Breakfast Pancake di Hujung Minggu

Yuhuu!! Tak sempat nak BW sejak hari Khamis lepas. Ada task yang perlu fokus disiapkan. Tapi rutin mak-mak tetap on. Bekalan #theIMANs ke sekolah memang tak pernah tak on. Tanpa gagal.

Alkisahnya bila hari Jumaat mesti ketandusan idea nak bekal apa. Tengok dalam almari ada stok pancake Adabi ni. Makanya hari Jumaat bekal ni je lah. Lagipun balik awal kan, tak apalah makan ringan-ringan.

Tapiii..... Awan dan Alan, komplen. Tak kenyang. Iya lah selalunya bekal nasi, mee, yang ringan-ringan macam ni memang sekejap je kenyangnya. So hari Sabtu semasa mereka bertiga pergi mengaji, saya mempancake sekali lagi. Sonang je. Bancuh je tepung Adabi tu, masuk telur sebijik, air dan sedikit minyak. Pastu kita melenggang la dengan frying pan comel tu.

Bila dah keluar lubang-lubang kecik macam ni, bolehla diconsider untuk dibalikkan.

Tadaaa. Dah dibalikkan macam ni jadinya.

Balik mengaji semuanya siap dah atas meja. Bagi chance diorang serve diri sendiri nak bubuh peanut butter ke chocolate spread ke atau tuang honey saja. 

Oh ya, adunan pancake Adabi ni juga saya pernah guna untuk buat waffle. Anak-anak suka, Ibu pun gumbira.
 

4 Comments

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!

  1. cam best je ek. nanti nak beli. tuk sendiri pun ok ni kan

    ReplyDelete
  2. saya memang simpan stok ni senang untuk sarapan Pia,bekal memang dia nak nasi juga,kalau makan bekal pancake je nanti tak larat nak berjalan katanya

    ReplyDelete
  3. sekali sekala sedap jer mkn waffle ni

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form