Selamat hari Selasa uols!! Saya selamat kembali ke pangkal jalan dah. Masuk ofis semula hari ni walaupun tak ramai manusia ada di ofis. Apa kata kita sambung cerita road trip kami ke utara Sarawak. Gambar pun dah masuk draft dah hari tu cuma tak sempat nak taip je.
Ok, let's go. Sebelum meneruskan perjalanan ke bahagian Miri, kami jalan-jalan di Taman Tumbina Bintulu. Nak kata zoo tak jugak. Tapi tamannya ada tumbuhan dan binatang. Sebab tu Taman Tumbina nama diberi. Taman ni tak jauh dari Pantai Tanjung Batu. Sebelum sampai ke Tanjung Batu memang kita akan lalu dulu Taman Tumbina ni di sebelah kanannya. Ingatkan nak singgah lagi ke Tanjung Batu sebelum ke Miri tapi rupanya kalau nak ke sana dari Taman Tumbina kena pusing round about balik. Setel je pusing Taman Tumbina, matahari memang dah di atas kepala dah, #theIMANs cakap tak jadi nak ke pantai, nak terus ke Miri je. Baikkkkk. Ayah ibu pun layan je sebab memang penat jugak lah naik turun jalan berbukit di taman tu.
First time kami semua sampai di sini. Masuk percuma je. Tamannya bersih. Haiwan-haiwan tak adalah banyak sangat pun tapi yang paling menarik ada beberapa spesis burung kenyalang ada di situ.
Masuk-masuk je dah jumpa gorilla ni. Saya masih terfikir-fikir apa kaitan gorilla ni dengan Taman Tumbina atau Bintulu atau Sarawak. Hahaha.Tapi syok jugak dapat bergambar.
Cepatttt... sebelum orang ramai. Masa kami baru sampai orang belum ramai tapi bila kami dah siap bergambar di area depan taman ni, orang pun ramai masuk.
Tak besar pun nak meronda cuma agak berbukitlah jalannya, ada yang kena naik tangga.. banyak. Kalau petang sesuai sangat untuk briswalk turun naik bukit dan tangga kat sini.
Mengah jugak naik tangga.
Tangga lagi.
Hensem si burung kenyalang ni hidup-hidup. Ada banyak spesis. Ada paruh putih la, spesis gunung la. Tapi bagi saya yang ni paling hensem. Gambar yang lain malas nak ambik sebab tak berapa nak clear disebabkan sangkarnya jenis rapat-rapat gini. Ada yang siap bagi duit not seringgit kat dalam sangkar burung-burung ni.
Si dia ni pun hensem, banyak dapat not seringgit dia ni.
Awan: Ibu, ambik gambar kamek dengan boyak.
boyak = buaya
Selain tu, kupu-kupu pun ada kat sini tapi kami tak jenguk pun sebab semua dah tak larat berjalan.
Nampak lama kan sangkar-sangkar burung kat sini, tapi yang penting bersih dan nampak terjaga.
Bergambar lagi, kalau dah malas dan boring tak adalah diorang ni nak mintak gambar. Bila dah request mintak gambar, kita layan je. Awan siap cakap jangan lupa letak di whatsapp grup famili.
Di sini pun ada jualan madu kelulut segar. Saya tak beli pun.
Dah ready nak ke Miri. Kami gerak keluar dari Bintulu menghala ke Miri dalam 12 tengah hari gitu.
Busy jugaklah jalan nak keluar Bintulu. Awan berkepul-kepul, cantik.
Sesetengah jalan ada yang masih belum siap sepenuhnya tapi dah siap bertar.
Smooth je jalan Pan Borneo. Harap-harap selalu dimaintain agar berterusan macam ni. Ingatkan nak sampai di hotel awal tapi terpaksa jugak carik Petronas di Batu Niah sebab ada yang dah nak terkucil. Memang fobia sangat Alan terkencing dalam seluar hari tu. Sebab tu berkali-kali Ayah pesan kalau nak kencing kena bagitau awal sebab bukannya sepanjang jalan ada petrol station. RnR apatah lagi, nehi nehi ngak ada.
Mulanya terlepas simpang masuk ke Batu Niah tapi nasib baik ada lorong lain selepas naik flyover. Tapi kena lalu jambatan legend ni la sebelum sampai ke Petronas Batu Niah.
Ok dah sampai. Kecik je Petronasnya. Tapi macam biasalah tetap busy dengan lori-lori. Toilet ok, surau ok, biasalah kan Petronas. Sebab tu nak berhenti masa road trip nak jugak carik Petronas. Kalau ada pilihan Shell dan Petronas, memang selesa di Petronas.
Akhirnya kami selamat sampai di Hotel Mega, Miri pada jam 4.30 petang. Saya dah call hotel awal sebab dijangka late check-in. So sampai je lobi, check in, ambik kunci dan terus pergi carik makan. Kebulurlah jugak sebab last makan jam 9 pagi, nak keluar dari Bintulu sepatutnya boleh lunch dulu di Bintulu tapi semua tak lapar lagi sebab tu kami meneruskan perjalanan ke Miri dengan harapan dapat sampai awal di Miri. Tapi, late check in jugak. Huhuhu.
Tags
Bintulu
uniknya nama TUMBINA tu...
ReplyDeleteBestnya jalan jalan..
ReplyDeleteSama la macam Naura suruh ambil gmbr dan pesan hantar gambar kat nenek neneknya..
rasanya kat semenanjung mmg x de taman sebegini. kalau ada pun taman negara.
ReplyDeletetp taman negara dah kategori lain😁
menarik menarik! kalau dpt sggh bintulu nanti
Walau percuma tapi nampak bersih dan terjaga taman tu.
ReplyDeleteSedap tu nasi ayam nya lagi-lagi dah late lunch.
Saya suka ke taman seperti ini, apalagi kalau ada banyak hewan di dalam. Anak2' selalu suka DTG ke taman hewan macam tu. Unik yaa namanya kak, tapi jadi teringat trus. Harap2 bisa kesini juga nanti
ReplyDelete