَنُوْا رَبَّنَا اِنَّكَ رَؤُوْفٌ رَحِيْمٌ

رَبَّنَا آتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَاْبَ النَّارِِ
رََََبَّنَا تَقَبَّلْ مِنَّا اِنَّكَ أَنْتَ السَّمِيْعُ اْلعَلِيْمُ وَتُبْ عَلَيْنَا اِنَّكَ أَنْتَ التَّوَّابُ الرَّحِيْمُ. وَصَلَّى اللهُ عَلىَ سَيِِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلىَ آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ. سُبْحَانَ رَبِِّكَ رَبِِّ اْلعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُوْنَ
وَسَلاَمٌ عَلَى اْلُمرْسَلِيْنَ وَاْلحَمْدُ لِلهِ رَبِِّ اْلعَالَمِيْنَ.

امين يا رب العالمين

12 Comments

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!

  1. Semoga anak kitak berjaya menduduki ujian UPKK & lulus dengan cemerlang, ameen YRA🤲🏻

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aaminn... semoga dipermudahkan anak² yg sit exam upkk mgu depan

      Delete
  2. Semoga makbul doa seorang ibu, insyaAllah..

    ReplyDelete
  3. Moga anak"sekalian selalu di beri kekuatan dan bisa lulus dengan sebaiknya ya kak..amiin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamin yra... terima kasih atas doanya mreneyoo

      Delete
  4. Lama dah uncle tak berkecimpung dalam jadual periksa anak ni....

    ReplyDelete
  5. moga dipermudahkan urusan anak-anak utk exam UPKK aminn

    ReplyDelete
  6. Exam nilah yang anak saudara saya dok risaukan. Good luck untuk anak-anak kakmim

    ReplyDelete
  7. amin aminnn
    selamat berjaya utk semua yg ambil exam ni!

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form