Road Trip Kuching - Bintulu

Cuti sekolah 2 minggu buat apa? Bawak anak-anak road trip je la. Alan asyik berpantun nak pergi Sabah, nak pergi Sabah. Ingat nak naik belon beli tiket macam naik bas je dia ni. Insya Allah next time tahun depan la nak.

Plannya saya nak ambil cuti selepas krismas. Terus direct sampai tahun 2024 tapi Encik Suami pulak tak bileh nak bercuti selepas krismas. Sebab ramai member yang sambut krismas terus sambung cuti. So begitulah tolak-ansurnya, nanti hari raya diorang jugak yang akan jaga opis. Krismas, Melayu jaga. Raya, Iban jaga. Ok tak ok?

Hari yang dinanti-nantikan pun tiba. 7 pagi kami dah bergerak dari rumah di Kuching, 4.30 petang check-in hotel di Bintulu. Alhamdulillah semuanya dipermudahkan sepanjang perjalanan kami sekeluarga dari Kuching ke Bintulu yang berjarak 632 km.

Road trip kali ni saja jalan-jalan ke utara Sarawak sesambil nak test jalan Pan Borneo ke utara. Kita balik kampung Carneyz!! Yeay!!

Di Kuching baru lepas hujan masa kami bergerak tapi perjalanan ke Serian sehinggalah ke Saratok, cuaca sangat bekerjasama. Tak terlalu panas tetapi tidak hujan, mendung sangat pun tidak.

Kami sampai di simpang Saratok dalam 10.45 pagi. Tadi awal pagi sebelum bergerak, semua dah breakfast nasik panas dan nugget di rumah sebab nak jimatkan masa tak payah breakfast di luar. Timing kami sampai di simpang Saratok memang masa yang sesuai untuk lunch. Makanya kami bertiga pun mencari lauk-lauk pilihan sementara Abang, Awan dan Alan cuma ambik ayam goreng je makan dengan nasik.


Stall di Wadira Cafe di simpang Saratok. Kelemahan Pan Borneo, masih belum ada RnR macam di Semenanjung. Satu-satunya tempat persingghan untuk makan dan solat kalau nak ke arah utara cuma di Saratok sebelum sampai ke Sarikei. Tapi lauk-lauk di sini bagi saya sedap, semuanya masakan kampung. Udang pun besar-besar, geram je tengok. Tak ingat pulak nak ambik gambar sebab perut dah berdondang sayang dah.

Mulanya si dia ni nak ambik lauk ayam goreng jugak macam adik-adik tapi bila tengok ada sotong masak kicap terus tukar fikiran. Lepas tu dia ambik lagi ikan masak steam. Itulah mula-mula sombong lepas tu dia ambik lagi 'ikan mahal.' Hahaha. Saya tak tau ikan apa tapi dia cakap banyak tulang tapi bukan terubuk. Selalunya ikan yang banya tulang ni spesis kayangan. Hahaha!

Ada la 1 jam kami rest dan makan-makan di situ. Sebelum meneruskan perjalanan ke Sibu dan seterusnya ke Bintulu kami top up minyak lagi sebab dah 3/4 dah balance (isi penuh dari Kuching). Kami masuk ke Shell Saratok sebab itulah stesen minyak yang terdekat di situ. Selalunya kalau dari Sibu nak ke Kuching orang akan top up minyak di Shell Jakar tapi bila Pan Borneo siap ni macam lain sikit laluannya sebab lokasi stesen minyak ni menghala ke arah Kuching. So di Shell Saratok selesai top up RM50 menjadikan total minyak yang digunapakai sekarang menjadi RM110. Trip kali ni memang kami kira betul-betul bajet minyak sebab mudah untuk next trip pada masa akan datang. Dan dari Saratok saya pulak jadi mak supir, kasi chance pak supir kami rest pulak. Saya cakap kat Encik Suami, nasib la dapat isteri reti drive, boleh la rehat. Haha! Tapi saya sendiri pun teringin nak drive di Pan Borneo ni. Jalan dah elok memang syok la kan.

Sebelum terus drive ke Bintulu kami masuk Sibujaya sekejap (bahagian Sibu) sebab nak cari toilet. Search di waze ada Petronas berdekatan so terus saja ke Petronas Sibujaya dan semuanya melepaskan hajat di situ. Seorang je tak sebab sorang ni dah tak tahan dah 'terlepas' di tepi jalan sebelum masuk sempadan bahagian Sibu. Alahai Alan, next time nak kena pakai panpers ni. Hahaha! Ada je cerita untuk dikenang. Tak expect pun benda macam ni nak berlaku. Kami stop di tepi jalan dan bongkar beg luggage. Saya bagi je lah baju tidur untuk Alan. Nasib la.

Next ke Bintulu pulak. Jalan passed, cantik. Awan pun cantik, berkepuk-kepuk macam kapas. Jalan dari Durin nak ke Sibujaya masih tak berapa helok. Masih guna jalan lama lagi. Tak boleh nak memorong dan laju sangat sebab jalan bukak sebelah saja dan 2 way

Nice wheather. Awan cantik, jalan smooth. Nasib baiklah Pan Borneo ni menjadi kenyataan walaupun pernah bertukar kerajaan dulu. Terima kasih kerajaan negeri Sarawak terutamanya zaman arwah Tok Nan, DS bosku NR dan mantan menteri KKR, DS FY yang kini Timbalan PM kita. 

Jam 4 petang lebih sikit kamj dah officially masuk bahagian bandar Bintulu. Now masa kami cari jalan ke hotel pulak. Last time ke Bintulu ialah Mac 2019 sebelum PKP tapi masa tu urusan kerja so memang tak ke mana pun, dalam hotel je. Tapi, Bintulu pun best la.

Dari jauh dah nampak bangunan terlukis mural, ada pulak bangunan atap biru tu terus menjadi tanda-tanya. Rupa-rupanya itu Pasar Tamu Bintulu. Besar dan cantik. Nasib baik tersalah masuk laluan itulah boleh lalu depan area tamu. Sejujurnya jalan di Bintulu ni banyak mengelirukan! Hahaha. Nak ke Amigo Hotel boleh kami 3 kali pusing sebab tersalah masuk laluan. 

Alhamdulluah srlamat sampai ke 'negara Bintulu', kali ketiga saya menjejakkan kaki di sini (2005, 2019 dan 2023). Encik Suami kali kedua dan #theIMANs semuanya kali pertama. Eh lupa pulak calit tanah ke dahi diorang, ikut petua orang dulu-dulu bila sampai ke sesuatu tempat baharu. Hahaha!

Eh dah boleh cakap, "Hello Bintulu!" kan? 


 

12 Comments

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!

  1. jauh jugak tu kakMim...600 lebih km...dr melaka nk p perlis pun baru 300 lebih km...
    hv fun ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya ibarat driving dr johor ke perlis ni br habis 1 sarawak

      Delete
  2. Seronokkan road trip camni. Lagi jauh lagi PH suka hehe...
    Oh tak tau pulak petua tu 😁

    ReplyDelete
  3. Best eh, welcome to Bintulu! 😂 Aok, atap biru ya pasar tamu bintulu atau nama glemernya PUB (Pasar Utama Bintulu). Mun org padah pegi pub jgn buruk sangka sbb kebarangkaliannya pegi pasar tamu sebenarnya haha! Enjoy jalan2 di Tanjung Batu. Rindu eh balit kampung 🥲

    ReplyDelete
  4. Wahhh.. bestnya jalan-jalan. Besar betullah Sarawak ni hehe... dalam negeri je dah 632km. Tu belum sampai Miri lagi. Cuti panjang menarik buat road trip ni.

    ReplyDelete
  5. Perjalanan yang mengasyikan nuj Mbak. Lalu-lintas lancar, udara cerah dengan biru langit yang cerah.

    Senoga mendapat kebahagian dalam wisata bersama keluarga tercinta ini Mbak.

    Salam,

    ReplyDelete
  6. perjalanan yg lancar dan cuaca pun cantik... suka tgk awan2 di sana sbb lain dr semenanjung. nasib ikut waze kalau tidak buang masa sbb sesat jln

    ReplyDelete
  7. Sedondon semua erk..seronok tengok orang pergi bercuti

    ReplyDelete
  8. Dalam semua negeri kat Malaysia ni, cuma Sarawak je yang saya belum pernah jejak lagi. Harap satu hari nanti boleh sampai ke Sarawak

    ReplyDelete
  9. bestnya road trip bersama2 yg tersayang!! waaa jauhnya ..600+km tu...i biasa balik kelantan dari KL pun mileage 400+km, rasa dh sgt jauh hahahaha

    ReplyDelete
  10. fuhhhh kejung kaki sy kalau 600km tu hahaha
    hello bintulu!🤭

    ReplyDelete
  11. Wiiiiiih, 600 km jauh tuh. Jakarta - Solo, atau Jakarta - Jogja aja cuma 500an km 🤣. Berarti ini sejauh jakarta ke Pacitan, Jawa Timur lah yaaa. Lumayan tuh.

    Tak sabar baca cerita Kaka di bintulu. Saya pun blm pernah ke sini

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form