Sunset di Coco Cabana

Sambung cerita roadtrip ke Miri. Dari Bintulu kami meneruskan perjalanan ke Miri yang mengambil masa 3 jam dari Bintulu. Ada 2 pilihan jalan dah sekarang ke Miri, coastal road dan Pan Borneo. Kami guna jalan Pan Borneo sebab memang tujuan roadtrip nak testing jalan Pan Borneo.


Selepas berehat dan solat di bilik, kami keluar balik untuk ke Coco Cabana. Agak-agak dah time orang dah bertenang balik kerja, kami pun bergerak dari hotel untuk ke Coco Cabana. Timing mesti cun sebab takmo bertembung dengan orang balik kerja di jalan. Coco Cabana ni sebenarnya kawasan tepi pantai yang telah dikomersilkan jadi tempat tarikan pelancong di Miri. Kalau ada yang ke Miri, antara tempat yang wajib dikunjungi semestinya di Coco Cabana ni lah. Tujuan nak ke sini mestilah nak tengok sunset. Tapi tempat makan pun ada, dan banyak lagi game lain. Kami tak larat nak explore semua sebab ini bukan pertama kali ke sini. Dah pernah pergi pun dan masih banyak tak berubah.

Rezeki kami sampai di situ, matahari memang dah nak mula terbenam.

Subhanallah alhamdulillah masih dapat menikmati kebesaran Allah.

Dan... dalam jam 6.16 petang macam tu matahari pun semakin hilang dari pandangan.

Bonding abang adik. Entah apalah yang disembangkan.

Dan kami 6/6.

Kami lagi. Masih penat nak berjalan ke sana ke mari. Lepak di tepi batu sambil mendengar desiran ombak. Sangat menenangkan.

Jalan-jalan sebelum nak balik.

Tetiba idea 4 beradik nak naik Unicorn Ride padahal dah nak masuk kereta dah. Habis Ibu sekali dihasutnya naik. Naik jugaklah sebab dah penat berjalan kan? Seorang kena bayar RM10 untuk naik ride 8 minit ni. Ayah je tak naik, Iman paksa jugak tapi Ayah berjaya menepis hasutan Iman. Haha.


Abang dan kakak.

Awan kena duduk sorang-sorang. Tapi no hal punya.

Bye Ayah. Kalau di tempat sendiri saya tak naik bendalah ni. Hahaha.

 

9 Comments

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!

  1. masa makan angin la nak buat apa apa pun utntuk kenangan. unicorn pun jadi

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu MY.. nnt ada jugak benda nk digelakkan dgn anak² bila throwback

      Delete
  2. Biasalah tu, dengan tempat sendiri, sombong, hihi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bkn sombong tapi malu... segan kalau ada org yg dikenali nmpk.. hehehe

      Delete
  3. Sesekali jadi kanak-kanak seronok juga tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg seronok... lupa plak umur dh 40an... iman cakap suara ibu gelak paling kuat.. haha

      Delete
  4. Indah sekali foto saat sunset nya, Mbak.
    Senang ya Mbak bisa liburan lengkap sekeluarga. Keren itu kakak adik bertiga memakai baju yang sama....
    Selamat berlibur bersama keluarga tercinta.

    Salam,

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form