Cara Delete Data Peribadi di Scribd

Terfollow satu page di FB ni yang banyak share ketidaksedaran orang awam ke atas hak peribadi data awam. Ya Allah, takutnya bila ada data-data peribadi kita seperti no kad pengenalan, ho handphone dan slip gaji terlepas di alam maya. Sebab itulah scammer makin berleluasa sekarang ni. Sebab diorang dah ada pangkalan data ni semua. 


Apakah Data Peribadi?
Data peribadi bermaksud apa-apa maklumat yang digunakan di dalam transaksi komersial yang berhubungan secara langsung atau tidak langsung dengan seseorang subjek data yang dikenalpasti daripada maklumat tersebut. Data tersebut boleh direkodkan sama ada secara manual atau elektronik meliputi perkara-perkara objektif dan juga subjektif tanpa mengira sumber maklumat itu diperolehi meliputi maklumat asas (contohnya nama, alamat dan nombor kad pengenalan) sehinggalah ke maklumat sensitif (contohnya rekod perubatan dan tahap kesihatan) atau apa-apa informasi lain yang ditetapkan Menteri di bawah APDP dari semasa ke semasa.

Antara contoh “data peribadi” adalah seperti:-

  • Nama dan alamat
  • nombor kad pengenalan
  • nombor pasport
  • maklumat kesihatan
  • e-mel
  • gambar
  • imej dalam rakaman litar tertutup (CCTV)
  • maklumat dalam fail peribadi
  • Butiran akaun bank
  • Butiran kad kredit
  • Maklumat kesihatan (sensitif) contohnya, penjenisan darah, rekod atau huraian kesihatan sehinggalah ke maklumat-maklumat sensitif seperti kepercayaan politik, kepercayaan agama, keadaaan fizikal atau mental atau apa-apa informasi lain yang ditetapkan oleh Menteri di bawah APDP dari semasa ke semasa.
Data Peribadi Sensitif
Data peribadi sensitif bermaksud apa-apa data peribadi yang mengandungi maklumat mengenai kesihatan atau keadaan fizikal atau mental seorang subjek data, pendapat politiknya, kepercayaan agamanya atau kepercayaan lain yang bersifat seumpamanya perlakuan apa-apa kesalahan olehnya atau apa-apa data peribadi lain yang ditetapkan oleh Menteri melalui perintah yang disiarkan dalam warta.


7 Prinsip Perlindungan Data Peribadi


Wajar orang ramai mengetahui bagaimana data peribadi kita diperolehi dan menyedari akan 7 Prinsip Perlindungan Data Peribadi yang disaran oleh APDP 2010 (Akta 709). 7 Prinsip Perlindungan Data Peribadi yang wajib dipatuhi di bawah seksyen 5(1) dalam Akta  709 ini demi menjaga keutuhan data peribadi :-

  • Pertama –  Prinsip Am di mana seseorang pengguna tidak dibenarkan memproses data peribadi seseorang lain tanpa kebenarannya. Pengertian proses di sini harus dimengertikan sebagai mengendalikan data melalui cara atau kaedah automatis atau pengkomputeran atau apa-apa proses lain.
  • Kedua – mesti mematuhi Prinsip Notis dan Pilihan di mana makluman dan tujuan awalan dimaklumkan kepada subjek data berkenaan.
  • Ketiga – ialah Prinsip Penzahiran tujuan data peribadi seseorang subjek itu demi mengenal pasti maksud yang baginya data peribadi itu hendak dizahirkan.
  • Keempat –  Prinsip Keselamatan – apabila memproses data peribadi mana-mana subjek, mengambil langkah supaya data tersebut selamat, tidak diubahsuai, disalahguna atau diberikan kepada pihak-pihak yang tidak berkenaan.
  • Kelima  – Prinsip Penyimpanan: sesuatu data peribadi itu tidak dibenarkan disimpan di dalam sesuatu pemprosesan lebih daripada had masa yang diperlukan.
  • Keenam  –  Prinsip Integriti Data – setiap data peribadi dipastikan supaya tepat, lengkap, tidak mengelirukan dan terkini menepati maksud sesuatu data itu disimpan dan diproses.
  • Ketujuh – Prinsip Akses: seseorang hendaklah diberi hak akses kepada data peribadinya yang dipegang oleh seseorang pengguna data dan juga boleh membetulkan datanya itu supaya terkini.
Oleh  yang demikian, rakyat Malaysia khususnya perlu menyedari hak-hak mereka mengikut prinsip-prinsip yang terdapat di dalam Akta ini.

Apakah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (Akta 709)


atau PDPA merupakan salah satu bentuk perundangan siber yang diperakukan dalam pelaksanaan Koridor Raya Multimedia (MSC). Akta ini merupakan matlamat Dasar Ke Sepuluh dinyatakan dalam Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu bagi menjamin keselamatan maklumat dan kebolehpercayaan dan keutuhan rangkaian.

Ketahui Hak-Hak Anda

Anda mempunyai hak-hak apabila seseorang atau organisasi mengambil dan merekodkan butir-butir perbadi anda untuk tujuan transaksi komersial.

1. Diberitahu tujuan data peribadi kita diproses oleh sesuatu organisasi atau dalam kata lain untuk apa? Pengguna data yang mendapatkan maklumat peribadi anda hendaklah memberikan:-

  • Nama organisasi atau orang yang mengumpul maklumat atau dari mana mereka mengumpul maklumat ;
  • Sebab-sebab mereka memerlukan data peribadi;
  • Apa-apa maklumat lain yang mungkin anda perlukan untuk memastikan bahawa mereka mengendalikan butir-butir diri anda dengan adil. Sebagai contoh butir-butir sesuatu pertubuhan atau orang lain yang mereka akan menzahirkan butir-butir peribadi anda.
  • Jika sesebuah organisasi atau individu telah mendapat data peribadi anda dari orang lain yang tidak secara langsung daripada anda, mereka mesti memberitahu anda bahawa, mereka ada memegang data peribadi anda dan memberitahu pengguna data yang asal.

2. Hak anda untuk mengakses data peribadi sekiranya perlu.

  • Pengguna atau pihak yang mengurus atau memegang data anda mestilah :
  • Mengumpulkan data peribadi dengan cara yang adil dan mengikut perundangan;
  • Data peribadi hanya akan disimpan untuk maksud-maksud yang ia dikumpul;
  • Data peribadi yang disimpan untuk maksud tertentu pada masa ia dikumpulkan tidak boleh digunakan untuk tujuan lain;
  • Data peribadi tidak akan didedahkan kepada mana-mana pihak (disclosed) melainkan dengan tujuan ia diperolehi dan persetujuan subjek data;
  • Data peribadi hendaklah tepat, kemaskini dan berkaitan dengan kegunaannya;
  • Data peribadi tidak akan disimpan lebih lama dari tempoh yang diperlukan;
  • Seseorang individu mempunyai hak untuk dimaklumkan mengenai data yang disimpan dan boleh capaian kepada data tersebut;
  • Usaha-usaha untuk memastikan keselamatan data adalah menjadi tanggungjawab pengguna data;
  • Maklumat mengenai dasar penyimpanan data peribadi hendaklah terbuka kepada awam.

3. Hak anda untuk membetulkan data peribadi kita yang telah diproses

  • Jika terdapat organisasi atau individu yang memegang data peribadi anda, maka anda boleh meminta mereka untuk mengesahkan hal ini. Mereka mestilah memberitahu anda tujuan mereka memegang data peribadi tersebut. Anda boleh meminta untuk mendapatkan maklumat ini secara percuma.

4. Hak anda untuk menarik balik kebenaran memproses data peribadi tersebut sekiranya merasa sudah tidak berkepentingan lagi terhadap perkara berkenaan.

  • Sekiranya anda mendapati bahawa pengguna data menyimpan maklumat tentang diri anda yang tidak betul, anda boleh meminta mereka untuk menukar atau memadam butiran tersebut.
  • Begitu juga jika anda merasakan bahawa organisasi atau orang yang mempunyai alasan yang sah untuk memegang data peribadi anda, atau mereka telah mengambil butiran ini dengan cara yang tidak adil, anda boleh meminta mereka untuk mengubah atau memadam butiran ini.
  • Dalam kedua-dua kes, anda boleh menulis kepada organisasi atau orang tersebut, menjelaskan bahawa terdapat butir-butir yang tidak betul.

5. Kita perlu tahu akan hak kita untuk menghalang pemprosesan yang mungkin menyebabkan kerosakkan atau tekanan (distress).

  • Anda juga boleh meminta pengguna data supaya tidak menggunakan butir-butir peribadi anda untuk tujuan selain daripada tujuan utama mereka.
  • Anda boleh menulis kepada organisasi atau orang tersebut, menjelaskan bahawa terdapat butir-butir yang tidak betul dan mengambil tindakan membetulkannya.

6. Kita juga adalah berhak untuk menghalang pemprosesan bagi maksud  pemasaran langsung.

  • Jika pemegang data memegang butir-butir peribadi tentang anda untuk tujuan pemasaran langsung, anda boleh meminta mereka untuk mengeluarkan butir-butir tersebut. Anda boleh melakukan ini secara bertulis kepada organisasi atau orang yang memegang butiran tersebut. Mereka mesti memberitahu anda jika telah melakukan mengikut permintaan anda.

7. Hak untuk kebebasan dari membuat keputusan automatik

  • Secara umumnya, keputusan penting tentang anda berdasarkan butir-butir peribadi anda harus mempunyai input manusia dan tidaklah dijana secara automatik oleh komputer, melainkan jika anda bersetuju dengan ini. Sebagai contoh, keputusan itu mungkin kebolehpercayaan.

8. Hak untuk menolak panggilan memasaran langsung atau mel

  • Jika anda tidak mahu menerima panggilan telefon daripada pemasaran langsung, anda perlu menghubungi pembekal perkhidmatan telefon anda. Mereka akan  membuat nota permintaan anda. Anda juga boleh menolak panggilan itu dengan meminta pemanggil supaya tidak menghubungi anda lagi.
  • Organisasi mesti mendapat kebenaran anda sebelum mereka menghubungi anda melalui mesin faksimili atau dailan automatik untuk tujuan pemasaran langsung.
  • Sebuah organisasi juga perlu mendapatkan kebenaran anda sebelum mereka menghantar mel elektronik ke komputer anda atau sebelum mereka menghantar pesanan teks ke telefon bimbit anda.


Bila follow page Pendakwah Teknologi ni, jadi seram sejuk bila beliau dedahkan ada data peribadi penjawat awam dari sistem HRMIS telah leaking. OMG!! Sistem kerajaan tu. Sebagai pengguna HRMIS tak patut saya tak risau kan? Lepas tu, beliau dedahkan banyakkkkk giler PDPA telah dilanggar di laman web SCRIBD. 

Laman web Scribd ni ialah satu laman web yang kita boleh muatnaik dan share dokumen-dokumen yang kita nak share atau lebih dikenali sebagai digital document library. Saya tak pernah create account di Scribd ni tapi saya cuba jugak search nama saya di situ. Alamak! Ada lah keluar, tapi bukan saya yang upload, diupload oleh orang lain, ada yang saya kenal ada yang saya tak kenal. Kebanyakannya ialah dokumen yang berkaitan kerja. Nasib baik tak ada yang personal dan sulit. 



Adakah Data dan Maklumat di SCRIBD Dapat Dihapuskan?

Ya, dapat!! Ada 2 cara untuk kita hapuskan data dan maklumat yang kita tidak kehendaki. Caranya ialah seperti di bawah.

Cara 1 - Gunakan link berikut:

Isi borang dan last sekali sila SUBMIT.


Cara 2 - Hantar email kepada SCRIBD

Alamat Email: copyright@scribd.com

Subject Email: Scribd DMCA copyright infringement notification

  • Sediakan link SCRIBD kepada dokumen yang anda nak laporkan
  • Ceritakan apa masalahnya (contoh ada nombor kad pengenalan anda dll.)
  • Hantar email dan tunggu SCRIBD respon.
  • Kalau mereka minta maklumat tambahan, hantarkan kepada mereka.

Apakata search nama anda di SCRIBD, ada tak hasil carian yang tidak dikehendaki?

14 Comments

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!

  1. kena sentiasa hati2 if nak upload apa2 document pun kat internet...

    ReplyDelete
  2. Sudah check, kakmim. Tak ada nama penuh saya, di scribd. Alhamdulillah.
    Saya ada satu benda yang tiap-tiap tahun musykil. Sebab kita kena isi borang update maklumat peribadi anak yang sekolah tiap-tiap tahun. Borang tu, borang manual, depa buat apa, sekolah simpan macamana? Sebab ada je orang wasap offer program untuk anak yang dah habis sekolah. Ada kebocoran maklumat ibubapa. Tak tahu siapa jual data kita kepada spammer.

    ReplyDelete
  3. dah check nama saya. tak ada pulak. tapi saya frust lah bila saya selalu diapproach oleh entah siapa-siapa yang tawarkan saya kerja padahal saya tak pernah apply. probably jobseeking portal yang bocorkan data saya. geram

    ReplyDelete
  4. zaman sekarang sgt bahaya.. walau kita tak pernah share info peribadi di mana-mana, tp tetap ada je cara dorang boleh gunakan data kita kan? ghisauuu ha~

    ReplyDelete
  5. kdg2 pihak bank n telco yg bocorkan maklumat peribadi kita kpd pihak pemasaran...

    ReplyDelete
  6. Kmk selalu kenak call oleh sidak scammer ..bosan juak mok layan

    ReplyDelete
  7. Eh saya dulu pernah langganan di Scribd 😅. Tapi dah kluar dan uninstall. Tapi harusnya data masih di sana 🤣.

    Dah speechless dengan yg namanya kebocoran data kak. Terlalu sering terjadi soalnya. Dan dari pemerintah sini, ntah apa yg diurus 😅. Terkadang kami seperti dah pasrah. Dah banyak yg bocor soalnya.

    ReplyDelete
  8. Saya pernah search ic saya di Google, ada satu website script yang paparkan Nama dan ic saya. Ia adalah minit mesyuarat PIBG sekolah anak saya 5,6 tahun lalu, tapi masih terdapat di script. Bagaimana nak keluarkan dari carian Google. Sepatutnya pihak sekolah kena alert, tak boleh masukkan data peribadi di dalam Website atau script.

    ReplyDelete
  9. bahaya zaman skrg... semua org tahu... :(

    ReplyDelete
  10. Saya pun beberapa hari lepas nampak orang share pasal info ni...Kadang kita dah berjaga...tapi orang lain pula share

    ReplyDelete
  11. Bagus perkongsian ni...perlu check untuk keselamatan kan...suami kak SA baru ni kena scam, ada scammer gunakan no acc yg dh x guna untuk scam org..sekarnag naik turun KL untuk settlekan dengan pihak berkuasa..bahaya sekarang ni

    ReplyDelete
  12. baru tahu , terima kasih taas perkongsian yang berguna . at least dapat juga ilmu , betul tu bahaya kalau data kita jatuh ke tangan scammer ni

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form