Rutin Hujung Tahun

Begitulah bila di hujung tahun, urusan cuti pun harus diselesaikan terutamanya bagi penjawat awam. Sangat penting ya baki cuti rehat tu diurus dan dirancang dengan baik. Cuti yang nak dibawa ke tahun depan kena rancang, cuti yang nak 'dijual' pun kena congak. Nasib baik saya masih ada baki cuti gantian, boleh jugak buat tambah-tambah hari cuti pada hujung tahun ni.

Macam perancangan saya sendiri, saya target cuti yang perlu dijual ataupun terma rasminya GCR ialah sebanyak 5 hari. Setiap tahun saya mesti jual 5 hari. So setakat tahun 2022 saya baru kumpul 75 GCR. Kalau saya maintain buat GCR 5 hari sampai tahun bersara masih tak dapat jugak maksimum 180 hari GCR. Hihihi. Awal buat perancangan. Manalah tau lepas ni ada banyak pulak baki cuti rehat. Boleh jual lebih sikit kan?



Hari ini dengan rasminya anak-anak dah mula berxuti selama 2 minggu.  Korang dah ada plan nak ke mana-mana ke tu?


28 Comments

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!

  1. Alamak.. Kak Mim, baca entry nie baru teringt.. Linda x buat lagi permohonan GCR n CF tuh... Hahaha... Adoaiii

    ReplyDelete
  2. Tahun ini saya dapat kumpul GCR 15 hari. Tahun-tahun sebelumnya banyak lompang. Tapi memang tak capai jumlah maksimum waktu pencen nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah byknya kak amie.. sy pn dh kira2 jugak walaupun maintain jual 5 hari sampai pencen masih x dpt 180.. tp 100 lebih jugak la harap sampailah ke situ jika umur pnjg

      Delete
  3. Best eh keja gomen boleh jual cuti sik pakei. Kmk org dolok nang pulun2 kenak abiskan cuti mun sik mok angus giya ajak, carry forward 10 hari jak dibenarkan. Kadang2 nama jak cuti tapi kenak polah keja opis juak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya lah sama dgn adik kmk bila kontrak CR wajib dihabiskan mun x rugi

      Delete
  4. Cuya tak faham sangat terma jual2 cuti ni....jual komik Cuya tahu HAHA

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti2 faham lah bila dh masuk gomen.. hehehe

      Delete
  5. Tak plan ke mana lagi ni sebab Naura hari sabtu ahad sekolah.. hehe.
    Selamat bercuti..

    ReplyDelete
  6. teror juak ktk pan cuti..sama ada untuk guna dan jual balit...semoga semua urusan dipermudahkan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg plan sebulan brp hari jak boleh ambik CR lgpun ada cuti gantian juak ya selamat juak CR.. mun bal CR byk dpt la jual byk tp setakat tok tiap tahun mampu jual 5 hari jak

      Delete
  7. PH cuti sekolah ni buka catering la Kakmim haha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wow nnt byk la entri menu lauk catering.. hehehe

      Delete
  8. Dulu saat saya masih kerja di HSBC, jatah cuti setahun 21 hari. Harus habis. Tak boleh ada sisa. Udah aturan HSBC soalnya. Tapi best nya, HSBC mengizinkan utk ambil semua sekaligus, tapi jangan sampai tabrakan dengan teman yang lain.

    Krn saya suka traveling, jadi biasanya saya ambil semua di awal tahun, January atau feb, Krn saya selalu winter vacation' kan.

    Jadi 21 hari memang puas lah utk liburan panjang. Baru setelahnya masuk kerja lagi. Tahun depan berulang ritme cuti yg sama 😁

    Untungnya sekarang dah resign, nak cuti kapan aja, bebas 😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah habiskan terus 21 hari sekaligus? Tp skrg x apalah kan hari² pun boleh cuti

      Delete
  9. my ariff tak cuti sbb sek dia buat exam time cuti ni..then time spm nanti, semua yg tak spm dicutikan (sek ubah kalendar ikut kesesuaian)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh bagus jugak mcm tu.. setel terus sesi persekolahan

      Delete
  10. ldy baru tahu cuti juga boleh dijual.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya boleh.. nnt masa bersara akan diconvert kpd wang tunai yg selalu org cakap golden handshake.. tp ada formula pengiraannya

      Delete
  11. Keje gomen macam ni untung sangat2 hahaha.. Kita keje swasta ni cuti skit dan tak boleh carry forward huhuu.. So far tak ada apa-apa perancangan hari cuti sekolah ini. sbb kami husband and wife masing2 keje :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. tp swasta selalu dapat durian runtuh jugak... rezeki masing² kan... jual² cuti kalau umur panjang syukurlah..

      Delete
  12. kalau dijual cuti tu kira sehari dibayar berapa?

    ReplyDelete
  13. Kami boleh CF 5 hari je. By Mac following year kena habiskan kalau tak burnt unless dapat approval.

    ReplyDelete
  14. kerja kerajaan mcm tulah.. yg kerja swasta ni dpt carry forward 7 hari. heheh.. thn ni nina dh cuti 3 bulan

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form