Makan, Mandi dan Makan di Nasi Ulam Kampung 883

Meh sambung cerita di Miri selagi masih ada mood nak menaip ni. Hari ni hari last kerja di tahun 2023. Besok saya dah awal mohon cuti rehat dan akan sambung cuti hujung minggu dan cuti tahun baru. Plan lepas ni nak sambung lagi roadtrip ke Pan Borneo hala ke 0 km Telok Melano. 

Sepanjang road trip setiap hotel yang kami stay saya ambik dengan breakfast sekali sebab malas nak cari makan awal pagi di tempat orang. Sebab tu bila balik jadi macam muak dah dengan menu nasi lemak. Menu wajib ada di setiap hotel. Tak sah tak ada nasi lemak.

Di Mega Hotel, buffet breakfast memang agak meriah. Dengan orang-orang sekali pun meriah. Time cuti biasalah memang ramai orang Brunei ke Miri, di Mega Hotel ni pun ramai. Dah la ada 2 training kot yang berjalan serentak minggu lepas. So memang penuh meja dengan peserta training lagi orang Brunei lagi orang local yang macam kami ni lagi.

Saya belum lagi bersedia nak capture gambar buffet baik di kedai atau di hotel. Masih segan. Hihihi. Ini jer yang termampu. Tengok Abang tu dengan baju tidur lagi. Plan nak turun breakfast awal dengan harapan orang belum ramai, tapi dah mula ramai jugak dah walaupun baru 7.30 pagi.

Sebenarnya semua kami belum mandi. Hahaha.

Lepas breakfast Alan dan Awan dah semangat nak mandi kolam. Haa.. layankan saja. Berapa kali dah stay di sini, kolam masih tak bukak untuk public. Kali ni memang meriah kolam.

Ibu jadi lifeguard #theIMANs while Ayah pergi mendobi.

Bukan reti berenang pun diorang ni cuma berendam je lebih.

Sebelum masuk bilik nak jugak bergambar. Layankan saja.

Abang: Sini pulak, bu. Nampak 'MIRI' dari jauh. 

Eh ya tak ya jugak. Nampak Canada Hill dari jauh, Ibu pun tak perasan. Lepas berendam macam biasalah semua kelaparan. Cepat-cepat bersiap terus cari lunch. Dalam itenary memang dah plan nak lunch di kedai Nasi Ulam Kampung 883. Semua lauk Semenanjung style. Dengan gulai kawah pun ada sekali dengan kawahnya. Memang love sangat makan kat sini, feeling makan di Semenanjung gitu walaupun sebenarnya di Miri, Sarawak je. Kat Miri, Bintulu saya perasan ramai jugak orang Semenanjung yang berniaga kedai makan. Tapi tak mustahillah sebab Miri-Bintulu ni bandar minyak, memang ramai orang Semenanjung yang bermastautin di sini dalam bidang oil & gas. Kalau tak keja staf Petronas, staf Shell.

Nasib baik orang belum ramai, masih ada meja kosong. Tapi still segan nak ambik gambar lauk-lauk.

Setting kedainya simple je di area parking bertingkat Emart Riam. Gambar ni saya copy dari FB Nasi Ulam Kampung 8883


Lauk pilihan saya... macam biasalah ikan keli. Mulanya tengok ikan keli balado lepas tu tengok sebelah ada ikan keli masak lemak, terus senduk seekor, nampak lagi kerabu kaki ayam. Apa lagi..on. Cuma sayur pilihan tak ada dan takde mood nak ambik ulam. Makan apa adanya saja. Licin, alhamdulillah.

Air manis kena ambil sendiri, isi sendiri dari tong dalam gelas sendiri. RM2 segelas, ada air bandung, air teh 0, teh susu dan air jagung. Kalau air suam, free. 

Sebelah kedai, ada hotel Emart. Level bawah pulak supermarket besar Emart. Emart ni memang asal dari Miri dan sekarang memang dah ada banyak jugak di Kuching. Cuma bahagian lain ada yang belum ada lagi branch supermarket Emart.

Begitulah cerita tempat makan wajib singgah di Miri. Memang kedai ni awal dah masuk list masa saya siapkan itenary roadtrip Pan Borneo kami.
 

8 Comments

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!

  1. Wow...bestnya terutama anak2 yang bercuti sekolah tu...
    Eh ada nama Teluk Melano..
    Teringat tagline Chef Sabri..dia selalu sebut " Lambada...Chicago..
    Melano!...

    ReplyDelete
  2. MZ pun jenis tak berapa rajin nak snap2 pic mknn if buffet style.sbb selalu nak fokus mkn2 jerrr🤣🤣🤣

    ReplyDelete
  3. Budak- budak dapat stay hotel ada kolam renang cukup happy dah...wah makan nasi campur..nampak sedap lauk2 nya

    ReplyDelete
  4. Bestnya dapat spent time satu keluarga kan. Dah penat berendam, cari makan plak lepas ni. Nice


    followed here #428

    ReplyDelete
  5. wah berenangnya seru banget, pengen mampir kesana juga ah :D

    ReplyDelete
  6. bila dapat berendammmm tu laa yg paling syok sekali
    rasa mcm tak nak naik salin baju je kan?
    hahahaha

    ReplyDelete
  7. Bestnya jalan-jalan. Nampak sedap ikan keli tu 🤤

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form