Souvenir Dari Korea Dari Kak Ret & Uyum

Minggu lepas dapat 2 parcel dari sahabat blogger. Masa mak whatsapp bagitau ada 2 parcel, ingatkan parcel barang yang dibeli online, rupa-rupanya 1 lagi dari Kak Ret. Yang parcel dari Shikin tu memang expected sebab Shikin ada whatsapp bagitau yang dia dah pos parcel ke Kuching.


Bila belek plastik J&T eh rupanya dari Kak Ret. Terima kasih Kak Ret!!

Bukak je kotak hitam itu menawan tu, wahhhhh... semuanya souvenir dari Korea!!! Terima kasih sekali lagi Kak Ret!! Tak dapat ke Korea tapi dapat gift dari Korea pun dah happy.

Ini semestinya akan guna untuk di ofis. Peti sejuk kat rumah dah penuh dah dengan magnet, kalau tak nanti dah beli peti sejuk baharu di rumah baharu bolehlah letak di peti sejuk baharu. Sukaaa!!

Ini pun menarik tertarik memang the bomb! Fungsinya 3 in 1. Nak gunakan sebagai book mark boleh atau hair stick pun boleh. Dan last but not least sebagai letter opener. No 1 dan 3 tu memang praktikal tapi untuk hair stick tu memang tak lah. Nak sanggul pun tak reti. Hehehe.

Dan ada mask sheet dan hand cream. Sayang pulak nak guna hand cream tu, cantik packagingnya kan? Dah la kaler light purple pulak tu.

Alhamdulillah, semoga Kak Ret dapat banyak bonus dari Bank Negara hujung tahun ni. Aaminnn. Terima kasih sekali lagi, dan banyak² Kak Ret, kali kedua dapat gift dari Kak Ret. Awal tahun 2023 dulu, dapat keychain yang vouge lagi menawan berwarna turqoise. Hujung tahun dapat lagi gift dari Korea pulak. Syukran jazillan ya Kak Ret!! Thank you so much jugak Uyum!!


 

11 Comments

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!

  1. Tahniahh!! Best dapat hadiah dr blogger kan.. Semoga dmurahkan rezeki buat kak retna n kakmim... Aamiin

    ReplyDelete
  2. tahniah...dpt adiah overseas mmg syok

    ReplyDelete
  3. Wahhh.. tahniah KM.
    Bestnya souvenir2 dari Korea tu!

    ReplyDelete
  4. Tahniah Mim...akak pun dapat tapi blom buat entry lagi..balik kang la nampaknya...

    ReplyDelete
  5. yeay!! congrats.. MA pun dpt...losyen tu wangi sungguh .. best!! moga murah rezeki kak ret.....aamiin...

    ReplyDelete
  6. Selamat Mbak.
    Di akhir tahun ini banyak kegembiraan dari pertemanan di blog ya

    Salam,

    ReplyDelete
  7. alhamdulilah sampai juga tapi sorrry x smpt nak pack cantek2.. teruk gak kotak tu jadinya ye...

    ReplyDelete
  8. From Korea with love gitu.
    Ammi pun masa berambut panjang tak reti nak menyanggul. Kalau kata buat bun pun mesti dililit dgn getah sbb takut terlerai

    ReplyDelete
  9. Alhamdullilah,lucu dan unik hadiahnya

    ReplyDelete
  10. Saya pun tak paham pakai tusuk sanggul. Kalo lihat orang, trutama yg rambut panjang macam Chinese dan Japanese atau korean, seperti mudah sangat mereka pakai tusuk sanggul nih di rambut. Saya coba, langsung terurai balik 😂

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form