Makan di Sajian Warisan, Permaisuri Imperial City Mall Miri

Balik dari Canada Hill, kami cari makan dulu di mall sebelum balik ke hotel. Shopping mall yang agak happening nagi saya di Miri ialah Permaisuri Imperial Mall. Shopping mall ni connecting dengan hotel Imperial. Mallnya ada wing lama dan wing baru tapi still connecting. Kat sini memang ramai orang Brunei shopping. Kedai money changer kat sini ya ampun, panjang dan meriah. Memang warga Brunei ni selalu turun ke Miri untuk shopping. Dan kebetulan musim cuti jugak, di hotel mereka pun ramai, di shopping mall pun sama.

Cantik deco krismas di sini bertemakan "Once Upon A Christmas."

3/4 anak-anak Ayah Ibu


Mulanya nak makan di kedai-kedai di luar, ada Wireless Walk. Banyak gerai-gerai makan tapi bila dah terlalu banyak tak tau nak pilih kedai yang mana satu. 

Akhirnya Encik Suami decide makan kat dalam shopping mall je. Kebetulan ada meja kosong.

Uniknya kedai ni, ada tempat makan macam di beranda. Tapi memang kena bukak kasut dan duduk bersila. Menarik!

Walaupun agak sempit sebab kami berenam tapi demi kelainan semuanya bersetuju untuk duduk makan bersila.

Menu kat sini semua ada. Timur ke barat semua ada. Yang bestnya cepat pulak menu sampai. 

Antara yang kami order wing panggang dan sambal sotong.

Alan nak makan beriani kambing

Mee goreng mamak. Sedap.. tapi tak adalah mamak style sangat pun sebab tak pedas.

Abang dan nasi lemak memang tak dapat dipisahkan.

Nasi goreng biasa tapi rasa luar biasa. Sedap jugak. Iman order nasi putih je sebab dia dan Ayah share wing panggang dan sambal sotong.

Bon appetite!

Macam biasa makan kat luar pun makan pakai tangan.

Macam ni lah rupa 'beranda' tempat kami bersila makan.

Macam biasa makan 6 beranak dalam shopping mall memang macam ni lah. Tu pun belum order sorang satu sebab saya dan Awan share mee goreng, Alan tak habis tapi macam biasa kakak akan tolong habiskan. Hehehe. 

So far puas hati makan di sini. Boleh tahan sedapnya.




 

Post a Comment

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!

Previous Post Next Post

Contact Form