Times Square Miri

Balik dari Coco Cabana ingatkan nak pergi cari makan malam tapi bebudak ni masih kenyang katanya. Adoi la nanti balik hotel baru nak lapar, penat la pulak nak cari makan lagi. So saya decide ke Times Square yang tak berapa jauh dari hotel kami. Ingat KL je ada Times Square ke? Miri pun ada tau. Hehehe.

Gelap.. tak nampak muka. Hallooooo... hahaha

Dah macam kat I-City deco krismas kat sini.

Sebab tak tau nak buat apa, nak makan kenyang, haa duduk je lah kat situ.

Sesambil maknya ambik video nak buat story. Bukan selalu ada deco macam ni. Nanti CNY lain pulak deconya kat sini.

Tanya lagi, tak nak makan ke? I mean dinner la. Semua kenyang, nak makan light-light saja boleh la, kata si kakak. Adik-adik bersetuju. So kami decide masuk ke MyKori ni. Mulanya hanya ada 1 family je. Lepas kami pergi order di kaunter, jadi ramai pulak family yang masuk.


Saya pun tak tau nak order apa, Encik Suami cadangkan order yang set combo saja. So set yang kami order ada ais kepal ni. Tak ingat namanya dalam Korea.

Dan 20 pieces wing & drummet serta fries. Nasiblah tak berapa pedas ayamnya. Pedas yang boleh diterima lagi. Salah satu sebab saya tak berapa suka ayam korea sebab pedas yang melampau sampai tak dapat nak menikmati rasa makanan.

Masa order tak perasan pulak ada kimchi. Dan inilah kali pertama saya merasa kimchi. Walaupun saya ni boleh dikatakan peminat k-drama tegar lah jugak tapi saya tak berapa masuk makanan Korea. Hahaha. Tak habis pun, saya dan Encik Suami je kacau-kacau buat raso-raso. Memang saya tak masuk rasa kimchi.

Sekelip mata kedai yang sunyi jadi penuh. Ayam yang 20 pieces tu pun susah nak habis, entah lama benor diorang ni kenyang nasi ayam SCR kol 5 petang tadi.

4 beradik, Iman, Irfan, Imran & Idlan.







 

6 Comments

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!

  1. Indahnya kebersamaan dengan keluarga melebihi segalanya .

    ReplyDelete
  2. Naniey pun tak reti makan makanan korea hari ni. Tertanya tanya rasa kimchi tu macam mana tapi bila disuruh cuba, tak nak pula. Hehe

    ReplyDelete
  3. Besar pula Mykori kat sana. Siap ada 2 tingkat..
    Kat sini lot-lot kedai je malahan ada yang lot di tingkat atas sahaja.

    ReplyDelete
  4. Cutela ur daughter..suka tgk gmbr 4 beradik tu

    ReplyDelete
  5. Betul, kalau pedas sgt hilang nikmat makan.

    ReplyDelete
  6. 4 baradik tu kalau maknya menyelit pasti dah macam kakak jadinya...sekejapan sahaja mereka membesar

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form